Páginas

Monday 31 July 2017

Jemaah Haji Dinasihat Ikut Peraturan

Noraini Jusoh | Monday, July 31, 2017


Jemaah haji dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Lembaga Tabung Haji sepanjang mengerjakan Rukun Islam kelima di Tanah Suci bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan tumpuan penuh dapat diberikan dalam mengerjakan ibadah haji.

Thursday 27 July 2017

Warga Felda Di Terengganu Syukur Dengan Enam Insentif Bela Kebajikan Peneroka

Mastura Jamaldin | Tuesday, July 25, 2017


Warga peneroka dan generasi kedua Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melahirkan rasa teruja kepada Perdana Menteri ,Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang memberikan enam insentif khas secara serentak baru-baru ini.

Monday 24 July 2017

Projek Kuda Laut, Belangkas Bakal Jana Pendapatan Penduduk Pantai Setiu

Aminudin Ismail | Sunday, July 23, 2017


Kira-kira 300 penduduk yang tinggal berhampiran pantai di Setiu bakal memperolehi pendapatan agak lumayan apabila Projek Penyelidikan Translasional Universiti malaysia Terengganu (UMT) melibatkan pemeliharaan kuda laut dan projek lestari belangkas mendatangkan hasil tidak lama lagi.

Sunday 23 July 2017

Majlis Hari Raya Wanita Dun Jerteh

Oleh: Wan Aziz Wan Idris

Selamat Mengerjakan Haji Wahai Tetamu Allah

Oleh: Wan Aziz Wan Idris (MJ)


19 Julai (Rabu), Jertih - Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof - ADUN Jerteh mengucapkan Selamat Mengerjakan Haji kepada bakal-bakal haji dalam DUN Jerteh yang akan menunaikan ibadat Haji bagi tahun 2017 bersamaan 1438H.

Pembangkang Cemburu Kejayaan BN

Mohammad Ishak | Saturday, July 22, 2017


Tindakan pembangkang melabelkan Malaysia bakal menjadi negara bankrap bukan sahaja berniat jahat malah satu strategi mensabotaj ekonomi negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, pemimpin pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperkecilkan kejayaan Barisan Nasional (BN) kerana cemburu dengan perpaduan ahli UMNO.

Monday 17 July 2017

Laluan Jabor-Kijal Di LPT1 & LPT2 Ditutup Sementara Pada 22 Julai

Noraini Jusoh | Monday, July 17, 2017


Laluan di antara kilometer (km) 250 dan 305.9 di antara Jabor dan Kijal yang meliputi sebahagian daripada Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan ditutup sementara pada 22 Julai (Sabtu) ini bermula jam 5:00 pagi hingga 2:00 petang bagi memberi laluan kepada penganjuran acara berbasikal De’ Perasing Ride@LPT2.

Kerajaan Negeri Tetap Teruskan Agenda Pembangunan - MB

Aida Abd Rahman | Sunday, July 16, 2017
 
Ahmad Razif memotong kek sebagai simbolik meraikan mahasiswa dan mahasiswi Permata di majlis sambutan hari raya di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail 
*****
Kerajaan negeri  tidak akan mengurangkan sebarang program agenda pembangunan negeri terutama bagi memperkasakan bidang pendidikan, walaupun negeri berdepan kekangan kewangan.

Sunday 16 July 2017

Lukisan Mural Di Stesen Bas Lama Jadi Tarikan Baharu

Tengku Nor Shahida Tengku Abd Rasid | Wednesday, July 05, 2017
 

Lukisan mural karikatur yang menghiasi bangunan di tapak stesen bas lama menjadi tarikan terbaharu di bandar ini sekali gus dapat menarik pelancong ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu 2017.

Wednesday 12 July 2017

Sambutan Hari Raya Perantau Dun Jerteh Meriah

 Oleh Wan Aziz Wan Idris - MediaJerteh


Kuala Lumpur, 8 Julai 2017 - Sebagaimana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Jertih pada 5 Syawal 1438H, sambuatan yang dikhaskan kepada perantai bagi DUN Jerteh yang diadakan di Restoran D'Saji, Taman Tasik Titiwangsa pada Sabtu, 8 Julai tidak kurang meriahnya.

Sunday 9 July 2017

RM313 Ribu Tajaan Indahkan Premis Perniagaan Di Sekitar Bandar Raya

Suriati Ali | Sunday, July 09, 2017


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memperoleh tajaan RM313,000 dari pelbagai pihak swasta bagi memperindahkan beberapa premis perniagaan usang di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu.

Selamat Bersidang!

Selamat Bersidang!
Dengan Ingatan Tulus Ikhllas Daripada
YB. DATO' HAJI MUHAMMAD PEHIMI YUSOF
Pengerusi Penyelaras 
UMNO DUN JERTEH

Pilih Calon Disukai Dan Boleh Menang- Ahmad Razif

Aminudin Ismail | Saturday, July 08, 2017

Dato'  Seri Ahmad Razif Abd Rahman di rumah  terbuka DUN Bukit Besi
*****
Menteri Besar, Dato'  Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa calon-calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan dipilih berdasarkan calon yang disukai dan boleh menang.

"Saya bersetuju sangat dengan kenyataan TPM yang mahukan calon  "Winnable dan likeable".