Páginas

Wednesday 26 August 2015

Tiga Bidang Ditekankan Dalam Transformasi Terengganu Baharu – Ahmad Razif


KUALA TERENGGANU, 19 Ogos – Tiga bidang utama akan ditekankan dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu Transformasi Ekonomi, Transformasi Kerajaan dan Tranformasi Politik selain lapan prinsip asas tiga bidang berkenaan, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di sini hari ini.

Pemuda Tekad Terus Perkukuh Parti, Yakin UMNO Dapat Atasi Kemelut – Khairy

Oleh : Azman Abas


KUALA LUMPUR 24 Ogos – Pemuda UMNO akan terus memperkukuhkan parti dalam keadaan institusi itu berdepan dengan pelbagai dugaaan dalam usaha memastikan parti terus kuat dan dapat mengatasi kemelut yang dihadapi hari ini.

Puisi Merdeka: PADA TANAH MERDEKA INI

Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah

daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus

kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas.

Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali

yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.
Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci

Nukilan:

Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman

Azmin Gagal Jawab Isu Pokok Berhubung DEIG – Budiman

Oleh Wan Hafiz Hamzah

SHAH ALAM, 25 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata Menteri Besar Selangor, Azmin Ali gagal untuk menjawab persoalan rakyat berhubung kewajaran penubuhan Darul Ehsan Investment Groups (DEIG) yang diberi kuasa untuk menjalankan urus niaga bagi pihak Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang melibatkan aset yang berjumlah lebih RM 30 bilion.

GHB Dan Pas Kini Memasuki Fasa “Londeh Melondeh”

Oleh : Azlina Rosdy
KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli berkata, memang sudah menjadi sikap pembangkang suka melondehkan kain orang lain walaupun kawan sendiri.

Tuesday 25 August 2015

Rakaman Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut 2015

Dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO #sehatisejiwa
 YB. Ketua dan sebahagian Ahli Jawatankuasa Bahagian menanti ketibaan YB. Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob

Terengganu Tanggung RM12.5 Juta Tambahan Tajaan Belajar Luar Negara

 AUTHOR: SURIATI ALI 25 AUGUST 2015

Ghazali (tiga kiri) menyampaikan wang saku kepada pelajar cemerlang yang bakal melanjurkan pelajaran ke luar negara. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Kerajaan negeri terpaksa menanggung hampir RM12.5 juta atau 25 peratus pertambahan perbelanjaan pelajar ke luar negara sepanjang tahun ini, akibat krisis kejatuhan nilai mata wang.

#Sehati Sejiwa


Bila Ahli Parlimen Pas Sendiri Berkata “Keluar Pas Bukan Bermakna Keluar Dari Islam”

Oleh : Zylan Mohamad


KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Perpecahan yang berlaku di dalam parti Pas dek tertubuhnya Gerakan Harapan Baru semakin hari semakin nampak keparahannya apabila beberapa pemimpin kawasan mula mengisytiharkan keluar daripada parti tersebut.

Adakah DEIG Benar-benar belum Beroperasi?

Oleh: Faizal Mohd Salleh

SHAH ALAM, 24 Ogos – Benarkah Darul Ehsan Investment Group (DEIG) benar-benar belum beroperasi seperti yang di dakwa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, itu persoalan yang dilontarkan Setiausaha ADUN Barisan Nasional Selangor, Budiman Mohd Zohdi terhadap syarikat pengurusan risiko ini.

PHB Beli Tanah RM106 Juta, Bina Hotel, Pusat Membeli-Belah Terbesar Di Terengganu

 AUTHOR: FAUZI MOHD 24 AUGUST 2015


Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) memperluaskan pelaburan portfolio hartanahnya ke Pantai Timur Semenanjung menerusi pembelian sebidang tanah komersial bernilai RM106 juta di Kampung Ladang Tanjung, Kuala Terengganu.

