Páginas

Wednesday 31 December 2014

1,000 Sukarelawan Daerah Besut Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Author: Mohamad Ishak | 31 December 2014


Pelbagai pihak mewakili Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Besut memperlihatkan sikap prihatin terhadap mangsa banjir di Kelantan apabila mereka bergabung tenaga membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penderitaan yang dialami penduduk negeri itu.

Operasi Banjir Di Kemaman ‘Gold Standard’ – PM

Author: Mohd Syazni Zainudin | 31 December 2014



Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak memuji tindakan diambil oleh penyelarasan banjir di daerah Kemaman sebagai menepati operasi banjir ‘Gold Standard’.

Agihan Dana Bakti Remaja 2014

 Haji Pehimi sedang berucap kepada belia-belia yang menerima wang Dana Bakti Remaja 2014 DUN Jertih.
*****
30 Disember 2014 (Jertih) - Seramai 482 golongan belia menerima wang Dana Bakti Remaja 2014 dalam DUN Jertih. Mereka ini adalah kelompok terakhir menerima wang yang dikhaskan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Sebelum ini lebih dari seribu orang belia telah menerima manaafat yang sama. Dari jumlah ini seramai 136 orang dari kaum tionghua.

TPM Lawat Mangsa Banjir Di Dungun

Author: Mohd Syazni Zainudin | 29 December 2014

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika meninjau penduduk terjejas banjir di SK Kampung Nyior, Dungun. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
*****
Kunjungan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dua pusat pemindahan banjir di Terengganu yang teruk dilanda banjir menceriakan lebih 1,300 mangsa banjir.

Monday 29 December 2014

Tabung Bantuan Banjir Pemuda UMNO Dilancar

Oleh: Fauzi Mohd | 27 December 2014


Pemuda UMNO melancarkan Tabung Bantuan Banjir khusus untuk keperluan mangsa banjir selepas air surut.

Kaunter Sumbangan Banjir Di Semua Pejabat Daerah

Oleh: Noraini Jusoh | 28 December 2014


Kerajaan negeri meminta semua pejabat daerah di Terengganu membuka pusat pengumpulan sumbangan dan bantuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyelarasan bantuan juga diharap dapat memastikan semua bantuan yang dihulurkan sampai ke kawasan yang ditetapkan.

Terengganu Lulus Peruntukan Tambahan RM1 Juta Bantu Mangsa Banjir

Author: Noraini Jusoh | 28 December 2014 


Kerajaan negeri bersetuju meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di negeri ini dengan mengagihkan bantuan tersebut kepada daerah yang terjejas akibat banjir.

Tuesday 23 December 2014

Bantuan kepada mangsa banjir pasar Jertih Souq

23 Disember - Haji Muhammad Pehimi (tiga dari kiri) selaku ADUN Jertih yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri pagi ini meluagkan masa mengagihkan bantuan kepada peniaga-peniaga di pasar Jertih Souq. Turut bersama Haji Azmi Arhad - YDP Majlis Daerah Besut, Encik Zahanapi Sagaf - Setiausaha MDB serta Haji Md Sani - Pengerusi JKKK Bandar Jertih.

Menteri, Exco Turun Padang Lawat Mangsa Banjir di Masjid Kampung La, Hulu Besut

Oleh: Mohamad Ishak | 23 December 2014


 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sedang bermesra dengan salah seorang kanak-kanak di salah sebuah pusat pemindahan di Hulu Besut dan diperhatikan oleh Datuk Seri Shahidan Kasim (baju gelap)
*****
Dua Menteri Pusat dan dua Ahli Exco Kerajaan Terengganu terpaksa menaiki lori Pejabat Daerah Besut (PDB) untuk menemui mangsa banjir di pusat pemindahan Masjid Kampung La, Hulu Besut apabila kampung itu  dinaiki air semula awal pagi semalam.

