Páginas

Tuesday 31 March 2015

Forum Bimbangan Lestari ‘Bijak Pilih U’ Lepasan SPM Sabtu Ini

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 30 MARCH 2015


Yayasan Terengganu bakal menganjurkan Forum Bimbangan Lestari ‘Bijak Pilih U’ Lepasan SPM 2014 pada 4 April ini bertempat di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.

Pengarahnya, Mohamad Sulong berkata program itu bakal memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM 2014 untuk memilih tempat yang sesuai untuk melanjutkan pembelajaran mereka.

290 Spesies Burung Di Tasik Kenyir Tumpuan Pelancong Antarabangsa

AUTHOR: FAUZI MOHD 30 MARCH 2015


Tasik Kenyir yang menjadi habitat 290 spesies burung termasuk spesies jarang ditemui akan dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan terunggul di rantau ini, kata Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Merasmikan Mesyuarat PIBG SK. Tanah Merah

 Haji Pehimi sedang berucap semasa merasmikan mesyuarat agung PIBG SK. Tanah Merah, Jertih.
*****
30 Mac 2015 (Isnin) - SK. Tanah Merah, Jertih mempunyai alasan tersendiri untuk berbangga kerana Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini kali ke-29 tahun 2015 disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terenggauu YB. Haji Muhammad Pehimi Yusof yang juga ADUN Jerteh.

Monday 30 March 2015

Kuala Terengganu Terpilih Jayakan Program Transformasi Perkhidmatan Bas

AUTHOR: PENGARANG | 26 MARCH 2015 


Kerajaan menyediakan RM100 juta sebagai dana permulaan bagi menjayakan program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) di lima kawasan terpilih, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Menurutnya kawasan terlibat ialah Seremban, Kangar, Kuching, Ipoh dan Kuala Terengganu yang bermula tahun ini.

Yayasan Terengganu Tawar Diskaun 20 Peratus Kepada Peminjam

AUTHOR: FAUZI MOHD | 29 MARCH 2015

Mohamad Sulong
*****
Yayasan Terengganu menawarkan diskaun 20 peratus kepada peminjamnya yang menjelaskan kesemua baki pinjaman dalam tempoh setahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini.

Pengarahnya Mohamad Sulong dalam satu kenyataan berkata, tawaran tersebut dibuat bagi meringankan beban bayaran balik serta sebagai insentif kepada peminjam yang berjaya menjelaskan kesemua baki pinjaman.

Sunday 29 March 2015

Malam Penghargaan Sukarelawan TTB DUN Jertih

Kemuncak... Haji Pehimi bersama pemenang cabutan nombor bertuah dengan hadiah menarik berjaya dibawa pulang oleh sukarelawan yang hadir.
*****
28 Mac 2015 (Jumaat) - Sebagai menghargai jasa dan sumbangan bakti para sukarelawan yang menabur bakti kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu akhir tahun lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, YB. Haji Muhammad Pehimi Yusof berjaya meraikan sukarelawan ini di "Malam Aprisiasi Sukarelawan TTB DUN Jerteh" bertempat di Dataran Sungai Jertih.

Ada Ketua Jabatan Tidak Jujur, Bocor Maklumat Sulit Kerajaan – Dato’ SUK

AUTHOR: SURIATI ALI | 24 MARCH 2015


Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya tidak menyalahgunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube dan WhatsApp sebagai ruang menghasut atau memburukkan pentadbiran negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Osman Muda, berkata dia mengakui ada segelintir penjawat awam di negeri ini, lancang memburukkan agenda dan program yang dirancang kerajaan melalui media sosial.

Mohd Hafas Dan Nur Hidayah Juarai Tilawah Al-Quran

AUTHOR: SURIATI ALI | 27 MARCH 2015


Mohd Hafaz dan Nur Hidayah memegang piala pusingan . Foto Harish Fadzilah “Saya berazam melakukan yang terbaik demi mencapai kejayaan peringkat kebangsaan dan seterusnya menaikkan imej Terengganu.

