Páginas

Tuesday 10 April 2012

"Satu Komuniti Satu JPJ"

"Satu Komuniti Satu JPJ" (SKSJ) adalah satu program yang dulu dikenali dengan "Program JPJ Bersama Rakyat" telah diadakan di Kampung Gong Bayor, Besut pada 6 - 7 April 2012.  Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar melalui pelbagai aktiviti jabatan disamping memperkenalkan konsep "one JPJ" kepada orang awam mahupun warga JPJ sendiri dan objektif utama program SKSJ adalah untukmengubah persepsi masyarakat supaya tidak takut dengan JPJ kerana sebenarnya JPJ bukan hanya menjalankan aktiviti penguatkuasaan sahaja malah terdapat banyak aktiviti-aktivi lain yang dijalankan oleh JPJ seperti aktiviti pendaftaran kenderaan, perlesenan pemamdu dan kejuruteraan automatif. Program ini hanya dianjurkan di kawasan luar bandar sahaja dan tidak melibatkan mana-mana institut memandu.
Didalam program ini seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan yang berumur 45 tahun ke atas telah berjaya mendapatkan lesen memandu percubaan motosikal (kelas b2)  tanpa perlu menduduki ujian bahagian 1 ( undang-undang jalanraya berkomputer ) sebaliknya hanya menduduki ujian secara lisan. Semua keistimewaan ini diberikan kepada warga emas yang berumur 45 tahun ke atas adalah salah satu usaha dari pihak kerajaan untuk membolehkan mereka memiliki lesen memandu motosikal yang sah dan bayaran yang dikenakan hanya RM150.00 sahaja.
Dalam program SKSJ di Kampung Gong Bayor kali ini, beberapa aktiviti kemasyarakatan telah diatur dengan kerjasama masyarakat setempat diantaranya pada 6 April di sebelah pagi dan petang telah diadakan satu pertandingan futsal diantara kakitangan JPJ dengan masyarakat setempat bagi kaum adam dan pertandingan bola jaring antara peduduk setempat dengan warga JPJ bagi kaum hawa. Pada sebelah malamnya pula telah diadakan satu persembahan kebudayaan iaitu persembahan dikir barat dan wayang kulit. Pada malam tersebut juga kakitangan JPJ dan penduduk setempat bergotong-royong menyediakan gulai kawah untuk dijadikan hidangan pada majlis penutupan program. Disamping itu, gerai-gerai pameran juga diadakan yang mana melibatkan penyertaan dari pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta antaranya PUSPAKOM, Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan dan banyak lagi. Pihak JPJ juga membuka kaunter khas yang mana menawarkan beberapa perkhidmatan seperti pembaharuan LKM dan lesen memandu, semakan senarai hitam, pembayaran saman, tempahan nombor tender bagi siri TBG dan tawaran nombor popular bagi siri TBF dengan harga serendah RM150.00.
Program tersebut berakhir pada 7 April 2012 dengan majlis perasmian penutup program di sempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Ismail Bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia. Turut sama hadir didalam majlis penutupan tersebut ialah Tuan abdul Rahman Emang Anyie, Pengarah JPJ Terengganu dan Y.B Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof, ADUN Kota Putera. Didalam majlis penutupan tersebut, Y.Bhg. Dato' Ismail Ahmad telah pun menyampaikan replika Lesen Memandu Pecubaan Motosikal Kelas B2 kepada wakil daripada 500 orang peserta yang mendapat lesen tersebut. 
pertandingan futsal antara JPJ dan masyarakat.

Kehadiran dari pelbagai lapisan masyarakat
Gotong-royong menyiang daging
gulai kawah
kaunter khas JPJ
pemeriksaan kesihatan percuma
antara gerai pameran
ucapan penutup Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia
peserta mendapat replika lesen (lesen besar)





Published By Putera

Monday 9 April 2012

Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda & Puteri Cawangan, Bahagian Besut Tahun 2012.

