Páginas

Friday 30 January 2015

Foto Pilihan Hari Ini

Haji Pehimi bergambar dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam DUN Jertih selepas menyampaikan sijil perlantikan Pengerusi dan Jawatankuasa JKKK pada 28 Januari 2015 di Perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Jertih. Turut hadir Penghulu-penghulu Mukim Kubang Bemban, Bukit Kenak dan Pelagat.
Foto Haji Mohammad Ishak

Thursday 29 January 2015

UKOM Edar Buku ‘Kecil Bagi Kita Besar Bagi Rakyat’ Secara Percuma

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 28 JANUARY 2015


Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) menerbitkan buku ‘Kecil Bagi Kita Besar Bagi Rakyat’ untuk edaran secara percuma  yang memaparkan hubungan dua hala antara pemimpin dengan rakyat dan rakyat dengan pemimpin.

Buku bergambar yang mengandungi 100 muka surat itu bercerita mengenai detik bermulanya  kepimpinan Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman, pada Mei 2014 sehingga kini.

Terengganu Selaras Projek Pelaburan Menerusi T-Invest

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN  | 28 JANUARY 2015 


Terengganu akan menyelaras semua aktiviti dan projek pelaburan dalam pelbagai sektor di bawah satu unit baharu yang  dikenali sebagai  T-Invest, tidak lama lagi.

Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman, berkata unit baharu yang  dibentuk menerusi jawatankuasa khas itu bakal dianggotai golongan profesional daripada pelbagai bidang, sekali gus akan menjadi platform untuk menjana pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih pesat.

Sunday 25 January 2015

Dabong Terhutang Budi Bantuan Terengganu

Author: Fauzi Mohd | 23 January 2015

 

Mangsa bencana banjir di kawasan DUN Dabong terhutang budi dengan perhatian dan bantuan yang dihulurkan Terengganu.

Kerajaan Terengganu dan lebih 6,000 anggota Skuad Sukarelawan TTB telah berkampung di Dabong lebih dua minggu dalam Misi Kemanusiaan Pasca Banjir.

Kerajaan Terengganu Isytihar Berkabung 40 Hari

Author: Mohd Syazni Zainudin | 24 January 2015

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda
*****
Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri serta persekutuan dan badan-badan berkanun di Terengganu diminta  mengikuti peraturan perkabungan sebagai tanda berdukacita atas kemangkatan Tengku Ampuan Intan Zaharah Almarhum Tengku Setia Raja.

Saturday 24 January 2015

Sambutan Maulidur Rasul Pekan Alur Lintah

 Dato' Seri Idris dan Haji Pehimi beramah mesra dengan Kumpulan Besut Berselawat.
*****
23 Januari 2015 (Jumaat) - Meskipun bulan Rabiulawal telah berlalu, kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW diteruskan tanpa mengira bulan kelahiran Rasul yang kita kasihi.

Bertempat di tapak Pasar Rabu Alur Lintah, JKKK dan Jawatankuasa Masjid Alur Lintah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijrah. Sambutan bermula selepas waktu Isyak diisi dengan ceramah jemputan oleh Ustaz Kamaruddin bin Mat Shahril dan diserikan dengan alunan selawat oleh Kumpulan Besut Berselawat.

Friday 23 January 2015

Program `Home Manager’ Lancar Isnin Ini

Author: Aida Abd Rahman | 23 January 2015
Kerajaan negeri mengotakan janji  untuk membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai wanita terutama ibu tunggal dan golongan miskin supaya memiliki pekerjaan tetap apabila menawarkan program latihan `Home Manager’  (Pengurus Kediaman), bermula tahun  ini.

