Páginas

Sunday 27 August 2017

Ahli UMNO Perlu Pasak Mentaliti Kemenangan- Ahmad Zahid

Suriati Ali | Friday, August 25, 2017


Ahmad Zahid ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu,  hari ini. Harish Fadzillah Kassim
*****
Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan mentaliti kemenangan perlu dipasak ke dalam seluruh kepimpinan  ahli  UMNO sama ada di peringkat atasan atau akar umbi kerana mampu menangkis cubaan pihak luar yang menafikan keyakinan dan keupayaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum PRU (Ke-14).

Friday 25 August 2017

Perhimpunan Agung UMNO 2017 Bermula 5 Hingga 9 Disember 2017

Thursday, 24 August 2017


KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) akan berlangsung pada 5 hingga 9 Disember ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, PAU 2017 akan bermula dengan program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian Perhimpunan Agung pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.

Jangan Jadi ‘Ikan Keli’ - Zahid

Noraini Jusoh | Friday, August 25, 2017

Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Meyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail
*****
Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota dan pemimpin UMNO negeri ini agar tidak mengamalkan ‘politik ikan keli, sebaliknya santuni sifat ikan bandaran’.

UMNO Pusat Sudah Terima Senarai Calon- Ahmad Zahid

Suriati Ali | Friday, August 25, 2017

Ahmad Zahid bersama kepimpinan Terengganu selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim/ Zulkifli Putra
*****
Semua badan perhubungan UMNO negeri, termasuk Terengganu  telah menghantar senarai nama kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Adul Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus `Luar Biasa'

Suriati Ali | Friday, August 25, 2017


Naib Presiden UMNO,  Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  mengakui Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus hari ini boleh dianggap sebagai majlis  luar biasa dan lain daripada yang lain.

Wednesday 23 August 2017

Pelancaran Ikon 1Malaysia Negaraku

Wednesday, 23 August 2017


PUTRAJAYA, 23 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) pada Pelancaran Ikon 1Malaysia Negaraku di Perdana Putra hari ini.  Turut hadir (dari kiri) Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Penyelaras Program Khas kepada Perdana Menteri Tan Sri Lim Kok Wing.  

–fotoBERNAMA.

Terengganu Incorporated Lakukan Penjajaran Semula Bersama Agensi Kerajaan Negeri

Mohd Syazni Zainudin | Wednesday, August 23, 2017


Terengganu Incorporated Sdn Bhd berjaya melakukan Penjajaran Semula (RE) bersama agensi-agensi kerajaan negeri yang terpilih dalam menjayakan transformasi ekonomi.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, RE tersebut merupakan gerak kerja fasa kedua dan satu kesinambungan daripada 'Reorganization Exercise' iaitu gerak kerja fasa pertama yang telah dilaksanakan serta ditandatangani pada 1 Mac lalu.

14 Pasukan Berentap Di Kejohanan Terengganu F3000 Powerboat International Championship 2017

Mohd Syazni Zainudin | Tuesday, August 22, 2017

Tun Ahmad Faisal mendengar penerangan daripada seorang peserta yang bakal menyertai kejohanan tersebut. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim
*****
Sebanyak 14 pasukan mengesahkan penyertaan di kejohanan Terengganu F3000 Powerboat International Championship di PulauWarisan, Kuala Terengganu, bermula 24 Ogos ini.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, kejohanan selama tiga hari itu merupakan siri pertama dalam sirkit kejohanan powerboat kebangsaan.

Tuesday 22 August 2017

Projek Tenaga Solar Di Teluk Kalong Dijangka Tarik Pelaburan RM262 Juta

Suriati Ali | Monday, August 21, 2017


Kerajaan negeri melalui Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menyasarkan mampu menarik pelaburan sehingga RM262 juta hasil projek pembangunan loji janakuasa tenaga solar berkapasiti 18.5 mega walt yang dijangka bermula Mac tahun depan di Telok Kalong, Kemaman.