Wednesday 17 December 2014

Temui Mereka di Karnival Kecil Bagi Kita Besar Bagi Rakyat

18 DISEMBER 2014 (KHAMIS) | DI DATARAN JERTIH SOUQ & MASJID HADHARI
Fahrin Ahmad di Perisai Buat Wanita (PERWANI) Jam 2.00 Petang
Hafiz Hamidun di Malam Jertih Ku Berselawat di Masjid Hadharai Jam 8.45 Malam

Tuesday 16 December 2014

Kepulangan suami berakhir dengan tragedi

Wartawan Sinar Harian
16 Disember 2014

  Muhammad Pehimi sempat bertanya khabar Azian ketika menziarahi keluarga mangsa, semalam. 
*****  
BESUT – Isteri kepada pegawai tentera darat, Leftenan Kolonel Zahari Mustaffa tidak menyangka kepulangan suami untuk menziarahinya yang tidak sihat sejak lebih dua minggu lalu, merupakan pertemuan mereka yang terakhir.

Transformasi Terengganu Baru di Bandar Jertih

Jom Pakat Datang Ramai-ramai!

Malam Cintai Rasul

Jom Bersama-sama. In Sha Allah!

Karnival Kecil Bagi Kita Besar Bagi Rakyat

Pakat Datang Ramai-ramai!

Monday 8 December 2014

Payang Kayu, Alor Limbat Bawa Pulang RM275,000

Oleh: Fauzi Mohd  | 7 December 2014

Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman bergambar bersama JKKK Payang Kayu yang menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung peringkat negeri 2014 bagi kategori luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan di Payang Kayu, Hulu Terengganu semalam. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung peringkat negeri 2014 bagi kategori luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Monday 1 December 2014

Realiti Kehidupan Rakyat Di Luar Bandar Perlu Diteliti

Oleh: Fauzi Mohd | 28 November 2014

Mohd Iskandar membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Kerajaan perlu meneliti realiti kehidupan rakyat berpendapatan rendah terutamanya di luar bandar dan tidak hanya berbangga dengan statistik berhubung peningkatan pendapatan isi rumah yang dikeluarkan agensi tertentu.

Monday 24 November 2014

Selamat Datang & Selamat Bersidang

Dapatkan Info Terkini Perhimpunan Agung 2014 di

Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan UMNO Malaysia

23 November 2014 - Haji Pehimi bersama YAB. Menteri Besar Terengganu dan Dato' Abd Azeez Abd Rahim (Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia) di Majlis Penyerahan Bantuan.Memanusiaan dari Biro Kebajikan UMNO Malaysia di PGA Gong Badak, Kuala Terengganu.

Sunday 23 November 2014

Majlis Kesyukuran PDM Kampung Tujuh, PRK Pengkalan Kubur

Haji Pehimi bersama ADUN BN Pengkalan Kubur yang baru bersama YB. Abe Adi, YBM Tengku Zaihan serta jawatankuasa PDM Kg. Tujuh di Majlis Kesyukuran kemenagan BN di PRK Pengkalan Kubur baru-baru ini. PDM Kg. Tujuh anak angkat UMNO Terengganu. 21 November 2014

Melawat Mangsa Banjir Sekitar daerah Besut


Haji Pehimi sedang bertanya khabar kepada kaum ibu di pusat pemidahan banjir.
***** 
21 November 2014 - Walaupun keadaan banjir di Daerah Besut tidak seteruk yang berlaku di daerah lain dalam negeri Terengganu, meskipun begitu ada beberapa keluarga juga terlibat dengan gemlombang pertama banjir di negeri Terengganu. Ada beberapa keluarga dipindahkan ke pusat perpindahan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Banjir Daerah.

Program Asyura Komuniti Majlis Daerah Besut

 Haji Pehimi memperkata sesuatu sejurus mengacau bubur Asyura di Medan Selera Jertih.
*****
20 November 2014 - Bertempat di Medan Selera Jertih, sebanyak 20 kawah asyura dimasak. Program julung-julung kali diadakan oleh Majlis Daerah Besut (MDB) dengan kerjasama Ahli-ahli MDB dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Persatuan Kereta Sewa Besut, Persatuan Penjaja Kecil Daerah Besut, Persatuan Perniaga Medan Selera Jertih dan JKKK Bandar Jertih.
Haji Pehimi sempat meluangkan masa se awal pagi bersama-sama peserta yang menjayakan program ini.