Thursday 22 January 2015

35 Pengerusi JKKK, Berdepan Tindakan Tamat Perkhidmatan

 Author: Suriati Ali | 22 January 2015

Pengerusi bersama ahli jawatankuasa membaca ikrar taat setia merasmikan Majlis Himpunan Perdana JKKK, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus. Foto oleh: Harish Fadzillah
*****
Sebanyak 35 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di empat daerah di Terengganu diberi peluang kedua sehingga April ini, bagi memenuhi Penilai Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

Wednesday 21 January 2015

Rawatan Segera Jika Sakit Mata

Author: Aida Abd Rahman | 21 January 2015

Muhammad Pehimi (tengah) selepas menerima bantuan sumbangan banjir yang disampaikan oleh Bank Persatuan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
*****
Mangsa banjir dan mereka yang terlibat dengan kerja-kerja sukarelawan bantuan banjir dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut sekiranya mengalami sakit mata yang berlanjutan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, mereka yang mempunyai simptom seperti gatal, pedih atau kemerahan pada mata perlu segera berbuat demikian bagi mengelak dijangkiti penyakit leptospirosis dan melioidosis.

Program Intergrasi Sosial di Kg. Lapan Kotak

  
Haji Pehimi bergambar dengan peserta program
*****
19 Januari 2015 (Isnin) - Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan program Khidmat Bakti di Kg. Lapan Kotak, Jertih 17 - 19 Januari 2015.

Foto Hari Ini: Ziarah Kematian

Haji Pehimi meluangkan waktu menziarahi arwah emak kepada seorang anggota Atra DUN Jertih - Mariana Mustafa di Kg. Gong Tok Tor, Jertih.

Hadiah RM100 SSPN-i Untuk Bayi Lahir 2015 Akan Diperincikan Secepat Mungkin

Author: Aida Abd Rahman 20 January 2015 


Hadiah RM100 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk setiap bayi yang lahir tahun ini, bermula 1 Januari lalu boleh dipohon dengan mengisi borang permohonan yang akan diedarkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN, Pegawai Pembangunan dan Pegawai Penyelaras DUN seluruh Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof, berkata inisiatif kerajaan kepada bayi yang baru dilahirkan itu selaras dengan pengumuman dalam Bajet 2015 lalu, selain menggalakkan budaya menabung di kalangan rakyat negeri ini awal usia.

Tuesday 20 January 2015

Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa Dan Kedudukan Kewangan Negara

Author: Fauzi Mohd | 20 January 2015
Dato' Seri Najib Tun Razak
*****
1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan. Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini.

Monday 19 January 2015

Penyampai Bantuan Persekolahan 1Malaysia SMK Seri Nering

Haji Pehimi menyampaikan wang Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia kepada ibubapa/penjaga Sek. Men. Keb. Seri Nering.
*****
19 Januari 2015 (Isnin) - Bertempat di Dewan Besar SMK. Seri Nering pada tengahari, Haji Muhammad Pehimi Yusof - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap ADUN Jertih menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Ibubapa/Penjaga sekolah ini.

Bantuan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia Zon 1 DUN Jertih

 Haji Pehimi sedang berucap sebelum menyampaikan bantaun awal persekolahan kepada pelajar-pelajar sekolah dalam Zon 1 dalam DUN Jertih di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih.

SYUKUR Alhamdulillah...

Rumah Transit... Sumbangan Kerajaan Terengganu kepada penduduk yang kehilangan rumah semasa banjir besar di Dabong mula didiami. Kelihatan penduduk yang menerima kediaman sementara ini bergambar dengan ADUN Dabong, YB. Dato' Ramzi Abd Rahman.

Skuad Sukarelawan TTB Bantu Mangsa Banjir Di Pekan

Author: Mohd Syazni Zainudin | 17 January 2015 


Daerah Pekan, Pahang yang turut terjejas akibat fenomena banjir teruk pada awal Januari lalu semalam menerima kunjungan daripada Skuad Sukarelawan TTB serta Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.

Penubuhan Skuad Sukarelawan TTB Wajar Dicontohi Negeri Lain – Wakil Rakyat Pahang

Author: Mohd Syazni Zainudin 17 January 2015
 Sebahagian daripada ahli Skuad Sukaralewan TTB yang berada di Sekolah Kebangsaan Serambi, Pekan bersama Dato' Ahmad Razif Abd Rahman. FOTO oleh Harish Fadzillah.
*****



Kerajaan Terengganu meneruskan misi kemanusiaan pasca banjir ke Pahang dalam usaha membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di negeri itu.