Jumlah itu hasil penjanjian bagi  tempoh tiga fasa atau 21 tahun bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

MoU Epic Mushtari -Stork Technical Wujudkan Perkongsian Teknologi, Kepakaran Rakan Niaga

Suriati Ali | Monday, August 21, 2017


EPIC Mushtari Engineering Sdn Bhd (EME) dan Stork Technical Services Holding B.V hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi mewujudkan perkongsian teknologi dan kepakaran dengan rakan niaga antarabangsa.

Pengerusi EME, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata MoU itu akan memberi manfaat yang sangat besar kepada kedua-dua pihak dalam menjana keuntungan secara efisyen dalam menghadapi persaingan industri dan ekonomi pada masa akan datang.

Monday 21 August 2017

Kibar Jalur Gemilang Di Dasar Laut Semarak Semangat Patriotik

Noraini Jusoh | Sunday, August 20, 2017


Pelbagai cara ditunjukkan rakyat Malaysia dalam menzahirkan semangat nasionalisme dan kecintaan kepada negara sempena sambutan Hari kebangsaan setiap tahun.

Lima Skim Bantuan Dan Kemudahan Disediakan Untuk Usahawan IKS

Noraini Jusoh | Monday, August 21, 2017


Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menyediakan lima skim bantuan dan kemudahan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad (gambar) berkata, ianya untuk pembangunan perniagaan dan produk, pembiayaan perniagaan, premis dan kilang IKS, latihan dan seminar keusahawanan serta promosi dan pemasaran.

E- Commerce, Pasaran Yang Menguntungkan

Noraini Jusoh | Tuesday, August 15, 2017


Perdagangan elektrik atau lebih dikenali sebagai E- commerce (E-dagang) dilihat sebagai medium baharu untuk usahawan pada masa kini menjual barangan dan perkhidmatan, sama ada melalui internet atau melalui rangkaian media sosial.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, ia merupakan pasaran yang menguntungkan dan dapat mengembangkan perniagaan serta rujukan mereka bukan sahaja pasaran tempatan, tetapi dalam sudut pandangan global.

Sukan SEA : Sultan Mizan Banggakan Negara, Pecah Rekod Temasya

Suriati Ali | Sunday, August 20, 2017



Sultan Mizan ketika ditemubual wartawan dari Bernama. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 
*****
Kebanggaan negara dan rakyat! Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan kuda 'Rtes Annaversary' bukan sahaja berjaya meraih pingat emas tetapi juga mencipta rekod baharu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu.

Penternak Sanggup Belanja Besar Sambut Kemerdekaan Negara

Mastura Jamaldin | Sunday, August 20, 2017


Berbekalkan semangat cintakan negara, seorang penternak mempunyai caranya yang tersendiri dalam menonjolkan semangat patriotik dan kecintaannya terhadap negara apabila memperuntukkan RM5,000 bagi menghias rumah dengan Jalur Gemilang.

Tuesday 15 August 2017

Tiga Beradik Dapat Rumah Komuniti

Mohammad Ishak | Monday, August 14, 2017


“Saya bersyukur selepas lebih 20 tahun kami tiga beradik tinggal bersama nenek, akhirnya diberikan sebuah rumah percuma untuk tinggal berasingan,” kata Norehan Mohd Nor, 24, dari Kampung Belakang Gudang, Jertih.

Sunday 13 August 2017

75 Atlet Terengganu Sahut Cabaran Sukan SEA 2017, Kuala Lumpur

Suriati Ali | Sunday, August 13, 2017

Sultan Terengganu berkenan menerima obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 daripada Khairy pada Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. Foto Harish Fadzillah Kassim

Seramai 75 atlet anak Terengganu daripada keseluruhan 845 atlet negara bakal membawa cabaran negara  pada temasya Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 pada 19 hingga 31 Ogos ini.