“Cukup besar harapan kali untuk berada di tempat teratas kerana sudah lapan kali mewakili Terengganu hanya naib johan pada 2012,” kata Qari Terengganu, Mohd Hafas Ali.

Thursday 26 March 2015

Foto Pilihan Hari Ini

21 Mac 2015 - Haji Pehimi bergambar bersama pengantin baru semasa hadir di Majlis Kenduri Kesyukuran sempena perkahwinan anak Haji Wan Mohamad Ariff Rashiddin Jusoh - Setiausaha Penyelaras DUN Jerteh di Kg. Raja.

UKOM Mengorak Langkah Menyebar Luas Konsep TTB

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 25 MARCH 2015


Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) mengorak langkah menyampaikan penerangan mengenai Transformasi Terengganu Baharu (TTB) kepada agensi-agensi kerajaan di negeri ini.

Lokasi pertama yang berjaya disempurnakan ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu.

Qari Marang Buka Tirai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 25 MARCH 2015

Astaka Tilawah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1436H/2015M  di Stadium Mini Sungai Tarom, Setiu.
*****
Lima dari 15 peserta memperdengarkan bacaan mereka dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1436H/2015M pada malam pertama yang berlangsung di Stadium Mini Sungai Tarom, Setiu, malam tadi.

Qari dari Marang, Ramli Awang Teh menjadi peserta pertama yang memperdengarkan bacaan, diikuti Fatimah Embong (Qariah Kuala Terengganu), Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (Qari Kuala Terengganu), Nur Jannah Abdul Rahman (Qariah Kuala Terengganu), dan Yahya Ali (Qari Kuala Terengganu).

Dekoder MYTV Dijual Dengan Harga RM200, Jun Ini Posted on March 25, 2015 by Editorial|

Posted on March 25, 2015 by Editorial|


Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.

Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).

Wednesday 25 March 2015

Tiga Soalan Kepada Penjawat Awam

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 25 MARCH 2015


Kepimpinan tertinggi negeri yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda memilih Setiu sebagai daerah perintis bagi program lawatan kerja dan turun padang menemui penjawat awam di peringkat akar umbi.

Lawatan itu juga bersempena program Majlis Tilawah al- Quran Peringkat Negeri Terengganu, yang berlangsung di Stadium Mini, Sungai Tarom Setiu, bermula malam tadi.

Tuesday 24 March 2015

Foto Pilihan Hari Ini - Mesyuarat Agung PIBG SK. Seberang Jertih

23 Mac 2015(Isnin) - Haji Pehimi di sambut oleh Pengerusi dan Guru Besar serta guru-guru SK. Seberang Jertih.

Malam Aprisiasi Sukarelawan TTB DUN Jertih

Urusetia sedang memasang sepanduk mengalu-alukan kehadiran sukarelawan di tapak program yang akan diadakan.
*****
24 Mac 2015 (Selasa) - Bagi menghargai jasa-jasa sukarelawan yang menabur khidmat bakti khasnya semasa banjir besar Disember 2014, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Haji Muhammad Pehimi Yusof bersetuju mengadakan satu majlis penghargaan kepada mereka pada 28 Mac 2015 ini bertempat di Dataran Jertih (Dataran JPS) berhadapan dengan Masjid Hadhari Jertih.

Kilang Padi Bernilai RM8 Juta Dibina Di Hulu Besut

AUTHOR: FAUZI MOHD | 23 MARCH 2015 


Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan membuka sebuah lagi kilang memproses padi bernilai RM8 juta di Hulu Besut tahun hadapan.

Ketua Pengarah LPP, Dato’ Arpan Shah Haji Satu berkata, kilang itu yang berupaya memproses padi antara lima hingga enam tan metrik sejam, akan dibina di kawasan seluas 20 ekar di Kampung Baruh Masin.

Rumah Mampu Milik Ganti Rumah PPRT

AUTHOR: SURIATI ALI | 23 MARCH 2015 

Ahmad Razif bersalaman dengan tetamu pada Majlis Makan Malam Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan Bersama Kepimpinan Negeri, di Pulau Duyung, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto: Harish Fadzillah
*****
Kerajaan negeri bercadang menukar konsep Rumah Mampu Milik (RMM) yang membabitkan kos RM60,000 hingga RM80,000 seunit bagi mengantikan rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Menteri Besar Dato’Ahmad Razif Abd Rahman berkata kira-kira 400 keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar diberi keutamaan untuk memiliki RMM itu dengan mengenakan beberapa syarat mudah.

