Páginas

Monday 24 November 2014

Selamat Datang & Selamat Bersidang

Dapatkan Info Terkini Perhimpunan Agung 2014 di

Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan UMNO Malaysia

23 November 2014 - Haji Pehimi bersama YAB. Menteri Besar Terengganu dan Dato' Abd Azeez Abd Rahim (Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia) di Majlis Penyerahan Bantuan.Memanusiaan dari Biro Kebajikan UMNO Malaysia di PGA Gong Badak, Kuala Terengganu.

Sunday 23 November 2014

Majlis Kesyukuran PDM Kampung Tujuh, PRK Pengkalan Kubur

Haji Pehimi bersama ADUN BN Pengkalan Kubur yang baru bersama YB. Abe Adi, YBM Tengku Zaihan serta jawatankuasa PDM Kg. Tujuh di Majlis Kesyukuran kemenagan BN di PRK Pengkalan Kubur baru-baru ini. PDM Kg. Tujuh anak angkat UMNO Terengganu. 21 November 2014

Melawat Mangsa Banjir Sekitar daerah Besut


Haji Pehimi sedang bertanya khabar kepada kaum ibu di pusat pemidahan banjir.
***** 
21 November 2014 - Walaupun keadaan banjir di Daerah Besut tidak seteruk yang berlaku di daerah lain dalam negeri Terengganu, meskipun begitu ada beberapa keluarga juga terlibat dengan gemlombang pertama banjir di negeri Terengganu. Ada beberapa keluarga dipindahkan ke pusat perpindahan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Banjir Daerah.

Program Asyura Komuniti Majlis Daerah Besut

 Haji Pehimi memperkata sesuatu sejurus mengacau bubur Asyura di Medan Selera Jertih.
*****
20 November 2014 - Bertempat di Medan Selera Jertih, sebanyak 20 kawah asyura dimasak. Program julung-julung kali diadakan oleh Majlis Daerah Besut (MDB) dengan kerjasama Ahli-ahli MDB dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Persatuan Kereta Sewa Besut, Persatuan Penjaja Kecil Daerah Besut, Persatuan Perniaga Medan Selera Jertih dan JKKK Bandar Jertih.
Haji Pehimi sempat meluangkan masa se awal pagi bersama-sama peserta yang menjayakan program ini.

M780,500 Untuk Mangsa Banjir Terengganu

Oleh: Aida Abd Rahman | 22 November 2014

Dato' Ahmad Razif Abd Rahman
*****
Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan ehsan berjumlah RM780,500 kepada 1,561 keluarga mangsa banjir dalam masa terdekat.

Tuesday 18 November 2014

Komitmen Pelaburan Bernilai RM3.57 Bilion Bakal Diterima ECER

Oleh: Fauzi Mohd | 18 November 2014


Komitmen pelaburan bernilai RM3.57 bilion bakal diterima Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada suku keempat tahun ini.

Perkhidmatan Bas Hentian Putra Pindah Ke TBS Bulan Depan

17 November 2014
 Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
*****

Terengganu Perintis Wujud Pasarnita


Oleh: Aida Abd Rahman | 15 November 2014
Terengganu muncul negeri perintis mewujudkan tapak jualan kekal Pasarnita khusus kepada usahawan wanita yang baharu berkecimpung dalam perniagaan untuk menjana ekonomi masing-masing.

PM hadir majlis pengumuman pelaburan ECER

18 November 2014 2:08 AM
Najib Tun Razak (tengah) mempengerusikan mesyuarat Pembangunan Najib Tun Razak (tengah) mempengerusikan mesyuarat Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Jebasingam Issace John (tujuh dari kiri) dan Abdul Wahid Omar (enam dari kanan). – BERNAMA
*****

Monday 17 November 2014

Haji Pehimi ziarah hilang di laut

16 November 2014 - Haji Pehimi - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri meluagkan masa menziarahi keluarga yang hilang semasa keluar memancing di Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut.
Mangsa yang sudah 11 hari hilang. Kunjungan Haji Pehimi bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga mangsa.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga mangsa dijumpai secepat mungkin.

 
Haji Pehimi bertanya khabar kepada keluarga mangsa hilang di perairan Kuala Besut.

Asyura Kreatif di Kasih Asyura 2014

Asyura tempat Pertama (JKKK Gong Nering)

Program Kasih Asyura DUN Jertih

 JKKK Gong Nering mendapat tempat Pertama dalam pertandingan asyura di Program Kasih Asyura DUN Jertih 2014 bergambar dengan Haji Pehimi.
*****
13 November 2014(Khamis) - Bertempat di Masjid Hadhari Bandar Jertih, sebanyak 33 kawah Asyura dibuat mewakili Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Agensi Kerajaan dan NGO.