Menandatangani Plak Yayasan Pagoh Perdana

Saturday, 12 August 2017

MUAR, 12 Ogos — Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) menandatangani plak Yayasan Pagoh Perdana selepas merasmikan Majlis Persidangan Perwakilan Bahagian Pagoh di Dewan Kompleks Seri Pekembar hari ini.  Turut hadir, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan) dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh Ismail Mohamed (kiri). –fotoBERNAMA.

- UMNO Onlie

Hulu Terengganu Bakal Jadi Wilayah Ketengah

Mastura Jamaldin | Saturday, August 12, 2017


Hulu Terengganu bakal menjadi daerah pertama di Terengganu sebagai wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di bawah operasi penuh agensi itu.

Paragliding Sempena Program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 Pada 12 Hingga 13 Ogos Ini

Tengku Nor Shahida Tengku Abd Rasid | Wednesday, August 09, 2017


Program Terengganu Merdeka Paragliding diadakan sempena program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 bagi kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Kota Putera Paragliding Park, Bukit Bubus Tembila, Besut, pada 12 dan 13 0gos ini.

Wednesday 9 August 2017

PM lancar projek ECRL, beri manfaat besar kepada rakyat Pantai Timur

9 August 2017 413 0

Majlis Pecah Tanah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di KOTASAS Kuantan disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
*****
Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bertempat di KOTASAS Kuantan.

ECRL Disambut Baik Penduduk, Ledakan Ekonomi Negeri Pantai Timur

Mastura Jamaldin | Wednesday, August 09, 2017

Orang ramai melihat model laluan ECRL sempena majlis pecah tanah projek itu yang disempurnakan Perdana Menteri, di Stesen Sentral KotaSAS, Kuantan,. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
*****
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangkakan memberi mempunyai kesan pengganda kepada ekonomi negeri Pantai Timur khususnya dan negara secara keseluruhannya.

ECRL sepanjang 688 kilometer dengan kos sebanyak kira-kira RM55 bilion merupakan satu projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11(RMK11) yang akan menghubungkan Lembah Kelang dengan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Tuesday 8 August 2017

Penyampaian Anugerah Desa Perdana Peringkat Negeri Zon Timur

Tuesday, 8 August 2017


KUANTAN, 8 Ogos — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (depan enam, kiri) bersama pemenang-pemenang pada Majlis Penyampaian Anugerah Desa Perdana Peringkat Negeri Zon Timur (Pahang,Terengganu,Kelantan) hari ini.

–fotoBERNAMA

Rakyat Puji Inisiatif Kerajaan,Teruja Mohon Tanah

Tengku Nor Shahida Tengku Abd Rasid \ Monday, August 07, 2017

Salwa Najmuddin ketika ditemubual di Wisma Darul Iman. 
Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail.
*****
Permohonan bagi Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah yang melibatkan 5,939 lot tanah di seluruh negeri terbuka kepada rakyat Terengganu, mendapat sambutan amat baik dan sangat dialu-alukan.

Sebelum ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam sidang media di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 2 Ogos lalu menyatakan bahawa golongan yang layak untuk memohon tanah tersebut mestilah rakyat Terengganu yang berusia 21 tahun ke atas, telah berkahwin dan berpendapatan tidak lebih RM3,500.

Monday 7 August 2017

PTG Terima 23,000 Permohonan Lot Tanah

Noraini Jusoh | Monday, August 07, 2017


Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Terengganu menerima kira-kira 23,000 permohonan Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sehingga pagi ini, selepas dilancarkan kerajaan negeri dalam usaha memastikan lebih ramai rakyat memiliki lot tanah untuk pembinaan rumah kediaman.

Persefahaman Saya Dengan TPM Dan PM Kukuh – Hishammuddin

Sunday, 6 August 2017

KANGAR, 6 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata  persefahaman antara dirinya dengan  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana  Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak amat kukuh dan usaha pembangkang untuk melagakan mereka tidak akan berjaya.

Najib Tetap Yakin Dengan Zahid

Sunday, 6 August 2017

SHAH ALAM, 6 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan keyakinan beliau terhadap timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sebalik apa yang dilihat sebagai cubaan seorang bekas pemimpin negara untuk melaga-lagakan mereka.

Sunday 6 August 2017

Najib Garis Empat Prinsip Pembangunan Modal Insan

Saturday, 5 August 2017

KUANTAN, 5 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat dimensi dan prinsip untuk mencapai pembangunan modal insan secara holistik bagi menjamin perkembangan ekonomi mampan di negara ini.

Sidang DUN Dari 10 Hari Jadi Dua Hari… Apa Yang Kerajaan PKR Selangor Cuba Lari Sembunyikan?

Friday, 4 August 2017

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kali kelima yang ditamatkan lapan hari lebih awal sedangkan ia sepatutnya berlangsung selama 10 hari menimbulkan pelabagai persoalan masyarakat umum mengenainya.

Saturday 5 August 2017

UMNO Terengganu Tiada Masalah Pertahankan Kemenangan PRU14

Noraini Jusoh | Sunday, April 02, 2017


Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bersedia berdepan kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa sahaja.

Wednesday 2 August 2017

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut 2017

Oleh: Wan Aziz Wan Idris
1 Ogos 2017

29 Julai 2017 (Sabtu) - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut kali ke-30 Tahun 2017, dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman - Menteri Besar Terengganu Darul Iman.

Dato' Seri Ahmad Razif menyampaikan anugerah Program 2211  kepada Johan Pertandingan tahun 2016, Cawangan Rumah Awam Seberang Jertih.

Jualan Bebas Cukai Tasik Kenyir Fasa 1 Tiada Produk Berduti Tinggi

Mastura Jamaldin | Tuesday, August 01, 2017


Jualan bebas cukai di Tasik Kenyir hanya melibatkan aktiviti peruncitan dan tidak termasuk barangan berduti tinggi seperti produk petroleum, kenderaan, produk minuman alkohol termasuk rokok dan tembakau.

Tuesday 1 August 2017

Pembangkang Jangan Jadi Bebal Sangat, Sudah 72 Kali Kerajaan Jawab Isu 1MDB

Wan Hafiz Hamzah
Friday, 28 July 2017
Datuk Zein Isma
*****
KUALA LUMPUR, 28 Julai – Kepimpinan pembangkang dinasihatkan agar tidak menjadi ahli politik yang bebal ekoran sikap mereka yang berulang kali membangkitkan isu 1MDB, di mana isu tersebut  telah pun dijawab sebanyak 72 kali oleh kerajaan melalui pelbagai medium seperti televisyen, forum termasuklah menjalani siasatan secara terbuka, demikian jelas Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail.

Melayu Skru Melayu: Tun Mahathir Kini Jadi Pelaksana Agenda Dap

Wan Hafiz Hamzah | Monday, 31 July 2017
Datuk Ismail Kijo
*****
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyifatkan kenyataan penasihat Dap, Lim Kit Siang bahawa Tun Mahathir mampu untuk menarik sokongan orang Melayu bagai mengesahkan bahawa sememangnya menjadi strategi Dap menggunakan orang Melayu untuk memecah belahkan kekuatan dan kesatuan politik di kalangan bangsa Melayu.

Beli Anugerah : Dap Buat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Umpama Badut

Monday, 31 July 2017

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya menyifatkan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Dap umpama kerajaan badut yang sentiasa menimbulkan kelucuan seperti tersalah kira, tersalah jumlah projek, beli rumah tiada kolam renang dan terbaru tidak sedar menerima anugerah palsu.

Kerajaan Negeri Adakan Himpunan Bantah Kekejaman Israel

Noraini Jusoh | Monday, July 31, 2017


Kerajaan negeri akan mengadakan himpunan bantahan terhadap kekejaman rejim Israel ke atas penduduk Palestin di perkarangan Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man pada 11 Ogos ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, himpunan itu sebagai tanda protes terhadap Israel yang sengaja menyekat rakyat Palestin daripada memasuki Masjid Al-Aqsa, baru-baru ini.