Monday 23 March 2015

PDM Kubang Bemban Juara Bolasepak 9 Sebelah Piala ADUN Jertih

Haji Pehimi bergambar bersama pengurus pasukan dan pemain dari team PDM Kubang Bemban selepas menyampai piala kejohanan.
*****
21 Mac 2015 (Sabtu) - Team PDM Mukim Kubang Bemban mengulangi kejayaan tahun 2014 apabila sekali lagi menjadi juara selepas menewaskan team PDM Bukit Kenak, 2 - 1, merebut Piala ADUN Jertih 2015.

Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah anjuran Penyelaras Pemuda UMNO DUN Jertih berlansung selama 2 hari iaitu 20 dan 21 Mac 2015 bertempat di Padang Astaka Jertih. Haji Pehimi selaku ADUN Jertih meluangkan masa menyaksikan perlawanan akhir dan menyampaikan hadiah serta piala kepada pasukan yang mengambil bahagian.

Rumah RM20,000 Seunit Untuk Golongan Miskin

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 19 MARCH 2015 


Kerajaan negeri terus  membela nasib golongan yang tidak berkemampuan di Terengganu apabila bakal menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) hanya dengan kadar RM20,000 seunit kepada golongan sasar itu.

Menteri Besar,  Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  sebanyak 50 unit RMM Kampung Batin, Seberang Takir disediakan kepada golongan itu dengan hanya RM20,00o seunit berbanding harga sebenar RM68,000 seunit

Tuesday 17 March 2015

Landskap Moden, Taman Bercahaya Ganti Perhentian Teksi Lama

AUTHOR: SURIATI ALI | 16 MARCH 2015


Pembinaan landskap berkonsepkan ‘Taman Bercahaya’ di pusat bandar raya membabitkan peruntukan kira-kira RM400,000 yang dibina di atas tapak perhentian teksi lama kini hampir 50 peratus siap dibangunkan.

Projek yang diselia Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan dijangka siap akhir April ini, turut mempunyai 112 lot tempat letak kenderaan dan restoran moden.

Monday 16 March 2015

Borang SSPN-i Mula Diedar

AUTHOR: NORAINI JUSOH | 16 MARCH 2015


Borang permohonan bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk anak kelahiran Terengganu mula diedar kepada orang ramai sejak 10 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, borang boleh didapati di kesemua Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di setiap daerah atau Pusat Khidmat Masyarakat ADUN seluruh Terengganu.

Kolej Komuniti Besut Jalin Kerjasama Syarikat Jepun

AUTHOR: FAUZI MOHD | 16 MARCH 2015


Kolej Komuniti Besut menyediakan kursus animasi 3D profesional peringkat sijil dengan kerjasama sebuah syarikat Jepun, bermula bulan ini, kata Menteri Pendidikan Kedua, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Menurutnya, kursus animasi 3D yang disediakan itu merupakan yang terbaik di negara ini memandangkan ia mendapat bimbingan kepakaran daripada Syarikat Studio Silver End dari Jepun yang bertanggungjawab menyediakan aktiviti animasi di Jepun.

Rai Pengantin Baru Menerusi Majlis Resepsi Walimah Perdana 1 Terengganu

AUTHOR: NORAINI JUSOH | 15 MARCH 2015 

Muhammad Pehimi Yusof
*****
Kerajaan negeri akan memperkenalkan sebuah program baharu iaitu Majlis Resepsi Walimah Perdana 1 Terengganu untuk meraikan pasangan pengantin baru yang melangsungkan perkahwinan sepanjang tahun lalu dan masih bergelar suami isteri sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, pasangan suami isteri yang hadir ke majlis resepsi itu juga akan dihadiahkan dengan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional bernilai RM200 dalam akaun bersama untuk memupuk sikap suka menabung di peringkat awal mendirikan rumahtangga.