Panglima Awang anak Terengganu, manusia pertama berjaya mengelilingi dunia dan buktikan bumi ini bulat..

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 24 AUGUST 2015


Panglima Awang yang disebut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman sewaktu berucap di perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus menarik perhatian penulis untuk turut sama berkongsi pendapat.

Bersih Pantai Terpanjang Diiktiraf MBOR

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 24 AUGUST 2015


Terengganu mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menjayakan program pembersihan pantai terpanjang di negara ini.

Gerai Berhampiran HSNZ Siap Tahun Depan

AUTHOR: SURIATI ALI 24 AUGUST 2015


Pembinaan 18 unit gerai berhampiran Hospital Nur Zahirah (HSNZ) kini sudah siap 20 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun depan.

Agihan Bantuan Persediaan ke IPT Peringkat Ijazah Bermula Esok

AUTHOR: NORAINI JUSOH 23 AUGUST 2015

Yayasan Terengganu akan mengagihkan bantuan persediaan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) peringkat Ijazah Sesi 2015/2016 bermula 24 hingga 27 Ogos ini.

40 Majikan Tawar 3,000 Peluang Kerja

AUTHOR: SURIATI ALI 24 AUGUST 2015
Sebanyak 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan 40 majikan pada Karnival Jom Bina Kerjaya 2015 di Stadium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu pada 5 September ini.

Teladani Kesetiaan Awang

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 23 AUGUST 2015

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengingatkan kepada ahli parti agar setia kepada parti walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan kepada pemimpin tertinggi UMNO.

Monday 17 August 2015

59 Bayi Hasil Persenyawaan Tabung Uji

AUTHOR: SURIATI ALI 17 AUGUST 2015


Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berjaya mencatatkan 89 kes kehamilan dengan bilangan 59 kelahiran bayi hasil rawatan Persenyawaan Dalam Tabung Uji (IVF) di Pantai Timur sejak dilaksanakan pada November 2009.

Tony Pua Kitar Semula Tuduhan, Kata Arul Kanda


KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Tuduhan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Ahli Parlimen Tony Pua adalah yang dikitar semula, kata Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Arul Kanda.

Terengganu Buka Pintu Pelaburan Lebih Besar Kepada China

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 16 AUGUST 2015


Terengganu membuka peluang kepada pelabur dari China untuk melabur di negeri itu bagi mengukuhkan lagi sektor ekonomi dan perdagangan dua hala bagi kedua-dua pihak.

Sunday 16 August 2015

Pusat Pengumpulan Buah Tempatan Di Batu Rakit

AUTHOR: SURIATI ALI 16 AUGUST 2015


ADUN Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman bercadang mewujudkan Pusat Pengumpulan Dan Pengeluaran Buahan tempatan mulai tahun ini, bertujuan memudahkan pemilik kebun memasarkan pelbagai hasil kebun.

Wednesday 12 August 2015

367 Tinggal PAS, Masuk UMNO

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 10 AUGUST 2015

Ustaz Wan Mohamad Wan Ahmad berucap pada Majlis Jalinan Mesra antara pemimpin UMNO dan peserta program ‘Selamat Tinggal PAS’ di Gong Kemuntong, Jerteh, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Seramai 367 penyokong PAS di Terengganu bakal mendaftar sebagai ahli UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan parti itu yang dianggap tiada hala tuju dan bercakaran sesama sendiri sehingga mahu membawa kepada penubuhan parti baru.

Kerajaan Negeri Lulus RM5 Juta Bina Pasar Baru Jertih Souq

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK 9 AUGUST 2015


Masalah tempat ruang niaga tidak selesa dan kurangnya sambutan orang ramai yang dihadapi peniaga di premis sementara Pasar Jertih Souq akan dapat diselesaikan apabila sebuah pasar baru akan dibina di kawasan yang lebih strategik dan mampu menarik ramai pengunjung.

