Páginas

Tuesday 21 October 2014

Foto Hari Ini

To'Puan Seri Hajah Che Kamariah (isteri Dato' Seri Idris) bersama-sama isteri-isteri ADUN dalam Parlimen Besut serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Besut. Kenangan semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut pada 16 Ogos 2014 di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih.

Program Empower ECER Besut

Haji Pehimi bersama-sama Dato' Seri Idris sejurus perasmian Program Empower Ecer Daerah Besut di IPG. Kampus Sultan Mizan, Bukit Keluang.

Monday 20 October 2014

Terengganu Perintis Kolokium Pelan Aspirasi Rakyat

Aida Abd Rahman | 20 October 2014

Dato’ Ahmad Razif besama peserta Kolokium Pelan Aspirasi Rakyat di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Terengganu muncul negeri pertama mengadakan Kolokium Pelan Aspirasi Rakyat sebagai platform utama untuk memperkasakan pentadbiran kerajaan negeri yang mengutamakan prinsip inklusif, `suara rakyat suara keramat’.

Foto Pilihan Hari Ini

16 Ogos 2014 - Kesyukuran Imtiaz Besut di Bukit Keluang, Kg. Raja.

Masjid Hadhari Terima Van Jenazah

Dato' Seri Idris berucap dalam majlis Penyerahan Van Jenazah kepada Masjid Hadhari Bandar Jertih. Hadir sama Haji Pehimi.

Bersih Budaya Besut

Dato' Seri Idris turun padang menjayakan pelancaran "Bersih Budaya Besut".

Tuesday 14 October 2014

Hadir Dalam Bicara Tokoh Program Transformasi Terengganu Baru (TTB)

 Haji Pehimi menerima cenderahati disampaikan oleh Pengarah APMT.
*****

Foto Hari Ini

6 Oktober 2014 - Majlis Korban Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih.
 
 
Foto: Wan Aziz

'Bukan DAP, PKR sahaja perintah Selangor'


 Mahfodz Mohamad
*****
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Dewan Ulama Pas kesal dengan tindakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seperti menunjuk-nunjuk 'kemenangan mereka' apabila berjaya menganjurkan pesta minum arak, Oktoberfest di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Monday 13 October 2014

Rencana Pilihan: Pengurangan subsidi bahan api demi kesejahteraan rakyat


Oleh M Periasamy | bhrencana@bh.com.my
PENGURANGAN subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter pada 2 Oktober lalu menjadi bahan perbincangan hangat masyarakat, termasuk yang pada hakikatnya mampu membayar harga lebih tinggi untuk membeli petrol dan diesel untuk kenderaan mewah mereka.

Sunday 12 October 2014

Peningkatan barangan dikecualikan GST bantu kurang kos hidup - Kajian

 PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak merangkap Menteri Kewangan menunjukkan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015 selepas membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Parlimen di sini semalam. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. - Foto Khairull Azry Bidin
*****
KUALA LUMPUR: Pertambahan senarai barangan yang dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan dalam Bajet 2015 semalam akan membantu mengurangkan lagi kos hidup rakyat, kata UOB Research.

'Terus istiqamah' cara Pas

 Poster pesta arak Oktober Fest yang dipasang di Taman Bekeley Klang, Selangor.
*****
EPISOD politik di Selangor terus me-nyaksikan babak-babak menarik melibatkan tiga parti dalam pakatan pembangkang yang disatukan atas nama tahaluf siyasi iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Selepas krisis jawatan Menteri Besar yang tercetus akibat 'Langkah Kajang' ciptaan PKR, kini satu lagi isu melanda Selangor iaitu pesta arak yang dijadual berlangsung hari ini hingga Ahad.

Wednesday 8 October 2014

Rencana Pilihan: Damba doa mustajab di Padang Arafah

Oleh Hassan Omar | hassanomar@bh.com.my
Lautan jemaah di Padang Arafah.
*****
HARI ini lebih dua juta jemaah haji dijadualkan berhimpun di Padang Arafah untuk menunaikan wukuf, iaitu perkara kedua dalam Rukun Haji. Rukun Haji yang pertama ialah berniat ihram haji.

Empat lagi Rukun Haji ialah tawaf di Baitullah, saie antara Bukit Safa dengan Bukit Marwah, bercukur atau tahalul dan tertib pada kebanyakan rukun.

Wednesday 1 October 2014

Foto Pilihan Hari Ini

Haji Pehimi bersama remaja yang dengan ikan tangkapan di 'pesta menimba' di Kg. Tok Motong, Jertih sedikit masa dulu.

Rencana Pilihan: Segala-galanya tentang orang Melayu

Oleh Ram Al Jaffri Saad
BARU-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan orang Melayu yang dikatakan malas. Pelbagai reaksi boleh dilihat setelah kenyataan itu dilaporkan dalam media massa. Ada yang bersetuju dan ada pula yang tidak bersetuju.

Bagi yang bersetuju, mereka mungkin berpandangan bahawa banyak sudah bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab kepada orang Melayu. Namun, secara keseluruhannya pencapaian Melayu dalam pelbagai bidang masih ketinggalan jauh berbanding bangsa lain.