Sunday 15 March 2015

Hampir 15,000 Banjiri Perasmian Karnival TTB

AUTHOR: SURIATI ALI | 14 MARCH 2015


Hampir 15,000 orang membanjiri Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus sempena perasmian Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman malam tadi.

Wednesday 11 March 2015

UMNO Terengganu Masih `Tidur’

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 10 MARCH 2015 


Halina memakaikan lencana pada vest Ketua Pergerakan UMNO Wanita Bahagian, To’Puan Zaitun Mat Amin di majlis pelancaran Vest Skuad Sayang Wanita Umno Bahagian Marang, di Dewan Sivik Binjai Rendah, Marang. Foto oleh Tg Syamin Tg Ismail
*****
Jentera UMNO Terengganu `masih tidur’ kerana belum bangkit daripada kegagalan lalu, tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri,  Dato’Ahmad Razif Abd Rahman.

Pelancaran Skuad Sukarelawan TTB

AUTHOR: NORAINI JUSOH 10 MARCH 2015 


Pelancaran Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) peringkat negeri akan diadakan pada 13 Mac ini sempena Karnival TTB yang berlangsung di Dataran Permata Kampung Baru, Seberang Takir.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dijangka akan menyempurnakan majlis pelancaran itu.

Tuesday 10 March 2015

Idris Sambut Baik Forum Bersama 3 Bekas MB Terengganu

AUTHOR: FAUZI MOHD | 8 MARCH 2015

DATUK SERI IDRIS JUSOH

Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh menyambut baik usaha kerajaan negeri yang diterajui Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman untuk mengadakan forum membabitkan tiga bekas Menteri Besar negeri ini.

Forum yang bertujuan menjelaskan inspirasi dan pandangan mereka dalam membangunkan Terengganu akan dikendalikan oleh Ahmad Razif sendiri yang dijangka berlangsung selepas tempoh setahun beliau menjadi Menteri Besar pada 12 Mei nanti.

Sunday 8 March 2015

SPJ mendapat sambutan golongan muda


7 Mac 2015 (Sabtu) - Pelancaran Skuad Permotoran Jertih (SPJ) ternyata mendapat sambutan yang di luar jangka dengan kehadiran dan pendaftaran oleh golongan muda semasa pelancaran rasmi dilakukan oleh Haji Muhammad Pehimi Yusof - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu yang juga ADUN Jerteh di Medan Selera pagi ini.
Menurut Pengerusi penganjur program yang juga korordinator SPJ, Tuan Soh Tuan Maktar, SPJ disasarkan kepada golongan muda berumur 18 - 40 tahun.

Dato' Seri Idris Jusoh mengajak ahli UMNO hayati Rukun Negara

6 Mac 2015 (Rabu) - Jertih, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan II mengajak ahli-ahli UMNO menghayati kembali prinsip-prinsip yang terkandung dalam 5 Rukun Negara bagi menanam semangat "Soladariti Malaysia" semasa berucap dalam Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan-Cawangan DUN Hulu Besut dan Jertih 2015 di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong, Jertih.

Hadir sama Haji Nawi bin Mohamad (Ketua UMNO Bahagian Besut), Haji Muhammad Pehimi Yusof (Setiausaha UMNO Bahagian Besut), YM. Engku Hajah Naimah Engku Taib (Ketua Wanita), Sdr. Azizul Jasmi Mohamad (Ketua Pemuda) dan Sdri. Erniysalwanie Saidi (Ketua Puteri).

Monday 2 March 2015

Terengganu Muncul Negeri Terbaik STPM 2014


Terengganu muncul sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 dengan mencatat Min Purata Nilai Gred Kumulatif (Min PNGK) 2.74 berbanding hanya 2.58 pada 2013.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Zakaria Hussin berkata, peningkatan sebanyak 0.16 mata atau 6.20 peratus tersebut merupakan peningkatan yang sangat signifikan, sekaligus mengatasi Min PNGK yang dicapai peringkat Nasional iaitu 2.62 mata.

