Páginas

Wednesday 29 April 2015

Pusat Rawatan Ibu Dan Bayi HSNZ Beroperasi Sepenuhnya Akhir Tahun Ini

AUTHOR: NORAINI JUSOH 28 APRIL 2015

Dato' Muhammad Pehimi Yusof
*****
Dengan kemasukan jururawat secara berperingkat ke Kompleks Pakar Materniti Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dijangka membolehkan Pusat Rawatan Ibu Dan Bayi yang pertama di Pantai Timur itu beroperasi sepenuhnya akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, setakat ini hanya 260 katil digunakan berikutan kekurangan petugas di jabatan itu.

Tuesday 28 April 2015

Foto Pilihan - PRK Rompin, Pahang

KEMPEN - Haji Mohd Mahdi Musa (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut) bersama-sama pertugas di Pilihanraya Kecil Rompin, Pahang.

‘Karnival UniSZA Universiti Komuniti’ Sasar Lebih 10,000 Pengunjung

AUTHOR: NORAINI JUSOH | 27 APRIL 2015


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) buat julung kalinya akan menganjurkan ‘Karnival UniSZA Universiti Komuniti’ selama tiga hari bermula 7 Mei ini bertempat di Padang Lapang Sasar, Kampus Gong Badak Kuala Terengganu.

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat & Antarabangsa UnisZA, program yang menyasarkan lebih 10,000 pengunjung itu dijangka akan dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Anugerah Dato’ Sebagai Pemangkin Lebih Gigih Tunai Amanah Rakyat – Pehimi

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 27 APRIL 2015


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof mahu menjadikan anugerah yang membawa gelaran dato’ kepadanya sebagai batu loncatan untuk beliau melaksanakan amanah kepada rakyat dengan lebih bersungguh-sungguh.

“Terima kasih dengan anugerah ini. Ini menjadi pemangkin kepada saya untuk bekerja lebih gigih, bertanggungjawab dan amanah demi kepentingan negeri dan rakyat Terengganu.

Monday 27 April 2015

Institusi Kewangan Perlu Main Peranan Bantu Usahawan, Elak Kerenah Birokrasi

 AUTHOR: SURIATI ALI | 23 APRIL 2015

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
*****
Institusi kewangan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani digesa memainkan peranan masing-masing dalam memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi program Agropreneur Muda untuk melahirkan 1,000 usahawan pertanian pada tahun ini seperti yang ditetapkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dapat direalisasikan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peringatan itu termasuklah keperluan membuang sikap yang menjurus ke arah menghampakan usahawan sebaliknya institusi kewangan perlu lebih membudayakan sikap ingin membantu sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi khususnya semasa proses permohonan pinjaman dijalankan.

Tahniah Y.A.B. Dato' Seri Menteri Besar Terengganu


Sultan Mizan Ingatkan Rakyat Waspada Kemunculan Anasir Gugat Keharmonian

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 26 APRIL 2015

Sultan Mizan berkenan menyampaikan titah di istiadat penghadapan dan pengurniaan bintang-bintang darjah kebesaran negeri, sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan, di Singgahsana Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Harish Fadzilah Kasim dan Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat di segenap lapisan agar berhati-hati, berwaspada dan peka terhadap kemunculan anasir-anasir yang cuba mengganggu -gugat keharmonian serta jalinan perhubungan yang erat dan mesra di kalangan rakyat Terengganu.

Terengganu Perintis Projek Penternakan Terumbu Karang Di Malaysia

AUTHOR: NORAINI JUSOH | 23 APRIL 2015


Terengganu telah dipilih untuk menjadi perintis bagi membangunkan projek penternakan terumbu karang di Semenanjung Malaysia.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, buat permulaan, Pulau Bidong telah dipilih untuk menjadi lokasi projek perintis tersebut dengan melibatkan 20 peserta yang terdiri dari nelayan tempatan.

Ahmad Razif Terima Gelaran Dato’ Seri

AUTHOR: FAUZI MOHD | 26 APRIL 2015

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengetuai senarai pengurniaan bintang dan darjah kebesaran negeri sempena sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini.
*****
Dalam istiadat yang berlangsung di Singgahsana Istana Syarqiyyah, Ahmad Razif menerima bintang Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri bersama Ketua Istiadat, Dato’ Bentara Luar, Dato’ Omar Pilus.