ADUN Jertih Rai Penerima Anugerah Ibu Tunggal Mithali Peringkat Negeri

 Haji Pehimi bersama isteri menyampaikan cenderahati sempena meraikan Tokoh Maal Hijrah kategori Ibu Tunggal Mithali 1436H.
*****
13 November 2014 (Khamis) - Haji Muhammad Pehimi Yusof selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jertih yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri (EXCO) dan isteri meraikan Tokoh Maal Hijrah Negeri Terengganu kategori Ibu Tunggal Mithali iaitu Puan Safiah @ Fadzilah binti Mohamad yang berasal dari Kampung Tok Raja, Jertih.
Dalam ucapannya, Haji Pehimi berharap Tokoh Maal Hijrah ini dijadikan contoh khas kepada ibu tunggal. Penganugerahan ini menjadi kebanggaan masyarakat khas di DUN Jertih.
Majlis berjalan di Dewan Besar Masjid Hadhari Bandar Jertih.

Wednesday 12 November 2014

SPNT Tawar Jawatan Kosong

Oleh: Noraini Jusoh | 11 November 2014 

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) akan mengeluarkan iklan kekosongan jawatan bagi kali kedua untuk tahun ini.

Thursday 6 November 2014

Foto Pilihan Hari Ini

Haji Pehimi sempat bertanya khabar semasa menyampaikan sumbangan di program Kembara Kebajikan 1 Malaysia 1 Family Care di Dewan MDB Jertih bulan April 2014 lepas.

Berani Berubah Jika Mahu Kekal Sebagai Pembela Rakyat

Oleh: Pengarang | 2 November 2014 

Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap merasmikan Konvensyen UMNO Terengganu 2014 
*****
UMNO perlu mengatur langkah baharu dan tidak lagi boleh bertindak seperti biasa memandangkan parti keramat ini merupakan harapan kepada orang Melayu yang mahu parti lebih berani untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara.

Wednesday 5 November 2014

Foto Pilihan Hari Ini

Bakti Terakhir... Allahyarham Haji Mustafa (berkopiah) memperkatakan sesuatu kepada Haji Pehimi semasa Perasmian Kelas Iqra Pak Damalik/Kg. Teluk pada Mei 2014 lepas. (Untuk makluman Haji Mustafa telah kembali ke Rahmatullah bulan Julai lepas)

Kejohanan Futsal DUN Jertih

31 Oktober 2014 - Bertempat di Gelanggang Futsal Perumahan Awam Nyiur Tujuh, Kg. Jawek satu pertandingan Futsal diadakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Haji Muhammad Pehimi telah meluangkan masa untuk merasmikan pertandingan dan menyampaikan hadiah kepada pasukan yang berjaya dan mengambil bahagian.

Penjenamaan Semula APMT Kepada ATRA

Oleh: Noraini Jusoh | 4 November 2014
Menteri Besar,Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (Dua kiri) ketika melancarkan logo baru ATRA sambil diperhatikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri,Dato; Mohd Zubir Embong (Kiri) dan Pengarah ATRA,Omar Adam (Kanan) pada Majlis Pelancaran Penjenamaan APMT kepada Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) di Wisma Darul Iman. Oleh: Tg Syamim Tg Ismail
*****
Kerajaan negeri mengambil inisiatif melakukan penjenamaan semula Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) kepada Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA).

Tuesday 4 November 2014

Foto Pilihan Hari Ini

Haji Pehimi selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu (BPUNT) bergambar kenangan bersama Dato' Seri Hishamuddin - Naib Presiden UMNO dan Haji Wan Hakim - Ketua Penerangan BPUNT sebelum berlangsungnya Konvensyen UMNO Terengganu 2014 di Hotel Primula Kuala Terenggau pada 1 November 2014.

UMNO Terengganu Guna Strategi Perang Rasulullah Hadapi Cabaran PRU 14

Oleh: Fauzi Mohd | 2 November 2014

UMNO Terengganu akan menghayati ilmu perperangan Rasulullah SAW yang sarat dengan pengajaran sebagai satu usaha tersusun bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

KUT`14 Diharap Temui Formula Pastikan PRU14 Milik BN

Oleh: Aida Abd Rahman | 30 October 2014

 Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim (tengah) ketika sidang akhbar KUT`14, di Hotel Primula Beach, hari ini. Foto oleh Hasmizi Hamid.
*****
Konvensyen UMNO Terengganu 2014 (KUT`14) yang bertemakan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) diharap akan dapat menemui formula dan mengupas isu bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional (BN).