M780,500 Untuk Mangsa Banjir Terengganu

Oleh: Aida Abd Rahman | 22 November 2014

Dato' Ahmad Razif Abd Rahman
*****
Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan ehsan berjumlah RM780,500 kepada 1,561 keluarga mangsa banjir dalam masa terdekat.

Tuesday 18 November 2014

Komitmen Pelaburan Bernilai RM3.57 Bilion Bakal Diterima ECER

Oleh: Fauzi Mohd | 18 November 2014


Komitmen pelaburan bernilai RM3.57 bilion bakal diterima Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada suku keempat tahun ini.

Perkhidmatan Bas Hentian Putra Pindah Ke TBS Bulan Depan

17 November 2014
 Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
*****

Terengganu Perintis Wujud Pasarnita


Oleh: Aida Abd Rahman | 15 November 2014
Terengganu muncul negeri perintis mewujudkan tapak jualan kekal Pasarnita khusus kepada usahawan wanita yang baharu berkecimpung dalam perniagaan untuk menjana ekonomi masing-masing.

PM hadir majlis pengumuman pelaburan ECER

18 November 2014 2:08 AM
Najib Tun Razak (tengah) mempengerusikan mesyuarat Pembangunan Najib Tun Razak (tengah) mempengerusikan mesyuarat Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Jebasingam Issace John (tujuh dari kiri) dan Abdul Wahid Omar (enam dari kanan). – BERNAMA
*****

Monday 17 November 2014

Haji Pehimi ziarah hilang di laut

16 November 2014 - Haji Pehimi - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri meluagkan masa menziarahi keluarga yang hilang semasa keluar memancing di Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut.
Mangsa yang sudah 11 hari hilang. Kunjungan Haji Pehimi bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga mangsa.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga mangsa dijumpai secepat mungkin.

 
Haji Pehimi bertanya khabar kepada keluarga mangsa hilang di perairan Kuala Besut.

Asyura Kreatif di Kasih Asyura 2014

Asyura tempat Pertama (JKKK Gong Nering)

Program Kasih Asyura DUN Jertih

 JKKK Gong Nering mendapat tempat Pertama dalam pertandingan asyura di Program Kasih Asyura DUN Jertih 2014 bergambar dengan Haji Pehimi.
*****
13 November 2014(Khamis) - Bertempat di Masjid Hadhari Bandar Jertih, sebanyak 33 kawah Asyura dibuat mewakili Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Agensi Kerajaan dan NGO.

ADUN Jertih Rai Penerima Anugerah Ibu Tunggal Mithali Peringkat Negeri

 Haji Pehimi bersama isteri menyampaikan cenderahati sempena meraikan Tokoh Maal Hijrah kategori Ibu Tunggal Mithali 1436H.
*****
13 November 2014 (Khamis) - Haji Muhammad Pehimi Yusof selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jertih yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri (EXCO) dan isteri meraikan Tokoh Maal Hijrah Negeri Terengganu kategori Ibu Tunggal Mithali iaitu Puan Safiah @ Fadzilah binti Mohamad yang berasal dari Kampung Tok Raja, Jertih.
Dalam ucapannya, Haji Pehimi berharap Tokoh Maal Hijrah ini dijadikan contoh khas kepada ibu tunggal. Penganugerahan ini menjadi kebanggaan masyarakat khas di DUN Jertih.
Majlis berjalan di Dewan Besar Masjid Hadhari Bandar Jertih.

Wednesday 12 November 2014

SPNT Tawar Jawatan Kosong

Oleh: Noraini Jusoh | 11 November 2014 

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) akan mengeluarkan iklan kekosongan jawatan bagi kali kedua untuk tahun ini.

Thursday 6 November 2014

Foto Pilihan Hari Ini

Haji Pehimi sempat bertanya khabar semasa menyampaikan sumbangan di program Kembara Kebajikan 1 Malaysia 1 Family Care di Dewan MDB Jertih bulan April 2014 lepas.

Berani Berubah Jika Mahu Kekal Sebagai Pembela Rakyat

Oleh: Pengarang | 2 November 2014 

Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap merasmikan Konvensyen UMNO Terengganu 2014 
*****
UMNO perlu mengatur langkah baharu dan tidak lagi boleh bertindak seperti biasa memandangkan parti keramat ini merupakan harapan kepada orang Melayu yang mahu parti lebih berani untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara.