Selain menghantar Skuad Sukarelawan TTB untuk operasi pembersihan ke kawasan terjejas banjir, Terengganu turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM110,000.

Thursday 15 January 2015

Apa sudah jadi Kenyir 2, Tembat dan Puah…suatu penjelasan

Author: Ruslan Abdul Rahman | 14 January 2015 

 Pengurus Tapak Projek, Mohammad Azman Asmawi menunjukkan gunung ganang sempadan Terengganu- Kelantan dan Tasik Puah (Kenyir 2) di bawah tidak dapat mengalirkan air ke Kelantan.
*****
Memperihalkan secara jelas adakah benar dakwaan bahawa Tasik Kenyir Dua adalah punca penyebab banjir Kelantan – membabitkan Empangan Hidroelektrik Puah dan Empangan Sungai Tembat di Hulu Terengganu, saya (penulis), Harun Hassan (Penolong Pegawai Penerangan), Zulkifli Putra (Jurufoto) dan Mat Yahya (Jurukamera) dari Unit Komunikasi Negeri (UKOM) telah meredah belantara, sungai dan bukit-bukau; membuat tinjauan dengan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai sumber maklumat pertama (first hand) yang berautoriti dan berintegriti.

Sukarelawan TTB Tabur Khidmat Di Dabong, Kelantan Secara Bergilir

Author: Noraini Jusoh 14 January 2015


Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) akan menabur bakti meneruskan khidmat secara sukarela menjayakan misi bantuan pasca banjir ke Dabong, Kelantan secara bergilir mengikut jadual yang ditetapkan.

Pengerusi Skuad TTB, Mohd Johari Abu Bakar berkata, para sukarelawan TTB dari setiap Parlimen akan berkampung disana secara bergilir-gilir bagi membantu membersihkan rumah, sekolah, surau, masjid dan kemudahan awam di kawasan yang terjejas teruk.

Empangan Kenyir Elak Banjir Lebih Besar

Author: Suriati Ali 14 January 2015 

Ibrahim (tiga dari kanan) memegang bebola kaca sebagai gilik merasmikan Majlis Apresiasi Media Terengganu 2015 UMT, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.
*****
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengakui Empangan Stesen Hidroelektrik Sultan Mahmud di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu menjadi penebat utama mengelak kejadian banjir di Terengganu menjadi lebih buruk hampir setiap tahun.

Naib Canselor, Prof Dato’ Ibrahim Komoo, berkata empangan tersebut menjadi penebat kepada banjir besar, terutama membabitkan kawasan Kuala Nerus dan juga Kuala Terengganu.

Tuesday 13 January 2015

Air Mata Saya Tiba-tiba Keluar – Mustapha Mohamed


Air mata saya keluar dengan serta merta semasa mendengar cerita daripada Dato’ Ramzi (Adun Dabong) mengenai Skuad Sukarelawan TTB yang dibawa oleh YAB. Menteri Besar Terengganu untuk membantu kita di Dabong dan Kemubu ini.

“Saya Tidak dapat membalas jasa Menteri Besar Terengganu dan juga sukarelawan seramai 1500 orang yang sedang berkampung disini, hanya ALLAH SWT sahaja dapat membalasnya nanti”.

MB Janji Terus Beri Komitmen Pulihkan Dabong

Author: Mohd Syazni Zainudin 11 January 2015 

 Dato’ Ahmad Razif melawat tapak rumah sementara di Dabong. Gambar oleh Harish Fazillah
*****
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berjanji  untuk memberi sepenuh komitmen membantu mangsa banjir di Dabong, Kelantan selepas   terkesan menyaksikan sendiri kesan kemusnahan akibat bencana lebih tiga minggu lalu.

