Páginas

Tuesday 28 July 2015

Senarai anggota Kabinet baharu, Zahid dilantik TPM


KUALA LUMPUR: Pengumuman senarai anggota Kabinet baru telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

MT UMNO Dijangka Bincang Isu 1MDB Jumaat Ini


PUTRAJAYA, 27 Julai – Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka dibincang secara “hati ke hati” dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat ini, kata anggota MT Datuk Irmohizam Ibrahim.

Monday 27 July 2015

Terengganu Yakin Capai Sasaran Peningkatan KDNK 8 Peratus Setahun

AUTHOR: NORAINI JUSOH 27 JULY 2015


Kerajaan negeri yakin mampu mencapai sasaran peningkatan KDNK negeri secara putara sebanyak 8 peratus setahun dari tahun 2015 hingga 2020 iaitu meningkat daripada RM20.5 bilion pada tahun 2013 kepada RM33.8 bilion pada tahun 2020.

Kementerian Kesihatan Diminta Percepat Naik Taraf Hospital Besut dan Setiu

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK 27 JULY 2015


Kementerian Kesihatan diminta mempercepatkan proses menaiki taraf dua hospital daerah di negeri kepada hospital berpakar untuk meningkatkan  mutu perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada penduduk negeri ini.

Bulan Kemerdekaan Negara Bermula Di Kuching 8 Ogos Ini

AUTHOR: FAUZI MOHD 26 JULY 2015
Sambutan bulan kemerdekaan yang bertemakan “Sehati Sejiwa” akan bermula di Kuching, Sarawak pada 8 Ogos ini dan ia dijangka akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. 

YPKT Sedia RM10 Juta Bantu 622 Ibu, Bapa Tunggal

 AUTHOR: SURIATI ALI 23 JULY 2015


Kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas sebanyak RM10 juta bagi membantu 622 bapa dan ibu tunggal miskin tegar di Terengganu mempertingkatkan taraf ekonomi mereka, sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, peruntukan yang disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu diagihkan mengikut keperluan program dan aktiviti yang dirancang.

WSJ Berdolak dalih, Nyatakan Tidak Tuduh Najib Ambil Duit 1MDB


Penerbit Wall Street Journal, Dow Jones & Company, hari ini menafikan mereka menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyeleweng wang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sunday 26 July 2015

Perdana Menteri hadiri rumah terbuka Abdullah


NAJIB Razak bersama-sama Muhyiddin Yassin menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya AidilFitri Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi (tengah) di Puspanitapuri, Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
*****
PUTRAJAYA 26 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri di sini.

“Kalau Penjenayah Licik Pun The Edge Boleh Tipu Apatah Lagi Rakyat Biasa” – Rahman


KUALA LUMPUR, 24 Julai – The Edge telah mengelirukan rakyat Malaysia supaya beranggapan bahawa kumpulan media itu mendapat maklumat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terhormat daripada sumber yang dipercayai, kata Pengarah Komunikasi dan Strategi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Saya Ditawarkan RM7.6 Juta Untuk Data Yang Dicuri” – Justo


BANGKOK, 24 Julai –  Warga Swiss, Xavier Andre Justo mendakwa dia dijanjikan AS$2 juta (RM7.6 juta) sebagai pertukaran dengan data yang diambil daripada bekas majikannya PetroSaudi International.

Majlis tahlil dan doa kesyukuran sempena hari ulang PM


PUTRAJAYA, 23 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama para tetamu mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Mekah Sheikh Usamma Muhammad Iqbal pada majlis tahlil dan doa kesyukuran sempena hari ulang tahun kelahiran beliau yang ke-62 di kediaman rasmi Seri Perdana hari ini.
Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 tahun. — foto BERNAMA

#Tanya Gomen


KUALA LUMPUR, 23 Julai — Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh (kanan) ketika ditemubual dalam program #Tanya Gomen mengenai isu ‘Pendidikan Tinggi Negara Meningkat atau Merosot’ di Platinum Sentral hari ini. Sesi diskusi itu dikendalikan oleh Zan Azlee, seorang wartawan ‘New Media’ dari Fat Bidin Media. — fotoBERNAMA

Raya Enam Mekar Amalan Bersih, Ziarah Perkuburan

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 26 JULY 2015


Sambutan ‘raya enam’ istilah bagi segelintir masyarakat Islam merupakan perayaan sebagai meraikan selesainya puasa selama enam hari bermula 2 Syawal.