Terminal Agro Terengganu Agenda RMK-11

AUTHOR: FAUZI MOHD 24 APRIL 2015

Pembinaan Terminal Agro Terengganu di Bukit Payong, Marang akan dimasukkan ke dalam agenda Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A. Latiff Awang berkata, hasil perbincangan dan lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob ke tapak berkenaan, pihaknya bersetuju menjadikan projek berkenaan sebagai permohonan projek kementerian di bawah RMK-11.

Thursday 23 April 2015

YPKT Akan Lebih Proaktif Bertemu Pelanggan Di Setiap DUN

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 22 APRIL 2015

Haji Muhammad Pehimi Yusof
*****
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan lebih proaktif turun padang menerusi program Hari Bertemu Pelanggan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya aktiviti dan program agensi itu mampu dimanfaatkan oleh lebih ramai golongan sasar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof, berkata banyak respon daripada masyarakat yang mengatakan mereka tidak mendapat input serta maklumat yang tepat dan jelas mengenai program YPKT.

PRK Rompin Saksikan Satu Lawan Satu BN, PAS

AUTHOR: FAUZI MOHD | 22 APRIL 2015

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, P091, berlangsung pagi tadi.
*****
Pusat penamaan calon dibuka pukul 9 pagi tadi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah sebelum ditutup sejam kemudian.

Dua calon, iaitu Dato’ Hasan Arifin daripada Barisan Nasional (BN), dan Nazri Ahmaf daripada PAS, telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Tiga Mantan MB Terengganu akan berforum di pentas, Menteri Besar Ahmad Razif jadi pengantara

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 22 APRIL 2015

Harap-harap menjadi kenyataan dan realiti forum atau diskusi yang cukup bernilai ini.

Ia dijangka akan berlangsung pada 14 Mei depan di jangka di sebuah Dewan di bandar Kuala Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman mengesahkan dalam satu pertemuan dengan pimpinan Umno Kuala Nerus kelmarin.

UMNO Terengganu Setia dan Sokong Najib

 AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 22 APRIL 2015


Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu menyokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO serta Perdana Menteri Malaysia.

Pengerusinya, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebagai pemimpin UMNO negeri, beliau akan bersama dalam kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Dana Hari Raya, Dana Bakti Remaja Boleh Dipohon Melalui `Online’

AUTHOR: SURIATI ALI |m22 APRIL 2015


Penduduk Terengganu yang berkelayakan kini boleh memohon Dana Hari Raya dan Dana Bakti Remaja 2015 secara dalam talian melalui laman sesawang danattb.terengganu.gov.my.

Wednesday 22 April 2015

Terengganu Kerah 1,400 Jentera Parti Di Tujuh PDM Rompin

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 22 APRIL 2015



Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengerahkan jentera parti  seramai 1,000 orang secara bergilir-gilir dan 400 orang sepenuh masa untuk bertugas  di tujuh Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin 5 Mei ini.

Pengerusinya, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, semua jentera yang ditugaskan akan memikul amanah bagi memastikan semua tujuh PDM berkenaan mampu membawa kemenangan kepada Rompin untuk kekal ditawan oleh Barisan Nasional (BN).

Sunday 19 April 2015

Hasan taruhan BN di Rompin

MOHD. SHARIZA ABDULLAH DAN MOHAMAD SHOFI MAT ISA  |  19 April 2015

Muhyiddin Yassin (dua kanan) menjulang tangan Hasan Arifin (tengah)  yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dalam majlis pengumuman calon BN di pejabat UMNO Rompin, Pahang semalam. Yang hadir sama Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri); Adnan Yaakob dan kepemimpinan parti komponen BN negeri. MINGGUAN/MAHATHIR ALI
*****
ROMPIN 18 April - Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin bagi mempertahankan kerusi Parlimen Rompin dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 5 Mei ini.