Pada 30 Mac yang lalu, UMNO Bahagian Besut, telah mengadakan satu majlis perasmian persidangan berkelompok bagi UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan bagi UMNO Bahagian Besut bertempat di Dewan Gong Kemuntung, Jerteh. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Dato' Sri Mustapa juga adalah "Bapa Angkat" kepada UMNO Bahagian Besut. Majlis dihadiri oleh semua barisan kepimpinan UMNO Bahagian Besut yang di ketuai oleh YB Dato' Sri Idris Jusoh,ADUN Jerteh merangkap Ketua UMNO Bahagian Besut, YB Abdullah Mohammad Zin, Ahli Parlimen Besut, YB Muhammad Pehimi Yusof,ADUN Kota Putera, YB Nawi Mohamad, ADUN Hulu Besut dan YB Dr. Rahman, ADUN Kuala Besut.
Majlis tersebut di mulakan dengan persembahan dari adik Nurussyahamah Taqiah Binti Nurunnajmi yang mempersembahkan kebolehan beliau yang telah menobatkan beliau menjadi Johan Rancangan Adik-adikku musim lalu di ikuti dengan satu persembahan sketsa. Majlis teruskan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu UMNO yang dinyanyikan oleh para hadirin dengan penuh bersemangat. 
Di dalam ucapan perasmian oleh Dato' Sri Mustapa, beliau menekankan bahawa PRU-13 adalah pilihanraya yang paling sengit dan getir bagi UMNO dan menyifatkan PRU -13 sebagai "Mother of Battles" dimana pihak pembangkang akan cuba dengan pelbagai carapun untuk menawan Putrajaya pada PRU-13. Tetapi di Besut dibawah kepimpinan Dato Sri Idris dan barisan kepimpinan UMNO Besut, beliau yakin dan pasti bahawa Besut untuk PRU-13 adalah "bereh blako".Beliau juga ada menyentuh bagaimana di Pulau Pinang di bawah pemerintahan pembangkang, berbagai perkara yang kurang enak di dengar telahpun berlaku seperti tanah masjid telah di jual. Tetapi apa yang beliau lebih kesal dan sedih, bagaimana Nik Aziz dan PAS masih setia dengan PKR dan DAP walaupun berbagai-bagai dan bermacam-macam perkara telah berlaku. Beliau juga ada menyatakan, sekarang ini di Kelantan gerak kerja unutk memastikan Barisan Nasional dapat menakluk negeri Cik Siti Wan Kembang itu sedang giat dijalankan dan hasil gerak kerja tersebut menampakkan hasil yang positif terutamanya apabila slogan "Gelombang Merah" kini meniti di bibir rakyat Kelantan.
Dato' Pa disambut dengan persembahan oleh Gamutra




Published By Putera

Friday 6 April 2012

Program Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia.


Program Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi siri ke-6 untuk DUN Kota Putera telah diadakan di Kompleks Rakan Muda pada 28 Mac yang lalu. Majlis ini dihadiri seramai 510 orang yang layak mendapat dana BR1M dari seluruh DUN Kota Putera. Program tersebut telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YB Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera. Di samping itu, sejurus tamat program tersebut, Y.B Pehimi dan wakil daripada Maybank Besut serta beberapa orang pegawai melakukan lawatan ke beberapa buah rumah, yang mana bertujuan untuk menyampaikan dana BR1M kepada penerima bantuan yang tidak mampu untuk hadir ke program tersebut disebabkan masalah kesihatan. Lawatan tersebut meliputi 3 buah rumah di Kampong Raja Utara, 2 buah rumah di Kampung Sentosa dan 1 buah rumah di Kampung Pengkalan Kubur. Lawatan Y.B Muhammad Pehimi dan rombongannya disambut dengan penuh penghargaan dan ucapan terima kasih.
YB Pehimi Melawat Serta Menyampaikan Bantuan BR1M
Wakil Dari Bank Mengambil Cap Jari Sebagai Pengesahan






Published By Putera

Thursday 5 April 2012

MPKSM/CDB TERUS MENABUR BAKTI.





Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia Cawangan Daerah Besut, (MPKSM/CDB) telah mengadakan Mesyuarat Agungnya yang ke-36 pada 30 Mac yang lalu bertempat di Dewan Warga Emas Pusat Jagaan Warga Emas Kampung Raja. Mesyuarat Agung kali ke-36 ini dirasmikan oleh YB Haji Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Kota Putera. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Besut, Puan Dalila Nasir.
Sejarah penubuhan MPKSM/CDB bermula pada tahun 1966, dengan usaha yang dilaksanakan oleh seorang aktivis masyarakat dan tokoh politik iaitu Dato Haji Wan Ishak Bin Ali, tetapi penubuhan MPSKM/CDB disahkan penubuhannya pada 19 Febuari 1968. Penubuhan Majlis ini mendapat sambutan dari masyarakat di daerah Besut kerana tujuan penubuhannya untuk kebajikan masyarakat khususnya membantu anak-anak dari keluarga miskin dan kurang berkemampuan dalam pelajaran. Majlis ini merupakan sebuah badan NGO yang sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan kebajikan masyarakat kepada golongan yang memerlukan pertolongan, tetapi penekanannya lebih kepada membantu pelajar-pelajar daripada keluarga miskin untuk berjaya didalam pelajaran. Antara gerak kerja yang telah dilaksanakan adalah termasuk pengagihan skim pinjaman buku teks, pakaian sekolah, yuran sekolah dan menyediakan beberapa buah rumah untuk orzng-orang tua miskin serta banyak lagi. MPSKM/CDB juga merupakan satu badan yang menyediakan peluang kedua kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan SPM dan STPM yang kurang memuaskan untuk memperbaiki keputusan mereka dengan mengulang dan mengambil sekali lagi peperiksaan berkenaan untuk melayakan mereka menyambung pembelajaran di universiti dengan secara percuma, dan program seumpama ini hanya di laksanakan di daerah Besut sahaja.

Majlis ini juga turut mengendalikan Pusat Jagaan Harian Warga Emas yang terletak di PT 3426 Jalan Tembila, Kampung Raja, bersebelahan dengan Musalla Nur Aisyah dan berhadapan dengan MRSM Besut. Pusat ini memulakan operasinya pada 01 April 2003, dengan objektif penubuhannya untuk meningkatkan kehormatan dan martabat warga emas dalam keluarga, masyrakat dan negara, memajukan potensi warga emas agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari. Keahlian dibuka kepada semua warga emas yang berumur 60 tahun keatas dan sihat tubuh badan. Permohonan hanya memerlukan pemohon mengisi borang dan menyediakan 2 keping gambar berukuran pasport tanpa dikenakan sebarang bayaran. Sepanjang operasinya bermula dari tahun 2003, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya aktiviti mingguan yang melibatkan kelas Iqra', kelas Al-Quran, kelas Hafiah, pengkisahan dan penulisan serta aktiviti senamrobik pada hujung minggu. Disamping itu,pusat ini juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti ruang kelas dan bacaan, alatan senaman, dewan serbaguna, dewan makan, bilik rehat, televisyen dan bahan-bahan bacaan serta tenaga pengajar yang berpengalaman.

Di dalam ucapan perasmian mesyuarat tersebut, YB Muhammad Pehimi Yusof mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak MPKSM/CDB yang telah banyak menabur bakti kepada masyarakat Dun Kota Putera selama ini. Walaupun MPKSM/CDB adalah satu badan NGO dan melaksanakan program secara sukarela, mereka telah banyak berusaha dan berkorban demi merealisasikan matlamat dan objektif penubuhan MPKSM/CDB tersebut. Jasa dan pengorbanan mereka sangat besar, ujar YB Pehimi semasa ucapannya.

Published By Putera