Wednesday 5 November 2014

Foto Pilihan Hari Ini

Bakti Terakhir... Allahyarham Haji Mustafa (berkopiah) memperkatakan sesuatu kepada Haji Pehimi semasa Perasmian Kelas Iqra Pak Damalik/Kg. Teluk pada Mei 2014 lepas. (Untuk makluman Haji Mustafa telah kembali ke Rahmatullah bulan Julai lepas)

Kejohanan Futsal DUN Jertih

31 Oktober 2014 - Bertempat di Gelanggang Futsal Perumahan Awam Nyiur Tujuh, Kg. Jawek satu pertandingan Futsal diadakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Haji Muhammad Pehimi telah meluangkan masa untuk merasmikan pertandingan dan menyampaikan hadiah kepada pasukan yang berjaya dan mengambil bahagian.

Penjenamaan Semula APMT Kepada ATRA

Oleh: Noraini Jusoh | 4 November 2014
Menteri Besar,Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (Dua kiri) ketika melancarkan logo baru ATRA sambil diperhatikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri,Dato; Mohd Zubir Embong (Kiri) dan Pengarah ATRA,Omar Adam (Kanan) pada Majlis Pelancaran Penjenamaan APMT kepada Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) di Wisma Darul Iman. Oleh: Tg Syamim Tg Ismail
*****
Kerajaan negeri mengambil inisiatif melakukan penjenamaan semula Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) kepada Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA).

Tuesday 4 November 2014

Foto Pilihan Hari Ini

Haji Pehimi selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu (BPUNT) bergambar kenangan bersama Dato' Seri Hishamuddin - Naib Presiden UMNO dan Haji Wan Hakim - Ketua Penerangan BPUNT sebelum berlangsungnya Konvensyen UMNO Terengganu 2014 di Hotel Primula Kuala Terenggau pada 1 November 2014.

UMNO Terengganu Guna Strategi Perang Rasulullah Hadapi Cabaran PRU 14

Oleh: Fauzi Mohd | 2 November 2014

UMNO Terengganu akan menghayati ilmu perperangan Rasulullah SAW yang sarat dengan pengajaran sebagai satu usaha tersusun bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

KUT`14 Diharap Temui Formula Pastikan PRU14 Milik BN

Oleh: Aida Abd Rahman | 30 October 2014

 Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim (tengah) ketika sidang akhbar KUT`14, di Hotel Primula Beach, hari ini. Foto oleh Hasmizi Hamid.
*****
Konvensyen UMNO Terengganu 2014 (KUT`14) yang bertemakan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) diharap akan dapat menemui formula dan mengupas isu bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Tuesday 21 October 2014

Foto Hari Ini

To'Puan Seri Hajah Che Kamariah (isteri Dato' Seri Idris) bersama-sama isteri-isteri ADUN dalam Parlimen Besut serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Besut. Kenangan semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut pada 16 Ogos 2014 di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih.

Program Empower ECER Besut

Haji Pehimi bersama-sama Dato' Seri Idris sejurus perasmian Program Empower Ecer Daerah Besut di IPG. Kampus Sultan Mizan, Bukit Keluang.

Monday 20 October 2014

Terengganu Perintis Kolokium Pelan Aspirasi Rakyat

Aida Abd Rahman | 20 October 2014

Dato’ Ahmad Razif besama peserta Kolokium Pelan Aspirasi Rakyat di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Terengganu muncul negeri pertama mengadakan Kolokium Pelan Aspirasi Rakyat sebagai platform utama untuk memperkasakan pentadbiran kerajaan negeri yang mengutamakan prinsip inklusif, `suara rakyat suara keramat’.

Foto Pilihan Hari Ini

16 Ogos 2014 - Kesyukuran Imtiaz Besut di Bukit Keluang, Kg. Raja.

Masjid Hadhari Terima Van Jenazah

Dato' Seri Idris berucap dalam majlis Penyerahan Van Jenazah kepada Masjid Hadhari Bandar Jertih. Hadir sama Haji Pehimi.

Bersih Budaya Besut

Dato' Seri Idris turun padang menjayakan pelancaran "Bersih Budaya Besut".