Dua Pelajar, Seorang Guru Dari Terengganu Wakili Negara Ke Antartika

AUTHOR: FAUZI MOHD 26 JULY 2015


Dua pelajar Tingkatan Lima dan seorang guru bahasa Inggeris dari Terengganu akan mewakili negara bagi menjalankan penyelidikan berkaitan ekosistem selama dua minggu di Antartika, mulai esok.

Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata dua pelajar dan guru berkenaan terpilih mewakili negara menerusi projek ‘Student On Ice 2015 Artic Expedition’ yang dianjurkan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (SMARF) serta Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Saya Masih Bersama BN – Ahmad Said

AUTHOR: FAUZI MOHD 26 JULY 2015


Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman menafikan beliau akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Monday 13 July 2015

Nenek Rasis : Pengajaran Berguna Buat Guan Eng Agar Tidak Angkuh Dan Celupar

Oleh: Azlina Rosdy

NIBONG TEBAL, 8 Julai – Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menyifatkan kekalahan Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng di dalam kes saman Ketua Pembangkang Negeri itu, Datuk Jahara Hamid sebagai satu pengajaran kepada semua pihak agar jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

WSJ Bakal Berdepan Saman – Peguam


KUALA LUMPUR, 8 Julai – Dow Jones, penerbit The Wall Street Journal yang menerbitkan artikel mendakwa Perdana Menteri menyelewengkan hampir US$700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bakal berdepan tuntutan saman sekiranya tidak menjawab surat pengesahan dalam masa 14 hari.

Putus Tapi Bersama?.. Kerajaan P.Pinang Jadikan Pakatan Bertambah Lawak

Oleh : Zylan Mohamad


KUALA LUMPUR, 9 Julai – Perselisihan, keretakan dan seterusnya perpecahan yang berlaku di dalam pakatan pembangkang sebenarnya menunjukkan wajah sebenar serta semakin jelas kelihatan di mata rakyat bahawa mereka hanya mempergunakan sama sendiri untuk mencapai cita-cita dan agenda masing-masing sahaja, ujar Ahli Dewan Negara, Senator Norliza Abdul Rahim.

Polis Tumpu Tiga Laluan Berisiko Di Terengganu

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 13 JULY 2015


Menjelang Aidilfitri beberapa hari lagi, polis Terengganu memberi tumpuan  tiga laluan  `panas’dan berisiko yang dikenalpasti kerap berlaku kemalangan di negeri ini sepanjang Ops Selamat 7 yang bermula 10 hingga 25 Julai ini.

Tiga laluan itu adalah sepanjang  Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kuantan, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dan Jalan Jerangau-Jabor  (Kemaman).

Rumah Terbuka MB Selepas Solat Jumaat

AUTHOR: FAUZI MOHD 13 JULY 2015


Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria akan diadakan pada hari raya pertama, Jumaat ini di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu.

Sunday 12 July 2015

Aliran Trafik Dua Hala Jalan Bulatan Batu Bersurat-Pejabat Pos Mulai 12 Julai

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 8 JULY 2015


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menukar aliran trafik sehala kepada dua hala melibatkan jalan dari Bulatan Batu Bersurat menghala ke Pejabat Pos bermula 12 Julai ini.

Tuesday 7 July 2015

Ucapan Semangat MB Terengganu!

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 7 JULY 2015


Petikan Ucapan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada Majlis Perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan Pelancaran Program Al-Shahadah Al-Ulya Ulul Albab sempena Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri.