Thursday 9 April 2015

Tan Sri Wan Mokhtar sambut baik Terengganu masa kini meneruskan pembangunan dan pembaharuan (TTB)

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 8 APRIL 2015


Penulis bergambar dengan Tan Sri Wan Mokhtar selepas mengadakan wawancara khas.
*****
Mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad menyambut baik dan begitu gembira dengan kerajaan negeri masa kini yang meneruskan kesinambungan pembangunan  khususnya melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di bawah Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman.

Wednesday 8 April 2015

Foto Pilihan - Program "Ibu Kampung"


Program "Ibu Kampung bersantai bersama Warga Desa" 
turut hadir Puan Hajah Norlida Daud - isteri ADUN Jertih. (7 April 2015) - di Gong Tanah Merah, Jertih.

Dua Juta ‘Top Box’ Percuma Nikmati Siaran TV Digital

AUTHOR: FAUZI MOHD 7 APRIL 2015 



 Ahmad Shabery Cheek
*****
Sejumlah dua juta set “top box” akan dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka menikmati siaran televisyen (TV) digital apabila ia dilaksanakan kelak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dalam laporan Bernama berkata set “top box” percuma itu akan diberi kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program E-Kasih.

Monday 6 April 2015

Benteras Peniaga Tamak


Dua Taman Tema Air Rancak Pelancongan Domestik

AUTHOR: FAUZI MOHD 2 APRIL 2015 

Jambatan baharu empat lorong yang merupakan kemudahan utama menghubungkan Pangkalan Gawi ke Pulau Poh Besar sedang dalam pembinaan di Tasik Kenyir. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Bagi merancakkan sektor pelancongan domestik, kerajaan negeri akan membina dua buah taman tema air sekali gus mempelbagaikan produk pelancongan di Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, taman tema air pertama dibina di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu manakala sebuah lagi dirancang untuk dibina di Kuala Terengganu.

32 Sekolah Perintis Trenglish 2014-2016

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 5 APRIL 2015


Mohd Zubir menyempurnakan gimik pelancaran Program TRENGLISH di Wisma Darul Iman, hari ini.
*****
Sebanyak 32 sekolah terpilih sebagai sekolah perintis program pendidikan,  Trenglish atau `Transforming English’ di bawah agenda Transformasi Terengganu Baharu (TTB), yang dilancarkan hari ini.

Kesemua sekolah dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan melaksanakan program itu secara kolaboratif oleh Yayasan Terengganu (YT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sepanjang tiga tahun bermula tahun ini.

Kerajaan Negeri Tubuh Sekretariat Khas GST

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 5 APRIL 2015


Sekretariat khas ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi memudahkan rakyat membuat aduan serta menyalurkan maklumat berkenaan peniaga yang menyeleweng dalam perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata sekretriat yang terdiri daripada sukarelawan pelbagai NGO itu akan bertindak sebagai orang tengah antara pengguna dan pihak berkuasa.

Sunday 5 April 2015

Al Fatihah dan Takziah

Al Fatihah dan Takziah kepada
Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis
(Ahli Parlimen Rompin)
Dato' Seri Azlin Alias
(Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri)
dan mangsa-mangsa nahas helikopter AS365 beragama Islam di Semenyih, Kajang.
Daripada
YB. Haji Muhammad Pehimi Yusof
ADUN Jerteh

Thursday 2 April 2015

SME Corp Sedia RM1 Juta Bantu Usahawan Belia Terengganu Tahun Ini

AUTHOR: FAUZI MOHD 2 APRIL 2015

SME Corporation Malaysia (SME Corp), Terengganu menyasarkan dapat membantu 10 usahawan belia tahun ini bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan peruntukan geran berjumlah RM1 juta.

Pengarahnya, Muhammad Ibrahim berkata, setakat ini sebanyak tiga usahawan berpotensi dikenal pasti untuk menerima manfaat itu dalam Program Peningkatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Hotline 1-300-888-500 Untuk Maklumat GST

AUTHOR: FAUZI MOHD 31 MARCH 2015


Terengganu: Kuala Terengganu (09-6204247 dan 09-6204246) dan Kemaman (09- 8681334 dan 09-8681335).
*****
Menjelang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) esok, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi talian hotline 1-300-888-500 atau 03-8882211 untuk mendapatkan sebarang penjelasan berhubung GST.