Kerajaan Terengganu serah rumah transit mangsa banjir


Haji Pehimi mewakili Menteri Besar Terengganu menyerah rumah sementara kepada Dato' Ramzi Abd Rahman di Dabong.
***** 
12 Januari 2015 - Dabong, Kerajaan Terengganu menyerahkan 21 buah rumah transit termasuk 6 tandas yang dibina di Dabong, Kuala Krai, Kelantan untuk mangsa banjir yang kehilangan rumah di kampung berkenaan.
ADUN Dabong, YB. Dato' Ramzi Abd Rahman menerima sumbangan kerajaan Negeri Terengganu oleh Haji Muhammad Pehimi Yusof - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri (Adun Jertih) mewakili Menteri Besar.
Rumah sementara berkenaan dibina oleh sukarelawan Terengganu dalam masa 3 hari.

Wan Aziz

Sunday 11 January 2015

Ahli Exco Melawat Murid Di Sekolah Yang Terbabit Banjir

Author: Mohamad Ishak | 11 January 2015  

 Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof hari ini turun padang  meninjau perjalanan pembelajaran murid Sekolah Kebangsaan Pusat Jertih yang yang terjejas banjir baru-baru ini.
 *****
Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, berpuas hati dengan suasana murid yang dapat belajar di sekolah itu yang sesi pelajaran bermula  hari ini.

Adun Dabong Terharu Sumbangan Kerajaan Negeri Terengganu

Author: Mohd Syazni Zainudin | 11 January 2015

Dato’ Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada ADUN Dabong. Dato’ Ramzi Ab Rahman. Gambar oleh Harish Fazillah
*****
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Dabong, Dato’ Ramzi Ab Rahman cukup terharu dengan tindakan kerajaan negeri Terengganu dalam membantu daerah tersebut.

Beliau berkata dengan sumbangan ini terutamanya dari segi tenaga kerja menggembirakan penduduk di kawasan terbabit.

Hari Pertama Persekolahan

 Haji Pehimi berucap dihadapan pelajar SK. Pusat Jertih.
*****
11 Januari 2015 - Haji Muhammad Pehimi Yusof - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap ADUN Jertih mengambil kesempatan hari pertama persekolahan sesi 2015 dengan melawat Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh.

MB Banggga Skuad Sukarelawan TTB

Author: Mohd Syazni Zainudin | 9 January 2015

Walaupun Terengganu mempunyai nasib yang sama seperti negeri-negeri jiran, Skuad Sukarelawan TTB turut turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan ini merupakan satu sikap yang boleh dibanggakan apabila ramai yang  turun membantu membersihkan kawasan terjejas dengan banjir.

Misi Kemanusiaan `Luar Biasa’ Berlepas Ke Kelantan

Author: Mohd Syazni Zainudin 8 January 2015
 Misi kemanusiaan di Kelantan anjuran Kerajaan Terengganu mendapat sambutan luar biasa apabila penyertaan sukarelawan meningkat kepada 1,500 orang berbanding 1,000 orang yang diuar-uarkan sebelum ini, dari pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan yang menaiki hampir 100 buah kenderaan.

1,000 Skuad Sukarelawan TTB, 100 Tukang Rumah Jayakan Misi Bantuan Banjir Di Kelantan

Author: Aida Abd Rahman | 7 January 2015


Penderitaan mangsa banjir yang terpaksa berteduh di bawah khemah selepas rumah hanyut dan musnah dalam bencana banjir di Kelantan mendapat perhatian Kerajaan Terengganu  apabila 1,000 sukarelawan bersama 100 tukang rumah akan ke penempatan itu bagi membina rumah sementara kepada mangsa, bermula Jumaat ini.

Tuesday 6 January 2015

Mangsa banjir diancam bahaya

Pesan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu kepada orang ramai.
*****
Petikan Berita dari Akhbar Kosmo!
 
Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN,AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI,NORAINI HASAN BASRI,SYED AZLAN SAID HIZAR | berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pakar-pakar kesihatan memberi amaran kepada mangsa-mangsa bah di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor supaya berwaspada dengan penyakit bawaan banjir yang boleh menyebabkan kematian.