PM Solat Terawih Bersama 1,000 Penduduk Jertih

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 7 JULY 2015


Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama kira-kira 1,000 penduduk sekitar pekan Jerteh menunaikan solat sunat Terawih di Masjid Ulul Albab, Seberang Jerteh malam tadi.

PM Kagum Pencapaian Sekolah Imtiaz, Lulus Peruntukan RM3 Juta

AUTHOR: FAUZI MOHD 6 JULY 2015


Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengagumi kejayaan dan pencapaian sekolah-sekolah Imtiaz khususnya di Besut sehingga bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Terengganu, malah seluruh rakyat Malaysia.


BN Terengganu Berdiri Teguh Bersama PM – Razif

AUTHOR: FAUZI MOHD 6 JULY 2015

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata Barisan Nasional (BN) Terengganu akan berdiri teguh bersama-sama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak walau apa juga badai yang melanda.

20,000 Sambut Najib Di Besut

AUTHOR: FAUZI MOHD 6 JULY 2015


Kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke Besut hari ini disambut lebih 20,000 pemimpin tempatan dan rakyat jelata.

Bertenang, Kebenaran Akan Terbukti – Najib

 AUTHOR: FAUZI MOHD 6 JULY 2015

Najib Razak berucap pada Majlis Perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan Pelancaran Program Al-Shahadah Al-Ulya Ulul Albab sempena Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Besut, Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Dato’ Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau akan berusaha menegakkan kebenaran yang bakal dibuktikan kelak ketika serangan terhadap kepemimpinannya yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus memuncak dari dalam dan luar negara.

Monday 6 July 2015

Thursday 2 July 2015

Program Agihan Bubur Lambuk DUN Jerteh Sempena Ramadan 2015


2 Julai 2015 (Khamis) - Pergerakan Wanita Penyelaras DUN Jerteh dan Wanita UMNO Bahagian Besut bergandingan memasak 10 periuk besar bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai pada petang ini.

Pertambahan Enrolmen Pelajar Di Sekolah Seluruh Terengganu Merosot

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 2 JULY 2015


Pertambahan penempatan guru di Terengganu hanya boleh dilakukan jika berlaku pertambahan enrolmen (bilangan) pelajar di sekolah seluruh Terengganu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib,

Kerajaan Bersedia Bangunkan Taman Tema Air Tasik Kenyir Fasa Kedua

AUTHOR: SURIATI ALI 1 JULY 2015


Kerajaan negeri bersedia melaksanakan projek fasa kedua Taman Tema Air di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu selepas melihat sambutan pengunjung di luar jangkaan sepanjang tempoh dua minggu pembukaannya, baru-baru ini.

Wednesday 1 July 2015

Tinjau Bazaar Ramadan Jertih

30 Jun 2015 - Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof bersama Dr Haji Mohammad Bin Omar -vPengarah Kesihatan Negeri Terengganu melakukan tinjauan di Bazaar Ramadan Bandar Jertih. Dalam tinjauan petang semalam beliau sempat beramah mesra dengan peniaga-peniaga di bazaar berkenaan dan juga pengunjung yang datang membeli pelbagai juadah untuk berbuka puasa khasnya.

Biro Perlembagaan Dan Perundangan UMNO Akan Bermesyuarat Bincang Penangguhan Pemilihan

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO dijangka mengadakan mesyuarat dalam dua hari lagi bagi membincangkan penangguhan pemilihan UMNO pada tahun hadapan selama 18 bulan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti.

Unjuran Stabil Oleh Fitch Bukti Dasar Dan Pengurusan Kewangan Kerajaan Yang Baik – PM


KUALA LUMPUR, 1 Julai – Semakan menaik Fitch Ratings ke atas unjuran Malaysia kepada stabil sesungguhnya membuktikan dasar ekonomi dan pengurusan kerajaan yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wujud Sekretariat Di Kuala Lumpur Untuk Perantau

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 30 JUNE 2015


Ahmad Razif bermesra dengan perantau pada Majlis Berbuka Puasa  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam tadi.