Pelabur China Buka Kilang Sarung Tangan Sintetik Di Terengganu

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 9 AUGUST 2015


Pelabur China bakal menanam modal di Terengganu dalam bidang berkaitan petroleum selepas persetujuan dimeterai bulan hadapan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia bakal merancakkan lagi ekonomi Terengganu.

Terengganu Sasar Pengeluaran Rosel 500 Tan Setahun

AUTHOR: SURIATI ALI 10 AUGUST 2015


Kerajaan negeri mensasarkan pengeluaran 500 tan metrik rosel atau nama saintifiknya Hibiscus sepanjang tahun ini, membabitkan kawasan tanaman seluas 35.3 hektar di 10 buah kampung di dua daerah, Hulu Terengganu dan Setiu.

EPIC Meterai Dua Perjanjian

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 12 AUGUST 2015 \


Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn. Bhd. (KPK) dan Sukma Samudra Sdn. Bhd. (SSSB) yang merupakan anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad menandatangani  perjanjian dengan Kemaman Bitumen Company Sdn. Bhd. (KBC) bagi menyediakan perkhidmatan serta fasiliti ke pelabuhan.

Menurut kenyataan EPIC Berhad, KBC merupakan satu daripada pengeluar bahan bitumen terkemuka di Malaysia yang mengendalikan sebuah loji penapisan dengan keluasan 40.46 hektar.

Katanya, KBC turut mengendalikan enam buah tangki minyak mentah diikuti 17 tangki pelbagai jenis hasil penapisan, sebahagian besarnya adalah bitumen.


“Bitumen yang dihasilkan KBC dipasarkan di rantau Asia seperti Kemboja, Australia, Indonesia, Thailand dan negara ini. “Dengan termeterai kedua perjanjian ini, maka jumlah perjanjian yang ditandatangani berjumlah sebanyak 14 kesemuaya pada tahun ini membabitkan nilai berjumlah RM 1 bilion,” kata kenyataan itu di sini semalam.

Majlis memeterai perjanjian antara KPK dan SSSB dengan KBCa disaksikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Hadir sama, Pengerusi Syarikat Kumpulan EPIC, Datuk Tengku Muhamad Tengku Mahamut; Pengarah Urusan Kumpulan EPIC Berhad, Noor Fadzil Mohamed Nor; Pengerusi Kemaman Supply Base Sdn. Bhd (KSB), Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan EPIC Berhad, Wan Shukri Mohamad.

Menurut EPIC Berhad, KPK merupakan pengendali dermaga timur dan jeti bahan kimia sementara SSSB mengendalikan dermaga barat. Katanya, sebagai sebuah syarikat pembekal perkhidmatan terkemuka, perhatian EPIC tertumpu kepada industri minyak dan gas dengan berkhidmat kepada 250 syarikat sokongan yang beroperasi di Teluk Kalong.

“Pelabuhan Kemaman yang terletak di Pantai Timur Semenanjung merupakan satu daripada dermaga berlaut-dalam yang kini membangun dengan pesat dan adalah pintu masuk ke rantau Asia Pasifik sekaligus mampu menerima kapal seberat 150,000 tan metrik,” katanya.

Selain KPK dan SSSB, EPIC yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri memiliki empat lagi anak syarikat iaitu Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB), EPIC Mushtari Engineering Sdn. Bhd., Tubex Sdn. Bhd., Eastern Pacific Properties Sdn. Bhd.

Teganukita/MediaJertih

Terengganu Sedia Buat Pelaburan, Bina LPT Fasa 3

AUTHOR: SURIATI ALI 11 AUGUST 2015


Terengganu sedia menangguhkan bayaran balik wang dana khas berjumlah RM1.8 bilion yang digunakan untuk menyiapkan Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) fasa 2 sekiranya Kerajaan Pusat bersetuju untuk menyerahkan projek sambungan lebuh raya itu bagi fasa 3 kepada kerajaan negeri.