Stadium Sultan Mizan Boleh Diguna April Ini

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 2 MARCH 2015 


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang sepatutnya boleh digunakan Februari 2015 tidak dapat disempurnakan disebabkan kerja-kerja baik pulih tergendala disebabkan musim tengkujuh akhir tahun lalu.

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Besut 3 Mac

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK | 2 MARCH 2015 

3 Mac 2015 (Selasa)| 9.00 Malam | Dataran Kompleks Imtiaz Besut, Bukit Keluang.
*****
Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Besut malam esok dijangka meriah dan mampu menarik perhatian ramai masyarakat Islam daerah itu kerana lokasi majlis yang dianggap cantik dan sesuai untuk program berkenaan.

MB Sertai Majlis Tahlil Arwah Bapa ADUN Kota Putera

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK | 1 MARCH 2015 


Kesibukan menjalankan tugas sebagai pemimpin kerajaan negeri tidak menghalang Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, meluangkan masa untuk menyertai majlis tahlil Allahyarham bapa ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa hari ini.

Ayahnya, Musa Ngah, 75 meninggal duniapada 24 Februari lalu akibat sakit paru-paru dan dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Seberang Kastam, dekat Jertih.

Sunday 1 March 2015

Najib garis tujuh amanat untuk bangsa Melayu maju

NAJIB beramah mesra dengan sebahagian daripada 50,000 orang ramai yang hadir pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi.
*****
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tujuh ama-nat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju pada abad ke-21 serta menjadi kuat, hebat dan bermaruah.

Amanat tersebut termasuk keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.

Foto Pilihan Hari Ini - Santai Perantau




24 Februari 2015 - Haji Pehimi mengambil kesempatan beramah mesra dengan 'ore-ore Jertih' sekitar Kuala Lumpur dengan menjamu seleras di salah sebuah restoran di Kg. Baharu, KL.

Tujuh amanat pemimpin Melayu - Peringatan kekal selagi ada bulan dan bintang – Najib

HUSSAINI AMRAN, 
SOFIAN BAHAROM DAN 
NAZWIN IZAN AHMAD NAZRI  |  01 Mac 2015 1:28 AM



KUALA LUMPUR 28 FEBRUARI 2015 - Tetamu yang hadir menyambut laungan 'Hidup Melayu' daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, hari ini. Gambar: Abdul Razak Latif / Pemberita: Utusan & Kosmo.

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju pada abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat serta bermaruah.

Solidariti Terengganu Bangkitkan Gerakan Renaisans Melayu

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 1 MARCH 2015 

Peserta Malam Perhimpunan Melayu memulakan majlis dengan solat Maghrib berjemaah di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah.
****
Peserta Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu memulakan majlis dengan solat Maghrib berjemaah di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah.
Peserta dari Terengganu antara yang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil semalam bagi memberi sokongan dalam mengembalikan kehebatan Melayu.

Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu atau sebelum itu dikenali sebagai Perhimpunan Lancarkan Gerakan Renaisans Melayu diadakan bertujuan bagi merapatkan ukhwah serta jurang yang kian melebar di antara Melayu sendiri.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman yang turut hadir ke majlis tersebut berkata himpunan tersebut amat perlu dalam membangkitkan bangsa Melayu.

GST Lahir Warga Patriotik

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 18 FEBRUARY 2015 


GST akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang dikenakan secara tidak langsung kepada rakyat.

Bagaimanapun, rakyat tidak menyedari  mereka  sudah  membayar SST  yang dilaksanakan sebelum ini, dengan kadar lima, enam dan 10 peratus, kata Timbalan Menteri Kewangan,  Dato’Ahmad Maslan.

Sistem i-Class Ganti e-Book

AUTHOR: SURIATI ALI | 28 FEBRUARY 2015 

Ghazali bergambar bersama tiga pemenang Pertandingan Melukis dan Mewarna.
*****
Kerajaan negeri bercadang melengkapkan sekolah-sekolah rendah di negeri ini dengan sistem i-Class bermula tahun ini sekali gus menggantikan pemberian e-Book yang mula dihentikan.

Sistem terbaharu itu membolehkan setiap sekolah dilengkapi sistem komputer dan internet secara lebih berkesan.