Isu Kenyir Dua – Suatu Fakta Yang Benar, Jangan Percaya Kepada Fitnah

Author: Ruslan Abdul Rahman 5 January 2015


Kalau ada tuduhan dan dakwaan mengatakan, punca banjir di Kelantan adalah akibat Empangan Kenyir Dua, iaitu di Sungai Tembat, mudah sahaja jawapannya:

Air sungai mengalir dari tanah tinggi ke tanah rendah dan akhirnya ke laut.

Pemuda UMNO Besut Bantu Pelajar Mangsa Banjir Di Hulu Besut

Author: Mohamad Ishak 5 January 2015 



Nasib pelajar di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut yang kehilangan pakaian sekolah selepas rumah keluarga mereka dilanda banjir  besar baru-baru ini mendapat perhatian Pemuda UMNO Bahagian Besut yang tanpil membantu mereka.

Monday 5 January 2015

Perutusan Tahun Baru 2015 MB Terengganu

Author: Suriati Ali 31 December 2014
Selamat Tahun Baru 2015- Dato’ Ahmad Razif
*****
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Saya, keluarga dan barisan kepimpinan negeri Terengganu ingin mengambil sedikit ruang dan peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2015.

Ziarah ke Kg. Karangan, Kuala Krai, Kelantan

 Haji Pehimi meninjau salah sebuah tapak kediaman yang musnah dalam banjir Disember lalu.
*****
4 Januari 2015 - Salah sebuah kampung yang terjejas teruk akibat gelombang banjir Disember 2014 ialah Kampung Karangan, Kuala Krai, Kelantan.

Thursday 1 January 2015

Program Membersih SK. RKT Seberang Tayor, Kemaman

 Oleh: Wan Aziz Wan Idris

Skuad Sayang Wanita Besut membersih lumpur tebal dalam salah sebuah kelas di SK. RKT Seberang Tayor, Kemaman.
*****
1 Januari 2015 - Skuad Sukarelawan Pemuda UMNO Bahagian Besut, Skuad Sayang Wanita UMNO Besut serta ATRA DUN Jertih berganding bahu mengadakan khidmat bakti di SK. RKT Seberang Tayor, Kemaman, bagi kerja-kerja membersih kotoran akibat banjir yang melanda sekolah berkenaan.
Kerja sukarela ini diketuai sendiri oleh Saudara Azizul Jasmi Mohamad - Ketua Pemuda Bahagian Besut.
Sekolah ini terletak 25 km dari Bandar Cukai digendangi air setinggi 1.5 meter semasa banjir gelombang ke-2 melanda Terengganu. Keseluruhan sekolah ini diselaputi lumpur tebal, kerja-kerja membersih dilakukan dengan pam air kuasa tinggi dan dibantu oleh jentera bomba serta Majlis Pembandaran Kemaman, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Majlis Daerah Besut.
Seramai 40 pelajar TATIUC juga bersama-sama dalam kerja sukarela ini.
YB. Haji Wan Abdul Hakim selaku ADUN Air Putih sempat meninjau dan beramah mesra dengan pasukan sukarela dan merakamkan ucapan berbanyak terima kasih di atas bantuan yang diberikan.
Kerja-kerja membersih selesai jam 2.00 petang.

 Haji Wan Hakim disambut oleh Azizul Jasmi setiba di perkarangan sekolah.
Bergambar untuk kenangan bersama skuad sukarela dari Besut.
 Pintu utama
 
 Antara jentera yang membantu kerja-kerja membersih.
 Keadaan kantin sekolah.
 Sdr Azizul membersih lumpur di surau sekolah.
 Membersih dindin dalam surau sekolah
 Pam berkuasa tinggi di bawa khas dari Besut bagi memudahkan kerja-kerja membersih.
 Sempat berselfie setelah selesai kerja membersih.
 Haji Wan Hakim beramah mesra dengan pelajar TATIUC
 ATRA DUN Jertih juga memberi sumbangan bakti.
 Pasukan teknikal skuad sukarela memastikan jentera sentiasa berfungsi dengan baik.
 
 Kenangan