Kerajaan Negeri, Media Saling Memerlukan

AUTHOR: NORAINI JUSOH 11 AUGUST 2015


Kerajaan negeri dan pengamal media di negeri ini saling memerlukan antara satu sama lain bagi memartabatkan negeri Terengganu.

Keyboards Warrior Perlu Lebih Aktif Tangkis Serangan

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 10 AUGUST 2015


UMNO Terengganu menyarankan ‘keyboard warriors’ yang agak lesu sebaik sahaja Pilihan Raya Umum yang lalu supaya lebih aktif bagi menangkis pelbagai serangan yang sedang melanda parti kini.

Monday 3 August 2015

Wanita UMNO Tingkatkan Keberkesanan JR Untuk Hadapi Isu Nasional

AUTHOR: MASTURA JAMALDIN 2 AUGUST 2015


Pergerakan Wanita UMNO Malaysia akan terus meningkatkan keberkesanan Jalinan Rakyat(JR) sebagai platform utama sayap itu dalam menghadapi isu-isu nasional termasuklah isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), baru- baru ini.

Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Rosni Zahari berkata sehubungan dengan itu pihaknya akan meningkatkan pemantapan jentera JR di seluruh negara selari dengan pengiktirafan wanita sebagai tulang belakang parti UMNO yang bergerak aktif dengan turun ke peringkat akar umbi bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti.

Belanja RM1,000, Pulangan RM2,500

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 2 AUGUST 2015


Inisiatif mengeluarkan belanja lebih RM1,000 untuk membeli pelita dan pelbagai peralatan bagi menghias sempena Pertandingan Pelita Raya Terengganu  2015, berbaloi buat seorang pemuda, Mohamad  Hairi Azly Hassan, 30, apabila diumumkan sebagai pememang tempat pertama pertandingan itu, hari ini.

Lawatan Ke Turkey Dan RM500 Ribu Menanti Pemenang Pertandingan Kebersihan

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 1 AUGUST 2015


Kerajaan negeri menawarkan lawatan ke Turkey berserta RM500,000 wang pembangunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam pertandingan kebersihan peringkat negeri.

Idris Akan Pastikan Rakyat Mendapat Pendidikan Terbaik


BESUT, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata kementeriannya akan berusaha memastikan pendidikan terbaik diperoleh rakyat melalui kemudahan pembelajaran yang disediakan universiti tempatan dalam tempoh lima tahun ini.

YB Raja Bahrin lawan Hadi-kemungkinan dipecat; YB Dr Syed Azman pula bersama Raja Bahrin adakan Rumah Terbuka Aidilfitri

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 2 AUGUST 2015


Gerakan Harapan Baru (GHB)  serpihan Pas makin kuat di Terengganu berikutan tindakan berani Ahli Parlimen (Pas) Kuala Terengganu, YBM Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah (gambar) menyertai dan mempelopori penubuhan GHB pimpinan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu jelas membuktikan bahawa beliau tidak menghiraukan amaran Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang.

Terengganu Belanja RM50 Juta Persiapan TMT 2017

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 30 JULY 2015


Kerajaan negeri memperuntukkan RM50 juta bagi tempoh tiga tahun bermula tahun lalu sebagai  persiapan menganjurkan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

Sambutan Hari Raya Dun Seberang Takir Dan Majlis Pelancaran Hari Kebersihan Serentak

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 30 JULY 2015


Dalam kemeriahan bulan Syawal yang masih terasa bahangnya, Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Seberang Takir akan diadakan di Dataran Permata Kampung Baru, Seberang Takir pada Sabtu ini bermula jam 11 pagi sehingga 3 petang.

‘Anak Muda Geng Masjid’ Perluas Skop Fungsi Masjid

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 31 JULY 2015


Selaras dengan prinsip kedua dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri iaitu ‘Masjid dan Surau Sebagai Sumber Penyatuan’, program Anak Muda Geng Masjid telah dianjurkan bagi memperluaskan lagi fungsi masjid terutama kepada anak muda.