Páginas

Tuesday 31 May 2016

Petronas Taja 48 Pelajar Terengganu

By Fauzi Mohd -  31 Mei 2016

  
PETRONASSeramai 48 pelajar Terengganu terpilih menerima biasiswa Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) tahun ini.

Terengganu Cadang Hantar Pengurus Kediaman Profesional Ke Lembah Kelang

By Aida Abd Rahman -  24 Mei 2016


Kerajaan negeri bercadang meluaskan perkhidmatan Pengurus Kediaman  (Home Manager) yang bertauliah ke Lembah Kelang bagi memenuhi permintaan yang tinggi di kawasan itu.

Tun Abdullah Yakin BN Mampu Menang PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

PRK Sungai Besar Kuala Kangsar
*****
KUALA LUMPUR, 30 Mei – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin calon Barisan Nasional (BN) mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Calon BN PRK Kuala Kangsar Dikenali Ramai Walau Bukan Anak Tempatan

Calon BN Kuala Kangsar
*****
KUALA KANGSAR, 31 Mei – Walaupun Datin Mastura Mohd Yazid, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, bukan anak tempatan, beliau memang cukup dikenali oleh masyarakat di sekitar daerah ini.

“Siapa Calon Lawan, Berapa Calon Lawan… BN Sedia Lawan” – Budiman

Oleh: Faizal Mohd Salleh

Calon BN Sg Besar  Budiman Zohdi
*****
SUNGAI BESAR, 31 Mei – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyambut baik dan mengalu-alukan kehadiran ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman sebagai calon Pas dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.

Sunday 29 May 2016

60 Peserta Dari 8 Negara Sertai Kenyir Bird and Nature Quest 2016

By Mohd Syazni Zainudin -  29 Mei 2016


Seramai 60 orang peserta dari lapan negara temasuk dari Ghana, Guinea, Nigeria dan Kanada telah menyertai  program Kenyir Bird and Nature Quest 2016 yang berlangsung di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu anjuran kerajaan negeri.

RM2.5 Juta Perkasa Sekolah Pondok – Najib Razak

By Noraini Jusoh -  23 Mei 2016


Kerajaan Pusat hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) untuk memperkasakan lagi institusi pondok di negara ini.

Sasar 100 Ribu Peserta Sertai e-Usahawan, e-Rezeki Tahun Ini

By Mastura Jamaldin -  29 Mei 2016


Kementerian Komunikasi dan Multimedia mensasarkan 100 ribu peserta seluruh negara menyertai program e-Usahawan dan e-Rezeki yang membantu  meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan negara melalui kempen #YOUCANDUIT, menjelang akhir  tahun  ini.

Ibadat Puasa dan Kepentingan Ekonomi

Ditulis oleh Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan. Posted in Berita Harian

1. Ibadat Puasa, Al-Quran dan Pedoman Hidup

Allah telah memilih bulan Ramadhan untuk al-Quran diturunkan. Al-Quran adalah mujizat teragong yang Allah kurnia kepada Nabi s.a.w. untuk membimbing umat manusia. Dalam al-Quran Allah berfirman dengan maksud:

"Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa." (Al-Baqarah: 2)

Thursday 19 May 2016

Ziarah Guru-Guru Sakit Sempena Hari Guru 2016


Dato' Pehimi bertanya khabar Cikgu Zainon (atas) dan Cikgu Azzimah semasa menziarahi mereka pada hari guru 2016 lepas.
*****
19 Mei 2016 (Khamis) - Sempena sambutan Hari Guru 2016, pada 16 Mei 2016 Dato' Haji Muhamad Pehimi Yusof - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh meluangkan masa menziarahi 2 guru yang uzur bersama rombongan daripada Pejabat Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah Besut dan kakitangan Pusat Khidmat DUN Jerteh.

12 Orang Lagi Menerima Bantuan Darul Iman Dalam Dun Jerteh

Oleh Wan Aziz Wan Idris
Dato' Pehimi sedang menyampai pesanan ringkas kepada penerima Bantuan Darul Iman dalam DUN Jerteh
*****
18 Mei 2016 (Rabu) - Seramai 12 lagi menerima bantuan dari Tabung Darul Iman dalam DUN Jerteh yang disampai sendiri oleh Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh bertempat di Pusat Khidmat DUN Jerteh, Gong Kemuntong.

Tuesday 17 May 2016

Lawatan Kerja Sehari PM Ke Terengganu 23 Mei Ini

By Aida Abd Rahman -  16 Mei 2016

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijadual bakal mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada 23 Mei ini.
*****
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Najib dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 8.45 pagi dan memulakan lawatan kerjanya dengan meninjau Pasar Besar Kedai Payang serta menemui peniaga di situ.

"Ku Sanjung Budi Mu" - Program Ukir Dun Jerteh Bersama Persatuan Kereta Sewa

Oleh: Wan Aziz Wan Idris

Dato' Haji Pehimi menyampai sumbangan kepada salah seorang ahli keluarga pemandu kereta sewa Jerteh.
*****
17 Mei 2016 (Isnin) - Program Ukhuwah Kasih dan Ihsan Rakyat (UKIR) siri Ke-5 bagi Dun Jerteh bersama Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jerteh dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato' Haji Muhamad Pehimi Yusof - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Monday 16 May 2016

Perutusan Menteri Besar Terengganu Sempena Hari Guru 2016

By Fauzi Mohd -  16 Mei 2016

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika melawat pelajar SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah.
*****
Sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru. Ia disuburkan hasil perit jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan.

Ziarah Sekolah Sempena Hari Guru 2016

Kek sebagai mengingati jasa guru-guru
*****
16 Mei 2016 (Isnin) - Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu bersama isterinya To'Puan Hajah Roslida Daud pada pagi ini berkesempatan menziarahi kesemua sekolah menengah kebangsaan, agama  dan rendah kebangsaan dalam DUN Jerteh bagi meraikan guru-guru sempena sambutan Hari Guru 2016.

Sunday 15 May 2016

Pesta ‘Ngambat Ikan’ Masuk Kalendar Pelancongan Terengganu

By Suriati Ali -  15 Mei 2016

Menjadi kelaziman bagi penduduk Kampung Pengkalan Merbau, Setiu mengadakan aktiviti mengerau ikan sungai atau dikenali masyarakat Terengganu sebagai ‘mengambat’ ikan setiap kali tiba musim kemarau.

Selamat Hari Guru 2016




- Unit Media DUN Jerteh

Akuapolitan Kuala Nerus Tingkat Pendapatan 500 Keluarga Nelayan

By Mohd Syazni Zainudin -  15 Mei 2016


Seramai 500 keluarga nelayan akan dipilih sebagai perintis dalam program akuapolitan pertama di Malaysia bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Azmin Terpaksa Pujuk Pas Sampai “Kiamat” Demi Survival Politiknya Di Selangor

Oleh : Azman Abas


KUALA LUMPUR, 13 Mei – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali  sebenarnya tidak mempunyai pilihan selain terus berusaha berunding dengan Pas hingga ‘kiamat’ kerana ia membabitkan nyawa politiknya terutama jawatan Menteri Besar yang disandangnya ketika ini.

Selamat Hari Guru 2016 - "Guru Pembina Negara Bangsa"


Terengganu Tarik Pelaburan RM27.2 Bilion Sehingga April – ECERDC

By Fauzi Mohd -  14 Mei 2016

Terengganu berjaya menarik pelaburan sebanyak RM27.2 bilion dari 2007 hingga April tahun ini hasil daripada program pembangunan menyeluruh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Kluster Bersepadu Herba Pasir Raja Keluarkan Hasil RM1 Juta

By Fauzi Mohd -  14 Mei 2016

Spesies tumbuhan herba Tongkat Ali
*****
Satu lagi inisiatif pembangunan utama yang mendorong pertumbuhan Terengganu ialah kluster agriperniagaan, dengan siap fasa pertama Pembangunan Kluster Bersepadu Herba (HICD) di Pasir Raja, Dungun.

Saturday 14 May 2016

Temuduga Terbuka 1,000 Jawatan Kosong Sabtu Ini

By Noraini Jusoh -  12 Mei 2016

JobsMalaysia Center, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Terengganu akan mengadakan temuduga terbuka di Pusat JobsMalaysia Terengganu (sebelah Pejabat Telekom Malaysia Kuala Terengganu) Sabtu ini, bagi mengisi pelbagai jawatan.

Friday 13 May 2016

PRK Parlimen Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Pada 18 Jun


PUTRAJAYA, 13 Mei – Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Kesatuan, Nilai Kebangsaan Dan Kesetiaan Parti, Asas Kejayaan UMNO Selama 70 tahun

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan penuh bersemangat menyampaikan ucapan pada majlis Sambutan Ulangtahun UMNO ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. - Foto : MediaUMNO
*****
KUALA LUMPUR, 12 Mei – Presiden UMNO,  Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan sempena ulang tahun UMNO ke 70 malam ini berkata asas kejayaan UMNO sepanjang 70 tahun ini adalah kerana kesatuan, nilai kebangsaan dan kesetiaan sepanjang hayat ahli kepada parti.

Solat Hajat Sempena Ulangtahun UMNO ke-70 di Surau Ar-Rahman PWTC

PWTC, 12 Mei — Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama pemimpin UMNO dan para jemaah lain menunaikan solat Fardhu Maghrib, Isyak dan Solat Hajat pada majlis tahlil sempena Ulangtahun UMNO ke-70 di Surau Ar-Rahman PWTC malam tadi. 

Foto: MediaUMNO

Sambutan Hari UMNO ke-70 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO memotong pulut kuning sempena Sambutan Hari UMNO ke-70 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

-Foto: MediaUMNO

Tan Sri Abdul Aziz Tapa - Tokoh Melayu Terbilang

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Presiden UMNO,  Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang 2016 kepada Tan Sri Abdul Aziz Tapa Veteran UMNO  pada majlis makan malam sempena Sambutan Hari UMNO ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

- Foto: MediaUMNO

Thursday 12 May 2016

Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-70 Akan Berlangsung Esok

Oleh : Ropikah Ahmad


KUALA LUMPUR, 11 Mei – Sambutan Ulang Tahun penubuhan UMNO ke-70 akan diadakan secara sederhana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), esok dengan para pemimpin parti termasuklah Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan bersama-sama dalam majlis tersebut.
Acara tersebut akan bermula di Surau Ar-Rahman dengan solat Maghrib secara berjemaah yang kemudiannya diikuti bacaan surah Yasin dan tahlil.
Berikut adalah aturcara untuk majlis tersebut:

Anak Muda Terus Bersama 70 Tahun Perjuangan UMNO – Johari

Oleh: Azman Abas
Mohd Johari Abu Bakar
*****
KUALA LUMPUR, 11  Mei – Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar yakin dan percaya parti itu terus menjadi pilihan anak muda walaupun pelbagai tohmahan dan pelbagai dakyah dilontarkan terhadap UMNO hari ini.

Selamat Hari Jururawat Sedunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh
dan
Ahli Jawatankuasa Penyelaras
DUN Jerteh
MJ MediaJerteh

Wednesday 11 May 2016

Penuntut IPG Johan Pidato

By Suriati Ali -  11 Mei 2016

Mohd Iskandar (dua kiri) bersama peserta Pertandingan Pidato 1Malaysia 2016. foto oleh Jabatan Penerangan (JaPen) Terengganu.
*****
Penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail,  Anis Hazirah Zakaria, 20, merangkul  johan  Pertandingan Pidato 1Malaysia 2016 Peringkat Terengganu yang diadakan di Dewan Serbaguna Daerah Setiu, Sungai Tarom, Setiu, semalam

Selamat Menyambut Hari UMNO ke-70

MJ MediaJerteh

Tuesday 10 May 2016

Pesta Candat Sotong Kembali Meriah

By Aida Abd Rahman -  10 Mei 2016


Kemeriahan aktiviti candat sotong di perairan Terengganu membuka tirainya dengan pelancaran Bulan Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2016 di Taman Tamadun Islam (TTI), Khamis ini.

KERIS 2314: Tanam Jati Diri Perjuangan Kepada Lebih 20,000 Ahli UMNO

PUTRAJAYA 09 MAY 2016. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa sidang media Sambutan Hari UMNO ke 70 di Perbadanan Putrajaya. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.
*****
PUTRAJAYA, 9 Mei – Lebih 20,000 anggota UMNO telah menjalani latihan atau kursus ‘KERIS 2314’ sejak modul baharu melahirkan pelapis
kepimpinan itu diperkenalkan pada November 2014, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perkahwinan Perdana : 217 Pasangan Diijab Kabul Serentak Sabtu Ini

By Suriati Ali -  9 Mei 2016


Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) membelanjakan lebih RM1 juta bagi menyempurnakan ijab kalbu 217 pasangan anak Terengganu secara serentak, Sabtu ini.

Monday 9 May 2016

12,000 Bungkus Nasi Dagang Diedar Percuma 26 Mei Ini

By Mohd Syazni Zainudin -  4 Mei 2016


12,000 bungkus nasi dagang akan diedarkan secara percuma pada 26 Mei ini di Quinara Al-Safir Resort sempena program mencipta rekod nasi dagang terpanjang di Malaysia.

Sunday 8 May 2016

Terengganu Sasar Juara Sukan MSSM Ke-58

By Mohd Syazni Zainudin -  3 Mei 2016


Terengganu menyasarkan juara pada Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) edisi ke-58 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus bermula semalam.

24 Agensi Buka Operasi Di UTC PB Square

By Mohd Syazni Zainudin -  8 Mei 2016


Pusat Transformasi Bandar (UTC) kesebelas akan mula beroperasi sepenuhnya Julai ini di bangunan Paya Bunga (PB) Square, Kuala Terengganu.

72 Cukup Bermakna Buat Adenan


KUCHING, 7 Mei – Rakyat Sarawak memberikan hadiah istimewa kepada Tan Sri Adenan Satem dengan mandat besar untuk menerajui kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) buat penggal ke-11.

MB Rakam Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa

By Suriati Ali -  8 Mei 2016


1Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, Kuching, isnin lalu, Lans Koperal Mohd  Sobri Harun, 26.

Saturday 7 May 2016

Selamat Hari Ibu 2016


MJ MediaJerteh

Sempena Hari Ibu 2016 - Semoga kisah ini menjadi pedoman

Masjid Nabawi, Madinah.
*****
UWAIS AL QARNI
Di Yaman, tinggalah seorang pemuda bernama Uwais Al Qarni yang berpenyakit sopak, tubuhnya belang-belang. Walaupun cacat, ia adalah pemuda yang soleh dan sangat berbakti kepada Ibunya. Ibunya adalah seorang wanita tua yang lumpuh. Uwais senantiasa merawat dan memenuhi semua permintaan Ibunya. Hanya satu permintaan yang sulit ia kabulkan.
"Anakku, mungkin Ibu tak lama lagi hidup bersama dengan kamu, ikhtiarkan agar Ibu dapat mengerjakan haji," pinta Ibunya. Uwais tercenung, perjalanan ke Mekkah sangatlah jauh melewati padang pasir tandus yang panas. Orang-orang biasanya menggunakan unta dan membawa banyak perbekalan. Namun Uwais sangat miskin dan tak memiliki kenderaan.

Wednesday 4 May 2016

Kerajaan negeri tanggung kos lesen

Ahmad Razif bersama rombongannya ketika melawat Pulau Lang Tengah dan Perhentian kelmarin.

PULAU PERHENTIAN - Kerajaan Terengganu setuju membiayai sebahagian besar kos mendapatkan lesen bot yang sah untuk pengusaha dan pemandu bot pelancong di Pulau Perhentian.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan membiayai kos sebanyak RM800 seorang untuk mereka menyertai kursus bagi mendapatkan lesen tersebut yang akan dikendalikan oleh Jabatan Laut Malaysia.

Tuesday 3 May 2016

MB meninjau pulau peranginan di Terengganu - Lang Tengah


SETIU, 2 Mei — Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman (tengah) diberikan penerangan mengenai kebersihan pantai oleh Pengarah Eksekutif Summer Bay Resort Chong Fah Ming (tiga, kanan) ketika lawatan kerja ke Pulau Lang Tengah untuk melihat sendiri kualiti kebersihan dan mengadakan perjumpaan dengan pengusaha sektor pelancongan hari ini. — fotoBERNAMA.

YPKT Agih RM58.52 Juta Bagi Program Jaya Diri

By Aida Abd Rahman -  21 April 2016

 Roslee (tengah) menyampaikan cek pinjaman modal kepada seorang peserta PJD di Dewan Utama YPKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Hasmizi Hamid
*****
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) meluluskan pinjaman berjumlah RM58.52 juta bagi pinjaman modal menerusi Program Jaya Diri (PJD) sejak 1995 sehingga Mac lalu.

Syarikat China Labur RM1 Bilion Besarkan Pelabuhan Kemaman

By Aida Abd Rahman -  29 Mac 2016


Syarikat daripada China iaitu Jiangsu Huaxicun Company Limited juga bersetuju melabur RM1 bilion di Terengganu melibatkan projek membesarkan Dermaga Timur, Pelabuhan Kemaman bagi memenuhi permintaan sektor minyak dan gas.

Monday 2 May 2016

Pengusaha bot ditawar ambil lesen RM50


BESUT - Kerajaan negeri Terengganu menawarkan bayaran serendah RM50 kepada pengusaha dan pemandu bot pelancong di Pulau Perhentian bagi membolehkan mereka mendapatkan lesen bot yang sah.