Páginas

Sunday 29 October 2017

UniSZA, UMT Iktiraf Peranan J3K

Mohammad Ishak | Sunday, October 29, 2017
 

Dua institusi pengajian tinggi tempatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengiktiraf tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) apabila  memberi penarafan bintang kepada pengerusi organisasi itu.


Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, dua universiti terbabit diberi tanggungjawab membentuk kepemimpinan J3K khususnya di Daerah Besut menerusi Neuro Linguistic Program (NLP) yang diperkenalkan awal tahun ini.

Katanya, NLP memberi penekanan menerusi kursus, seminar dan bengkel kepada Pengerusi J3K dalam pembentukan jati diri berasaskan Program Firdaus 2050.

Beliau berkata, konsep Firdaus 2050 satu model yang direka khas untuk kepemimpinan J3K di Daerah Besut yang kini sudah menampakkan hasil apabila pengurusan organisasi itu bergerak membentuk komuniti secara bersepadu.


“Menerusi beberapa siri perbengkelan, peserta dinilai oleh pensyarah universiti terbabit mengenai keaktifan mereka berinteraksi dan memmberi iden kepada pembangunan insan,” katanya pada majlis ramah mesra dengan Pengerusi JKKK Daerah, di Besut malam tadi.

Pada majlis itu 27 Pengerusi J3K berpotensi dipilih untuk pepenarafan bintang berdasarkan sepanjang mereka mengikuti lima siri kursus anjuran universiti terbabit dengan kerjasama Kemnterian Pendidikan Tinggi (KPT).

Idris berkata, berikutan kejayaan itu KPT sedia memberi kerjasama menggunakan modiul NLP universiti terbabit kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk melatih pengerusi JKKK di seluruh negara.

“Ketika ini  UniSZA dan UMT mempunyai pensyarah terlatih untuk membantu melatih pesera menerusi NLP kepada organisasi berkenaan,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment