Páginas

Sunday 18 June 2017

Menjual Dengan Harga Yang Lebih Rendah


BESUT, 17 Jun — Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pengurusan Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof (tiga, kanan) bersama isteri Toh Puan Roslida Daud (kanan) turut menjual tiga jenis barangan iaitu gula, minyak masak dan tepung yang dijual dengan harga yang rendah pada Program Pasar Rakyat ke 2 di Pasar Tani Kekal, Kampung Nyiur Tujuh hari ini. 

–fotoBERNAMA.

Madrasah Moden Bakal Lahir Ramai Ilmuwan Agama

Mohammad Ishak | Saturday, June 17, 2017


Penubuhan Madrasah Moden bakal melahirkan lebih ramai ilmuwan dan tokoh berpendidikan agama setanding dengan institusi pendidikan agama lain di negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,penubuhan madrasah atau lebih dikenali pondok moden bertujuan mengimbangi sistem pendidikan biasa dan agama yang memberi peluang kepada rakyat negeri ini membuat pilihan.

Thursday 15 June 2017

Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu Mulai 16 Jun Ini

Aliffah Hanisfarhana Suhaidi | Wednesday, June 14, 2017

 Dekorasi pelita raya yang menghiasi kawasan R&R Perasing, Kemaman sempena pertandingan pelita raya Beautiful Terengganu Bermula 16 Jun ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM42,000 akan diadakan di empat daerah bermula 16 hingga 21 Jun ini.