Páginas

Wednesday 10 October 2018

Membacakan Doa

9 October 2018 | Berita Bergambar


KUALA LUMPUR, 9 Oktober — Pegawai Penerangan Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Ustaz Datuk Shamsul Najmi membacakan doa dan diaminkan oleh para jemaah selepas selesai solat sunat hajat di surau Ar-Rahman PWTC petang tadi.

Foto: MediaUMNO

Thursday 4 October 2018

Kes Rosmah Tangguh, Kertas Siasatan Tak Siap Kerana Printer Rosak


DS Rosmah dihadapkan ke mahkamah pagi tadi jam 8 pagi. Kertas siasatan DS Rosmah tidak siap tetapi ditahan semalaman di lokap SPRM dan dibawa ke mahkamah.

Wang ikat jamin yang diminta pihak pendakwa asalnya RM10 juta dengan 17 pertuduhan tapi akhirnya mahkamah hanya meminta bayar RM2 juta secara berperingkat.

Perbincangan Dua Hala


Kuala Lumpur, 3 Oktober–Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perbincangan dua hala bersama Menteri Untuk Negara Asia dan Pasifik dan Pejabat Komanwel, The Right Hon. Mark Field serta rombongan ketika menerima kunjungan hormat di Menara Dato’ Onn, PWTC pagi ini.
– Foto: MediaUMNO

Thursday 27 September 2018

Mahasiswa Dalam Dan Luar Negara Mula Berkumpul Di PWTC Sempena PAU 2018

27 September 2018 | Berita Utama
Azlina Rosdy


KUALA LUMPUR, 27 Sept – Seramai 69 mahasiswa dalam dan luar negara mula berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyertai Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU 2018) yang bakal membuka tirai pada 28 – 30 September ini.

PAU2018: Dewan Merdeka


Kuala Lumpur, 26 September — Keadaan Dewan Merdeka, PWTC di mana tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2018 selama tiga hari yang bermula dari 28 sehingga 30 September ini.

Foto: MediaUMNO

PAU2018: Gerai Jualan






KUALA LUMPUR, 26 September — Para peniaga sedang sibuk membuat persiapan gerai jualan masing-masing sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang akan berlangsung di PWTC tidak lama lagi.

Foto:MediaUMNO

Wednesday 26 September 2018

Selamat Bersidang

SELAMAT BERSIDANG KEPADA PARA PERWAKILAN!
Daripada
YB. DATO' HAJI MUHAMMAD PEHIMI YUSOF
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut
(Pengerusi Penyelaras DUN Jertih)
"BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT"


Persiapan PAU 2018

24 September 2018  Berita Bergambar






Kuala Lumpur, 24 September–Pekerja-pekerja gigih memasang kain rentang pada tiang-tiang ketika melakukan persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU 2018) di PWTC petang ini. Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2018) akan diadakan selama tiga hari bermula 28 – 30 September 2018 yang melibatkan perwakilan UMNO dari seluruh Negara.

– Foto : MediaUMNO | MediaJertih

Tuesday 25 September 2018

ADUN UMNO Terengganu pula sasaran PH

Oleh Mohammad Ishak | cnews@nstp.com.my

Dato' Mohammad Pehimi Yusof
*****
JERTIH: Selepas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pula didakwa menjadi sasaran pihak tertentu yang memberi tawaran dan memujuk supaya menyertai parti pemerintah Pakatan Harapan (PH).

Bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, berkata ramai rakan ADUN dari negeri ini termasuk beliau didatangi pihak tertentu yang memujuk mereka supaya meninggalkan UMNO dan menyertai PH.

SPRM sahkan derma RM2.6b dari Timur Tengah


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri ialah sumbangan dari penderma Timur Tengah.

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata: "SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada Perdana Menteri.

Monday 7 May 2018

PRU14 : 200 Keluar Pas Sertai UMNO

by Mohammad Ishak  on Monday, May 07, 2018

Mohamad Syakir berucap mewakili rakan lain yang mengisytiharkan diri menyertai UMNO, malam tadi.
*****
Seramai 200 ahli Pas Besut membuat kejutan menjelang hari pembuangan undi pada Rabu ini apabila mereka bertindak keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.

Pengisytiharan itu diketuai seorang pemuda, Mohamad Syakir Mustaffa, 25, pada Program Kembali Semula Ke UMNO yang diadakan di di Dataran Pasar Akar, Hulu Besut.