Páginas

Wednesday 27 April 2016

Din Adam Dilantik Timbalan Pengerusi Ketengah

By Fauzi Mohd -  27 April 2016

Dato’ Din Adam
*****
Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) selama dua tahun bermula 15 April lalu.

TPM Rasmi RTC Ke-10

By Mohd Syazni Zainudin -  23 April 2016

 Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) ke sepuluh yang terletak di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.
*****
RTC yang dijadikan sebagai pusat perkhidmatan berkonsepkan Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan diperkenalkan oleh kerajaan di bawah konsep Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Selaras dengan konsep Satu Hentian pelbagai Perkhidmatan, RTC menawarkan pelbagai kemudahan untuk penduduk tempatan dan sekitar.

RTC Terengganu mempunyai dua komponen penting iaitu perkhidmatan jabatan keraajaan, swasta dan usahawan serta pasar komuniti yang saling melengkapi bagi memberi manfaat maksimum kepada rakyat sekitar khususnya dalam radius 100 kilometer.

Antara kemudahan yang ada di RTC Terengganu adalah perkhidmatan oleh jabatan kerajaan, penjualan produk pertanian berbentuk nilai tambah tinggi secara terus, program pembangunan keusahawanan dan banyak lagi.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam ucapannya berkata RTC Terengganu telah beroperasi sejak September 2014 dan sehingga Mac 2016 telah menerima kunjungan seramai 264,630 orang.

“Selain itu, RTC ini juga telah memberi kesan limpahan gandaan ekonomi kepada
kawasan sekitarnya.

“Berdasarkan rekod semasa sejak ianya beroperasi, RTC Terengganu telah
merekodkan nilai jualan yang amat
memberangsangkan iaitu sebanyak
RM4.27 juta,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.


Tambahnya, terdapat 12 agensi utama Persekutuan, 8 Agensi Kerajaan Negeri dan 7 Institusi Keusahawanan yang beroperasi di RTC Terengganu.

Ahmad Razif berkata pemilihan tempat yang boleh dianggap sebagai lokasi strategik untuk RTC Terengganu ini adalah berdasarkan beberapa kriteria yang telah dikenal pasti.

“Antara kriteria tersebut adalah ianya berdekatan dengan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) selain berdekatan dengan susur keluar Bukit Besi.

“Selain itu, ia mempunyai kepadatan penduduk Bandar Baru KETENGAH seramai 76,231 orang dan terletak di kawasan kegiatan perladangan dan pertanian yang aktif,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

Mesyuarat Exco Terengganu Berjalan Seperti Biasa Dipengerusikan Ahmad Razif


KUALA TERENGGANU, 27 April – Mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Terengganu berjalan seperti biasa pagi ini di Wisma Darul Iman dengan dipengerusikan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.

Jangan Cuba Tangguk Di Air Keruh Perkembangan Politik Terengganu – Johari

Oleh : Azman Abas

KUALA LUMPUR, 26 April – Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar berharap mana-mana pihak agar tidak cuba menangguk di air keruh berhubung dengan perkembangan terkini di negeri itu khususnya soal politik.

Maidam yakin kumpul dana RM1 juta sebulan

Sebahagian daripada peserta yang hadir pada Persidangan Wakaf Senusantara 2016 yang berlangsung di Primula Beach Hotel di sini, kelmarin.

KUALA TERENGGANU - Skim Wakaf Tunai Terengganu yang mula dilancarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sejak Januari lalu, berjaya mengumpul dana kira-kira RM850,000 setakat ini.

Tuesday 26 April 2016

RM990,000 harta diselamatkan


JERTIH - Tindakan pantas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih dan Besut berjaya menyelamatkan enam daripada 10 rumah teres satu tingkat di Taman Pelagat 2, dekat Kampung Padang Luas di sini, daripada terbakar dalam kejadian jam 12.42 tengah hari semalam.

Saturday 23 April 2016

Nina Grace Sudah Terima Kad Peluk Islam


ISTERI Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Halina Zakaria menyerahkan kad memeluk Islam kepada Woo Nina Grace atau nama Islamnya, Nur Nina Farisha Woo Binti Abdullah di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, hari ini.

Lawatan TPM Disambut 30,000 Rakyat Dungun


Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Dungun hari ini bagi menghadiri Himpunan Padu Rakyat Dungun dan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Bahagian Dungun di Sura Jetty dan Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

YPKT Agih RM58.52 Juta Bagi Program Jaya Diri


Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) meluluskan pinjaman berjumlah RM58.52 juta bagi pinjaman modal menerusi Program Jaya Diri (PJD) sejak 1995 sehingga Mac lalu.

Dalam tempoh itu, seramai 17,473 peserta mendapat manfaat dan hanya 26 orang daripadanya gagal membayar balik pinjaman dengan jumlah keseluruhan melibatkan RM48,255.

Thursday 21 April 2016

Suntikan RM6.25 J Untuk Cawangan UMNO


UMNO Terengganu menyediakan peruntukan berjumlah kira-kira RM6.25 juta untuk disalurkan kepada 1,042 cawangan sebagai persiapan menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) tidak lama lagi.

Peruntukan itu termasuk RM1,000 kepada setiap cawangan UMNO bagi mengadakan persidangan yang bermula 18 Mac sehingga 1 Mei ini.

Wednesday 20 April 2016

Termakan Fitnah Pembangkang, 3,954 Tutup Akaun, 3,105 Batal Pergi Haji

By Fauzi Mohd -  19 April 2016


Gara-gara termakan fitnah pembangkang kononya Tabung Haji (TH) tidak ada duit menyebabkan ramai pendeposit telah mengambil langkah yang salah baru-baru ini.

Tuesday 19 April 2016

Coret-coret Dr Zakir Naik di UTeM Melaka

Dr Zakir Naik
*****
Sekitar sesi ceramah Dr Zakir Naik di UTeM, Melaka pada 17 April 2016 lepas. Seperti biasa tetamu bukan muslim diberi keutamaan untuk bertanyakan soalan-soalan. Soalan dari mereka memang menguji minda. Apabila tiba giliran orang melayu bertanyakan soalan, seperti biasa, lari dari topik, kaitkan dengan politik. Paling hangat apabila seseorang lelaki melayu bertanyakan soalan mengenai Hudud dan hukum menentang pemerintah. 

Monday 18 April 2016

Program Bulan Madu Kali Kedua menyelamatkan lebih 1,000 pasangan daripada bercerai sejak ia dilaksanakan


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, hanya 18  daripada 1,094 orang yang menyertai program itu bercerai.

Menurut beliau , kerajaan negeri juga membawa semua peserta yang mendaftar untuk bercerai di pejabat agama di Terengganu menghadiri seminar dan program kekeluargaan yang dianjurkan.

Melalui seminar ini kami sedaya upaya cuba menyelamatkan perkahwinan mereka,” katanya selepas merasmikan seminar “Power Parenting” anjuran MAP Training & Consultancy Sdn Bhd di Stadium Tertutup Gong Badak disini semalam.

Seminar sehari itu dibarisi tiga panel terkenal iaitu Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Klinik Baharu Pulau Perhentian Tahun Hadapan


MJ MediaJerteh

Dia cikgu saya... Ahli Parlimen Kuala Nerus

“Dia cikgu saya, secara nilaian peribadi dia seorang yang baik dan hubungan saya dengan dia bukan baru tetapi masa saya sekolah lagi,” beritahu ahli Parlimen (Pas)  Kuala Nerus, Mohd Khairuddin At Takiri kepada penulis dalam satu pertemuan dua hari lepas.
*****
Beliau menyokong transformasi dan pembaharuan yang dibawa oleh Menteri Besar Terengganu itu untuk kebaikan rakyat…äpa yang baik kita perlu sokong, apatah lagi saya dah lama kenali beliau sebagai guru saya”.

Projek Hotel Quran: 1,528 Naskah Terjemahan Al-Quran Diagih

By Fauzi Mohd -  18 April 2016


Projek Hotel Quran merupakan satu usaha dakwah kepada bukan Islam untuk mengenali al-Quran dengan lebih menyeluruh dan kini agihan telah dibuat ke hotel ke-10.


Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Sultan Mizan Cup 2016 (SMC16)

By Ruslan Abdul Rahman -  17 April 2016

Tahniah kepada yang berjaya. Semoga Terengganu akan terus berada di pentas antarabangsa melalui Kejohanan Kuda Lasak Sultan Mizan Cup.
*****
Tahniah di atas kejayaan bumi Terengganu yang dapat melangsungkan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Sultan Mizan Cup 2016 (SMC16) yang telah bermula sejak  dua hari lepas iaitu 15 April di  Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Kuala Terengganu.

Sunday 17 April 2016

Dr Zakir Naik Terengganu Tour Tarik 100,000 Pengunjung

By Mohd Syazni Zainudin -  15 April 2016


Dr Zakir Naik dalam siri jelajahnya di empat lokasi di Terengganu berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung.

Dr Zakir Naik Islamkan Pelajar Kristian Di Kemaman

By Mohd Syazni Zainudin -  15 April 2016


Program ‘Zakir Naik Terengganu Tour’ melabuhkan tirai di Padang Astaka Kemaman dengan penuh kejutan apabila seorang pelajar Kristian memeluk Islam dihadapan lebih 40,000 hadirin.

Friday 15 April 2016

119 DARIPADA 710 PENGIDAP TIBI DI TERENGGANU MENINGGAL DUNIA



MARANG –  Sebanyak 119 kematian akibat penyakit Tibi  dicatatkan daripada 710 kes  yang dikesan di negeri Terengganu sepanjang tahun lalu

Jumlah itu kata  Pengerusi  Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata  berkurang sebanyak 19 kes berbanding  tahun sebelumnya.

Sebanyak  54,892 aktiviti saringan dijalankan  dalam tempoh tersebut menerusi  saringan kahak dan pemeriksasan  x ray  melibatkan   pesakiti tibidianetes pesakit HIV, warga emas, perokk, pesakit paru-paru kronik,  anggota kesihatan dan penghuni pusat  koreksional  seperti penjara dan CCRC. 

“Sehingga Mac tahun ini ,  terdapat 5 peskait  tibi jenis kuman Multi Drug Resistant (MDRTB), “katanya ketiak merasmikan   Sambutan Hari Kesihatan Sedunia    peringkat negeri Terengganu di  Bahagian Teknologi Pendidikan  (BTP) Marang.

Jelasnya, masih banyak kes tibi di kalangan masyarakat  yang belum dikesan  namun  tanggungjawab  untuk  memastikan penyakit Tibi tidak menular  dalam masyarakat bukan terletak di bahu Kementerian Kesihatan sahaja.

”Agensi kerajaan lain seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengajian Tinggi dan Pendidikan dan  Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan negeri Terengganu berusaha  menerusi promosi kesihatan, pengesanan kes serta rawatan yang berkesan masih dijalankan secara berterusan, “ujarnya.

Selain itu,  Terengganu berada di kedudukan ke 7 dengan prevalen sebanyak 18.6 % meningkat dengan drastik  dari 11.6%  pada tahun 2011 dan 11.1% pada tahun 2006. Sebanyak 9.9% tidak mengetahui mereka mengidap diabetes manakala 8.7% telah mengetahui mereka mengidapnya.

Penyakit diabetes  memerlukan penjagaan perubatan secara berterusan dan pengurusan penjagaan kendiri pesakit dalam mencegah komplikasi  akut dan komplikasi jangka panjang dan penjagaannya adalah  kompleks  yang  memerlukan perhatian bukan hanya pengawalan glukosa dalam darah.

Majoriti pesakit  Diabetes Mellitus Ambulatori menerima rawatan di klinik dan hospital kerajaan memerlukan  purata kos langsung sebanyak  RM2,684.24 setahun.   Secara purata seorang pesakit  yang mengalami kegagalan buah pinggang perlu membelanjakan RM1,400 hingga RM3,200 sebulan untuk menjalani  dialisis

Walau bagaimanapun, kerajaan telah berusaha  mewujudkan program- program bagi meningkatkan kesedaran masyarakat  terhadap kepentingan mengambil cakna  kesihatan diri   menerusi  inisiatif  penubuhan  Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).

KOSPEN   merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat  a melalui pemerkasaan masyarakat  mampu  menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease (NCD)  termasuk diabetes.

Tuesday 12 April 2016

Penduduk Daerah Besut Teruja Kehadiran Dr Zakir Naik


12 April 2016 (Selasa) - Kehadiran pendakwah antarabangsa ke Terenggganu dalam siri "Dr Zakir Naik Terengganu Tour" tiba di Daerah Besut.

Acara rasmi pertamanya bersolat Asar di Masjid Kayu Ulul Al Bab di Seberang Jertih telah menunjukan kehadiran Dr Zakir Naik amat dinanti-nanti oleh penduduk daerah ini.

Datanglah beramai-ramai di Sekolah Menengah Imtiaz YT, Bukit Keluang, Kg. Raja, jam 8.30 malam ini untuk mengikuti ceramah beliau.

MJ MediaJerteh

Lebih 10,000 Hadir Ceramah Dr Zakir Di UMT

By Mohd Syazni Zainudin -  11 April 2016


Lebih 10,000 peserta terdiri daripada pelajar, kakitangan dan komuniti setempat termasuk bukan muslim membanjiri Pusat Islam Sultan Mahmud di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus dalam majlis ilmu ‘Dr. Zakir Naik Terengganu Tour’ yang berlangsung hari ini.

SUK Terengganu Terima Pengiktirafan Lima Bintang

By Noraini Jusoh -  12 April 2016


Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu berjaya mencatat pencapaian membanggakan apabila diberi penarafan lima bintang dalam audit oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Monday 11 April 2016

Islam Tegah Saudara Seagama Gelar Kafir - Dr Zakir

By Suriati Ali -  11 April 2016 0


Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik mengakui ada di kalangan orang islam masa kini sanggup menggelar saudara seagama sebagai kafir dan pelbagai nama lain yang boleh mengaibkan maruah.

Lebih 30,000 Orang Hadir Ceramah Dr Zakir

By Suriati Ali -  11 April 2016

Ahmad Razif ketika mengiringi Dr Zakir di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Lebih 30,000 orang memenuhi Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi bagi mendengar ceramah pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik.

Sunday 10 April 2016

Jabatan Perumahan Negara perjelas kekeliruan MyHome, MyDeposit

Oleh Ilah Hafiz Aziz Illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

PENJAWAT awam, Nurul Huda Khamis, 31, melayari laman sesawang MyDeposit untuk mendaftar bagi mendapatkan bantuan bayaran deposit rumah pertamanya. - Foto Fariz Iswadi Ismail 
*****
KUALA LUMPUR: Jabatan Perumahan Negara akan mengadakan perbincangan berhubung kekeliruan di antara Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang telah dilancarkan kerajaan.

Skim MyDeposit Memenuhi Aspirasi Anak Muda

Oleh : Mohd Faizal Salleh


KUALA LUMPUR, 8 April –  Keputusan kerajaan melalui Mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) untuk memulakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razaka merupakan inisiatif terbaik bagi memastikan rakyat Malaysia khususnya golongan muda memiliki rumah sendiri.

Dolak Dalih


UMNO-ONLINE/MJ MediaJerteh

Laporan PAC Leraikan Segala Fitnah Penyelewengan Dan Kaitan Tuduhan Rasuah

Oleh : Wan Hafiz Hamzah


KUALA LUMPUR, 8 April – Laporan Ketua Audit Negara serta Jawatakuasa  Kira Wang Negara (PAC) berhubung penyiasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam memperlihatkan bahawa segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh pihak tertentu terbukti ianya tidak benar sama sekali, demikian kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.

Ustazah Hajah Wan Ramlah Ahmad Dalam Kenangan...



Hajah Wan Ramlah Ahmad (gambar), 70 - Bekas Ahli Dewan Negara (Senator) telah meninggal dunia, kira-kira jam 10.00 pagi pada hari yang mulia, Jumaat - 8 April 2016 bersamaan 30 Jamadil Akhir 1437 Hijrah di Institut Jatung Negera (IJN), Kuala Lumpur setelah mendapat rawatan di IJN beberapa hari.

Saturday 9 April 2016

El Nino: Paras Takungan Air Di Terengganu Masih Normal

By Mohd Syazni Zainudin -  7 April 2016


Masalah kemarau akibat fenomena El Nino yang melanda di kebanyakan negeri tidak memberi kesan terhadap takungan air di Terengganu.

21 Majikan Tawar 4,368 Jawatan Kosong

By Noraini Jusoh -  7 April 2016


Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Terengganu akan mengadakan program penempatan kerja pada Sabtu dan Ahad ini bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang sempena Karnival Pendidikan MARA 2016 di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu.

Terengganu Jadi Perintis Tubuh MRSM

By Suriati Ali -  9 April 2016

Ahmad Razif menandatangani papan putih sebagai gimik Perasmian MRSM Imtiaz YT Ketengah di Bandar Muktafi Billah Shah, Dungun, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim
*****
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Imtiaz YT Ketengah yang dibangunkan hasil kerjasama kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah yang pertama di negara ini dan bakal menjadi perintis kepada negeri lain untuk menubuhkan pusat pendidikan seumpama itu.

Friday 8 April 2016

Al Fatihah dan Takziah

Al Fatihah dan Takziah dirakamkan kepada
Allahyarham Hajah Wan Ramlah Wan Ahmad
bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Besut
Jumaat, 8 April 2016 bersamaan 30 Jamadil Akhir 1437

MJ MediaJerteh

Thursday 7 April 2016

Terengganu Buru Kejuaraan Sukma Sarawak 2016

By Aida Abd Rahman -  6 April 2016

Ahmad Razif menyarung jaket Sukma Sarawak 2016 kepada Samiun dengan dibantu Rozi (kanan) sebagai simbolik pelantikan ketua kontinjen, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Terengganu berhasrat mengatasi rekod tertinggi pungutan 62 pingat emas di Sukan Malaysia (sukma) Pahang 2012, sekaligus merampas kembali kejuaraan Sukma Sarawak 2016, Julai ini.

Wednesday 6 April 2016

Dr Zakir Naik Terengganu Tour


MJ MediaJerteh

Terengganu Sasar 70 Emas, Rampas Takhta Juara Sukma

By Mohd Syazni Zainudin -  3 April 2016


Terengganu komited dalam merampas kembali kejuaraan Sukan Malaysia (Sukma) kali ke 18 yang bakal berlangsung di Sarawak Julai depan.

Terengganu Lunaskan Tunggakan Elaun 600 Atlet Sukma

By Mohd Syazni Zainudin -  3 April 2016


Kerajaan negeri akan melunaskan tunggakan elaun hampir 600 atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu 2016 bermula bulan ini.

DITC Pusat Latihan Berimpak Tinggi

By Mohd Syazni Zainudin -  4 April 2016


International Training Center (ITC) Teluk Kalong diberikan penjenamaan semula dan akan dikenali sebagai Darul Iman Training Center (DITC) selaras dengan baik pulih kawasan tersebut yang telah menelan belanja RM7 juta.

Tuesday 5 April 2016

43 Kejayaan Terengganu Tahun 2015: KE EMPAT PULUH TIGA


MJ MediaJerteh

DITC Pusat Latihan Berimpak Tinggi

By Mohd Syazni Zainudin -  4 April 2016


International Training Center (ITC) Teluk Kalong diberikan penjenamaan semula dan akan dikenali sebagai Darul Iman Training Center (DITC) selaras dengan baik pulih kawasan tersebut yang telah menelan belanja RM7 juta.

Monday 4 April 2016

Terengganu Lahirkan 50 Ilmuwan Islam Dalam Tempoh 12 Tahun – Razif

By Mohd Syazni Zainudin -  3 April 2016


Seramai 50 pelajar Terengganu dipilih bagi menyertai program pengajian perintis oleh kerajaan negeri, Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab untuk melahirkan ilmuwan Islam yang berpengetahuan tinggi dan luas dalam ilmu duniawi serta ukhrawi.

Koleksi Foto Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan Dalam Bahagian Besut

3 April 2016 di Dewan MDB Gong Kemuntong, Jertih.



UMNO Bahagian Besut Hargai Sumbangan Pemuda dan Puteri

Oleh: Haji Wan Aziz

Haji Nawi bersama Dato' Pehimi serta Ketua Pemuda, Haji Azizul Jasmi dan Ketua Puteri, Saudari Erniesalwanie bergambar selepas penyampai cek sebagai tanda penghargaan. 
*****
3 April 2016 (Ahad) - UMNO Bahagian Besut menghargai sumbangan yang dilakukan oleh sayapnya iaitu Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Besut di atas usaha menambah keahlian UMNO dan mendaftar pengundi baru di kalangan generasi muda.

Sunday 3 April 2016

Galeri Foto Sekitar Lawatan MB Ke Besut 2 April 2016

3.00 Petang - Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Serikandi di Demong Beach Resort.

Pantai Bukit Keluang Dijadikan Zon Mandian Selamat

By Mohd Syazni Zainudin -  3 April 2016


Pantai Bukit Keluang, Besut menerima peruntukan RM1,000 seminggu bagi menghidupkan lagi kawasan tersebut dengan menjalankan aktiviti-aktiviti riadah pada hujung minggu di kawasan itu selama setahun.