Páginas

Tuesday 14 November 2017

Sokongan Terhadap BN Kian Meningkat

Mohd Syazni Zainudin | Tuesday, November 14, 2017

 Ahmad Razif sempat bermesra dengan masyarakat setempat sebelum menyempurnakan penyerahan bantuan kepada warga India dalam program di SK Lembah Jabor, Kemaman, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.
*****
Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di seluruh Malaysia terutama di Terengganu semakin meningkat dengan mendadak sejak kebelakangan ini.


Pengerusi BN Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kesungguhan dan gerakan yang dilakukan oleh parti-parti komponen membuatkan masyarakat lebih faham serta mengetahui perkara yang sebenarnya sedang berlaku dan semakin menerima parti itu.

"Saya berkeyakinan penuh untuk negeri Terengganu dan Kerajaan Pusat kita akan dapat mengekalkan kuasa serta memastikan majoriti kita akan perolehi dalam pilihanraya akan datang," katanya.



Menteri Besar berkata demikian pada Majlis Penyerahan Wang Dana Khas Deepavali di Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor, Kemaman, semalam.

Turut hadir, Pengerusi MIC Terengganu, Dr Dayal Krishnan dan Pegawai Daerah Kemaman, Zahari Md Azahar.

Dalam majlis tersebut, seramai 140 orang penerima menerima bantuan itu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM52,400 bagi Daerah Kemaman.

Manakala 107 orang lagi penerima adalah dari Kuala Terengganu melibatkan peruntukan RM36,600 menjadikan keseluruhan bantuan oleh kerajaan negeri berjumlah RM89,000.


Ahmad Razif dalam pada itu juga berkata bahawa pelbagai usaha sedang direncanakan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional di Terengganu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 terutama untuk menarik undi masyarakat India.

"Kita akan buat (kerjasama) bersama dengan MIC negeri, tapi kita tidak boleh beritahu lagilah.

"Strategi kita tidak boleh beritahu orang. Itu adalah antara pihak Barisan Nasional yang akan kita gandingkan dengan semua parti-parti komponen," katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment