Páginas

Thursday 28 September 2017

Pembayaran Dividen Dan Perkongsian Keuntungan

Wednesday, 27 September 2017


 KUALA TERENGGANU, 27 Sept — Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (tengah) bergambar bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad Datuk Mohamat Muda Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wan Nawawi Wan Ismail, Setiausaha Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Abd RAzak Abd Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM M Rozi Bidin dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Ahmad Azmi Md Salleh (kanan) pada Majlis Pembayaran Dividen dan Perkongsian Keuntungan Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman hari ini.

–fotoBERNAMA.

Wednesday 27 September 2017

16 Spesies Ikan Utama Bernilai Tinggi Ditemui Di Sungai Besut

Mohammad Ishak | Thursday, September 07, 2017


Sebanyak 16 spesies ikan utama yang bernilai tinggi dan boleh menjadi sumber mata pencarian kepada nelayan darat ditemui di Sungai Besut.

Pengerusi Jawatankuasa  Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, penemuan hasil kajian inventori spesies ikan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan taburan spesies ikan darat di negeri ini.

Pembangkang Sukar Terima Kejayaan Lawatan Najib Ke Amerika – Penganalisis

Thursday, 14 September 2017


KUALA LUMPUR, 14 Sept – Kejayaan lawatan kerja Datuk Seri Najib Tun Razak ke Washington yang menyaksikan berlangsung pertemuan mesra perdana menteri dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sukar untuk diterima pembangkang yang terus membuat tohmahan terhadap kerajaan, demikian menurut penganalisis politik.

Najib Jumpa Trump : Jawapan Kepada Fitnah & Putar Belit

Friday, 15 September 2017

Satu perkara yang rakyat sedia maklum ialah pembangkang akan membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan kerajaan BN walaupun ianya baik untuk rakyat.

Lipatan Sejarah Dedah Siapakah Dap, Punca Politik Perkauman

Tuesday, 26 September 2017


SEREMBAN, 26 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa berkata, lipatan sejarah harus dibuka kembali bagi mengenali siapakah Dap sebenarnya dan bagaimana politik perkauman mula timbul.

Jelas beliau, Daplah yang bertanggungjawab mewujudkan politik perkauman kerana politik sebegitu hanya ada selepas Dap wujud.

Majlis Pecah Tanah MyExpo

Tuesday, 26 September 2017

 MyExpo City yang dijangka siap pada 2020 bakal diangkat sebagai pusat pameran terbesar di Malaysia. fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA
*****
PUTRAJAYA, 26 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan daripada Presiden Perbadanan Putrajaya yang juga Pengerusi Kumpulan PULSE, Datuk Seri Hasim Ismail (kanan) mengenai model Pusat Konvensyen dan Expo Malaysia (MyExpo) pada majlis pecah tanah MyExpo di tapak pembinaan MyExpo City di Presint 5 hari ini.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

UMNO-Onlline

17 Petani Tuai 31,267 Pokok Cili Secara Serentak Di Terengganu Untuk MBOR

Noraini Jusoh | Tuesday, September 26, 2017

 Che Wan Mohd. Saidi memetik cili di kebun miliknya sempena Program Penarafan Penuaian Cili Tersebar Oleh MBOR di Kampung Raja, Tepoh hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim
*****
Seramai 17 petani negeri ini turut serta dalam program penuaian pokok cili terbanyak secara serentak untuk rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017.

Tuesday 26 September 2017

Perjuangan For All

Monday, 25 September 2017


SEREMBAN, 25 September — Mohamed Razali Abdul Rahman, Bekas Aktivis DAP memberikan ucapan di dalam Majlis Bicara Minda & Sesi Dialog ‘Perjuangan For All’ bertempat di Dewan Bangunan UMNO Negeri Sembilan sebentar tadi. Turut kelihatan ialah Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa.

Foto:MediaUMNO

22 Trak Makanan Sertai Karnival Jom Heboh Negeri Terengganu

Suriati Ali | Monday, September 25, 2017


Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu akan menghimpunkan 22  peniaga trak makanan dengan sajian lebih  100 menu menarik sempena  Karnival Jom Heboh Negeri Terengganu di perkarangan Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Terengganu International Bike Meet Antara Terbesar Di Asia

Mohd Syazni Zainudin | Monday, September 25, 2017


Terengganu International Bike Meet (TIBM) Volume 2 2017 yang akan berlangsung di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu selama dua hari bermula 29 September ini dijangka menjadi antara himpunan motor yang terbesar di Asia.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata, pada tahun lepas, seramai 5,200 peserta menyertai program anjuran bersama kerajaan negeri dan Kelab Penunggang  Motosikal Negeri Terengganu itu.

Sunday 24 September 2017

1Malaysia Negaraku Penyatuan Baharu Rakyat Malaysia

Saturday, 23 September 2017


KUALA LUMPUR, 23 Sept – Konsep 1Malaysia Negaraku mampu menjadi titik tolak penyatuan yang baharu bagi rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya di bawah konsep itu, segala fahaman yang hanya menggalakkan perpecahan harus dibuang jauh oleh setiap rakyat yang juga perlu memahami bahawa seluruh Malaysia adalah milik bersama.

Pengamal Media Perlu Pantas Tangkis Berita Palsu Di Media Sosial – Najib

Sunday, 24 September 2017

KUALA LUMPUR, 24 Sept –  Pengamal media perlu lebih tangkas menangkis berita palsu yang sengaja disebarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana berita palsu yang disebarkan sengaja dirancang untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan atau sekurang-kurangnya mengelirukan rakyat, termasuk kenyataan beliau (Najib) ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump baru-baru ini.

Terengganu Lantik 1,414 Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk

Suriati Ali | Sunday, September 24, 2017


Terengganu merekodkan  seramai 1,414 ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)  yang dilantik bagi penggal kedua untuk tempoh dua tahun  mulai 15 April 2017 sehingga 14 April 2019.

Pelantikan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menjadikan Terengganu mencapai 80 peratus keanggotaan JPP yang lengkap dilantik mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Thursday 21 September 2017

KEMPEN SEKAMPIT BERAS UNTUK ROHINGYA


Marilah sama- sama kita membantu saudara Islam Rohingya. Kecil bagi kita besar bagi mereka walau hanya senilai sekampit beras.

YB. Mohd Iskandar Jaafar - Adun Jabi mengesahkan akaun di atas adalah sah dan berada di bawah pemantauan Kerajaan Negeri Terengganu.

MediaJertih

Pengusaha Madu Kelulut Peroleh Pendapatan Lumayan

Suriati Ali | Thursday, September 21, 2017

Majlis Penyampaian Sijil Madu Kelulut ExxonMobil-YDSM 2017 di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu, semalam- Foto: Tg Syamim Tg Ismail
*****
Hanya bermodalkan RM300, seorang  ibu tunggal dari Kampung Binjai, Kemaman berjaya mengembangkan perusahaan madu kelulutnya sehingga produk yang dihasilkan mampu meraih pendapatan bulanan mencecah RM3,000.

Wednesday 20 September 2017

Melihat Persembahan Pancaragam

Tuesday, 19 September 2017

 PUTRAJAYA, 19 Sept — Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kanan) melihat persembahan pancaragam sempena Istiadat Mengarak Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara hari ini.  Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan). Perbarisan mengarak panji-panji adalah satu istiadat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan panji-panji merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan tidak berbelah bagi ATM terhadap raja dan negara. — fotoBERNAMA.

Karnival Jom Heboh Bakal Gegarkan Terengganu 29-30 September Ini

Tengku Nor Shahida Tengku Abd Rasid | Wednesday, September 20, 2017


Acara padang terbesar TV3, Karnival Jom Heboh (KJH) bakal membuka tirai di Persiaran Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu pada 29 hingga 30 September ini.

Terengganu Lancar Misi Bantuan Untuk Rohingya

Mohd Syazni Zainudin | Wednesday, September 20, 2017

Kempen Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya mula dilancarkan hari ini sehinga 10 Oktober ini oleh kerajaan negeri. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.
*****
Kerajaan negeri mensasarkan kutipan sehingga RM1 juta dalam kempen ‘Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya’ bagi membantu etnik yang kini berada di kem pelarian Bangladesh.

Ketua Urusetia kempen tersebut, Samiun Salleh berkata, kempen yang digerakkan oleh Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) itu mula dilancarkan hari ini sehingga 10 Oktober melibatkan semua jabatan, agensi kerajaan, GLC dan NGO.

Tuesday 19 September 2017

Penyerahan Insentif Kemenangan

Tuesday, 19 September 2017

PUTRAJAYA, 18 Sept — Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh bersama para atlet selepas majlis penyerahan Insentif Kemenangan malam ini. Seramai 117 atlet sukan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang memenangi pingat pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Universiti Dunia Taipei menerima insentif berjumlah RM292 ribu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

— fotoBERNAMA

YPKT Tawar Pinjaman Kepada 2,246 Peserta Program Jati Diri

Suriati Ali | Monday, September 18, 2017


Seramai 2,246 peserta Program Jati Diri (PJD) aktif membuat pinjaman membabitkan RM2.8 juta melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud, berkata kebanyakan peminjam menjalankan perniagaan jualan makanan, kedai runcit, jahitan, penternakan, salun kecantikan, kedai pengantin, jualan langsung dan pertanian.

Monday 18 September 2017

Sate Jabi Bakal Setanding Sate Kajang

Aida Abd Rahman | Tuesday, August 29, 2017


Ahmad Razif membakar sate sebelum menikmati hidangan itu di Kedai Sate Kak Mah Jabi sempena Majlis Santai Sepetang Bersama YAB MB Di DUN Jabi, semalam. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Pekan Jabi, hab sate di Terengganu mampu dikenali di seluruh Malaysia setanding sate Kajang,  bermula tahun depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan khusus akan disediakan bagi mengembangkan perusahaan itu termasuk membangunkan prasarana serta infrastruktur baharu yang lebih lengkap.

Sambutan Hari Malaysia

Sunday, 17 September 2017

KOTA KINABALU, 16 Sept — Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (enam, kiri) memotong kek ulang tahun sambutan Hari Malaysia di Kompleks Sukan Likas malam ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (lima, kiri), Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (empat, kiri) dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (dua, kiri).

Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (empat, kanan) dan isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni (lima, kanan).
–fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Saturday 16 September 2017

271 Pasangan Kahwin Serentak Catat Dalam MBOR

Suriati Ali | Saturday, September 16, 2017
 

Kerajaan negeri  melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) meneruskan program Perkahwinan Perdana yang dirintis tahun lalu dengan 271 pasangan melangsungkan perkahwinan secara serentak di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Friday 15 September 2017

Selamat Hari Malaysia


Daripada
DATO' HAJI MUHAMMAD PEHIMI YUSOF
ADUN JERTIH

SOLAT HAJAT


PUTRAJAYA, 15 Sept — SOLAT HAJAT … Umat Islam menunaikan solat sunat hajat yang diimamkan Ustaz Mohd Redza Ahmad bagi mendoakan keselamatan etnik Rohingya selepas solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. 

–fotoBERNAMA/UMNO-Online

Beberapa Pihak Pohon Jadi Pengendali Kemudahan Pelancongan Di Tasik Kenyir

Aida Abd Rahman | Thursday, September 14, 2017

Menteri Besar bersama kenamaan lain melancarkan Festival Kenyir 2017, di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Kerajaan negeri sedang menimbang permohonan daripada beberapa pihak sebagai pengendali kemudahan pelancongan di Tasik Kenyir termasuk hotel dan Taman Tema Air, di Pulau Poh.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya menilai tawaran yang mampu diberikan dan memilih yang terbaik bagi melancarkan operasi dan pengurusan di pusat peranginan itu nanti.

300 Peserta Meriahkan Program Berakit Merdeka Selusuri Sungai Terengganu

Tengku Nor Shahida Tengku Abd Rasid | Thursday, September 14, 2017

Deretan rakit yang dihias indah dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri sempena Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu, di Dataran Pulau Warisan. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim
*****
Seramai 300 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh daerah menyertai Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu 2017, hari ini.

Peserta yang menaiki 30 buah rakit yang dihias hasil kreativiti masing-masing, berlumba bermula di jeti Muzium Negeri dan berakhir di Pulau Warisan, Kuala Terengganu dengan jarak 4.59 kilometer.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dalam ucapannya berkata, hasil pemuafakatan dan penjanaan idea yang bernas sempena hari kebangsaan itu, pelbagai program dan aktiviti dijalankan bagi membentuk komuniti yang baik dan positif selain melahirkan masyarakat yang bersikap patriotik serta sayangkan negara.


“Program ini adalah julung kali diadakan di negeri ini hasil kerjasama Unit Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri serta Kelab Sukan Negeri Terengganu.

“Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan diantara peserta di samping meraikan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Bagi saya, program ini cukup tepat dalam usaha kita untuk memeriahkan lagi sambutan bulan kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini,”katanya di Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu, di Dataran Pulau Warisan, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Mohd Syukri Ibrahim, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri, Burhanuddin Daud serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Zuhami Omar.


Bagi pemenang rakit kategori jabatan kerajaan diungguli Majlis Daerah Hulu Teregganu (RM1,000), tempat kedua Majlis Daerah Kemaman (RM600)dan tempat ketiga SUK Kerajaan Tempatan (RM500). Manakala pemenang rakit bagi kategori NGO, tempat pertama Mix Ibai, tempat kedua Mix Marang, manakala ketiga, KRT Pulau Sekati yang membawa pulang jumlah wang tunai yang sama .
Untuk kategori rakit berhias pula, tempat pertama dimenangi oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun, sementara kedua Kumpulan Trackers dan ketiga Majlis Daerah Besut.


Teganukita/MediaJertih

Wednesday 13 September 2017

UniSZA Perkenal Produk Susu Kambing

Mohammad Ishak | Wednesday, August 30, 2017

 Pehemi menunjukan produk susu kambing keluaran UniSZA
*****
Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA) mengorak langkah mengeluarkan pelbagai produk makanan berasaskan susu kambing berjenama UniFarm.

Naib Canselornya, Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abd Latif berkata, lima produk yang dikeluarkan daripada susu kambing segar ialah aiskrim,yogurt, keju, karipap dan samosa.

Presiden Trump, PM Najib Berbincang Di Rumah Putih

Wednesday, 13 September 2017

WASHINGTON, D.C, 12 Sept – Perbincangan Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berlangsung di Rumah Putih dalam satu pertemuan yang bakal membuka lembaran baharu selepas 60 tahun Amerika Syarikat menjalinkan hubungan dua hala dengan satu daripada rakan strategiknya di Asia Tenggara itu.

Trump  menyambut mesra Najib sejurus beliau tiba untuk menghadiri pertemuan empat mata di Rumah Putih yang terletak di Pennsylvania Avenue, yang juga merupakan lawatan pertama pemimpin Malaysia itu ke pejabat dan kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat itu.

Tuesday 12 September 2017

PM Bertemu Pelajar Dan Diaspora Malaysia

Tuesday, 12 September 2017

WASHINGTON DC, 12 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan pertemuan dengan para pelajar dan diaspora Malaysia pada jamuan malam di Kedutaan Besar Malaysia di sini Isnin.

Najib dan isteri berada di Washington DC untuk lawatan kerja tiga hari yang bertumpu kepada pertemuan bersama Presiden Donald J. Trump yang dijadual berlangsung di Rumah Putih pada Selasa.

Monday 11 September 2017

UPSR: Terengganu Sasar 1967 Calon Peroleh 6A

Noraini Jusoh  Monday, September 11, 2017

Calon UPSR mencium tangan Ahmad Razif bagi memohon restu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.
*****
Terengganu mensasarkan jumlah calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan memperoleh keputusan cemerlang 6A tahun ini seramai 1,967 daripada 20,273 calon negeri ini yang menduduki peperiksaan itu, bermula hari ini.

Thursday 7 September 2017

Sedia Inisiatif Bantu Peladang, Penternak Dan Nelayan

Suriati Ali | Tuesday, September 05, 2017


Keprihatinan kerajaan terhadap peladang, penternak dan nelayan menyediakan inisiatif dalam bentuk bantuan, projek dan program bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan sasar.

523 Pemandu Teksi Di Terengganu Terima Bantuan Tayar

Suriati Ali | Tuesday, September 05, 2017


Kerajaan negeri mengagihkan  RM262,000 melalui Program Tayar Percuma kepada 523 pemandu teksi yang berdaftar di seluruh Terengganu.

Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui program itu, setiap pemandu teksi yang aktif layak menerima RM500 bertujuan membantu golongan itu menukar tayar rosak bagi menjamin keselamatan penumpang dan pelawat sempena Visit Beautiful Terengganu.

Terengganu Belanja RM4.2 Juta Jayakan Program Pintar Al-Quran Tabika Kemas Setiap Tahun

Aida Abd Rahman | Thursday, September 07, 2017
 
Pasukan Besut bergambar dengan Menteri Besar dan kenamaan lain sebagai meraikan kemenangan futsal selepas menewaskan Kuala Terengganu di pentas akhir sempena Majlis Penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat Negeri Terengganu 2017, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. Foto oleh tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Kerajaan negeri membelanjakan RM4.2 juta bagi melaksanakan Program Penghayatan Islam yang dikenali sebagai Pintar Al-Quran  di 702 kelas Tabika Kemas seluruh Terengganu, setiap tahun.

Monday 4 September 2017

HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN TERENGGANU 2017


Kerajaan Lancar Laman Web Interaktif #Bajet2018 Bagi Dapatkan Input Rakyat

Sunday, 3 September 2017

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Kerajaan menyediakan satu laman web khas berciri interaktif bagi mendapatkan input rakyat untuk #Bajet2018 di blog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, https://bajet2018.najibrazak.com.

Menerima Tabik Hormat

Thursday, 31 August 2017


KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menerima tabik hormat ketika sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka hari ini. Sambutan bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’, kali ini lebih istimewa apabila ia mengimbas semula detik-detik pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dan dijayakan seramai 18,000 peserta termasuk penglibatan Perdana Menteri sendiri.

–fotoBERNAMA.