Páginas

Wednesday 31 January 2018

Bas Amfibia Selamat Tiba

Aida Abd Rahman by Aida Abd Rahman  on Tuesday, January 30, 2018 


Bas Amphibia atau bas dua alam yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu dikatakan telah dihantar dan sudah berada di Malaysia.

Sebelum ini Bas Amfibia itu menjadi tajuk panas di semua dada akhbar dalam negara akibat masalah  kelewatan sampai ke Terengganu, tidak sepertimana yang dijanjikan pembekal.

Tuesday 30 January 2018

300 Tadika Kemas Uzur Dibaikpulih

Suriati Ali by Suriati Ali  on Saturday, January 27, 2018

Ahmad Razif bersama kakitangan Kemas
*****
Sebanyak RM9.6 juta diperuntukkan untuk menyelenggara dan membaik pulih 300  Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) yang uzur di seluruh negara bagi  tahun ini.

Thursday 25 January 2018

Boleh Mohon Perkahwinan Perdana TTB 2018

Aida Abd Rahman by Aida Abd Rahman  on Thursday, January 25, 2018


Borang permohonan rasmi program ‘Keluarga Generasi TTB: Perkahwinan Perdana’ 2018. Berita baik untuk rakyat Terengganu yang masih bujang. Permohonan Perkahwinan Perdana tahun 2018 telah dibuka bermula pada 24 Januari 2018 hingga 20 Februari 2018. Borang hendaklah dihantar sebelum 20 Februari 2018 di Ibu Pejabat YPKT atau Pejabat Kawasan YPK yang berdekatan dengan kawasan rumah anda. Penyertaan adalah terhad!

Terengganu “Molek Doh”, Terus Cemerlang Dalam Pembangunan

Suriati Ali by Suriati Ali  on Wednesday, January 24, 2018


Walaupun tempoh mencecah 10 tahun penulis berkhidmat di bumi Terengganu ini boleh dianggap masih terlalu hijau, sukar untuk menidakkan kenyataan bahawa bumi bertuah ini sudah melalui banyak fasa perubahan.

Memulakan khidmat di negeri bertuah ini pada 2008, penulis sudah melalui era pentadbiran tiga Menteri Besar, bermula dengan Datuk Seri Idris Jusoh, diikuti Datuk Seri Ahmad Said, seterusnya Datuk Seri Ahmad Razif hingga kini.

Wednesday 24 January 2018

Ekonomi Malaysia tidak seburuk digambarkan

24 Januari 2018 3:00 AM

NAJIB TUN RAZAK menyampaikan ucaptama perasmian Invest Malaysia 2018 yang dihadiri lebih 2,000 peserta terdiri daripada ahli-ahli korporat tempatan dan asing di Kuala Lumpur, semalam. Fadzil Zainol
*****
KUALA LUMPUR 23 Jan. - Kedudukan ekonomi Malaysia pada ketika ini jauh lebih kukuh dan meyakinkan hasil pelbagai transformasi di bawah Model Ekonomi Baharu (MEB) sejak 2009 sehingga diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa yang sekali gus memadam tuduhan liar pembangkang bahawa negara berada di ambang kebankrapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hasil daripada pelbagai pembaharuan, negara berjaya berdepan segala krisis yang mendatang walaupun dasar-dasar kerajaan sering diperlekehkan.

Datanglah Beramai-Ramai!


MediaJertih

Jualan Rakyat. Pasti Murah...


PINDAH KE STESYEN TEKSI/KERETA SEWA BANDAR JERTIH

MEDIAJERTIH

Tuesday 23 January 2018

Kesedaran Elak Guna Polisterin Mulai Februari ini

Suriati  Ali by Suriati Ali  on Monday, January 22, 2018

Zainal menunjukan barangan terpakai yang berjaya dikumpul. Foto Zulkifli Putra 
*****
Kempen kesedaran penggunaan polisterin bakal dikuatkuasakan di semua premis makanan dan kafe di bangunan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini berkuatkuasa Februari ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin berkata  pihaknya akan mengedarkan notis kepada semua pengusaha dalam tempoh terdekat sebagai usaha menggunakan alternatif lain bagi membungkus makanan.

Suara Transformasi, Terbitan UKOM Tawar Hadiah Telefon Bimbit

by Aida Abd Rahman  on Monday, January 22, 2018 


Akhbar rasmi kerajaan negeri terbitan Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Suara Transformasi kini menawarkan hadiah istimewa kepada pemenang utama bulanan, berupa sebuah telefon bimbit bagi peraduan “CARI DAN MENANG ” menerusi ruangan peraduan setiap bulan, mulai Januari 2018.

Monday 22 January 2018

50 Peratus Kuota Kediaman Untuk Orang Melayu
 Suriati Ali  Sunday, January 21, 2018

Mohd Jidin bersama peserta Seminar Pembangunan Srata, di Sumai Hotel, Kuala Terengganu, Foto Harish Fadzillah Kassim.
*****
Kerajaan melalui Dasar Perumahan Negeri menetapkan  kediaman yang mempunyai lebih 200 unit akan tertakluk kepada penetapan kuota orang Melayu iaitu sebanyak 50 peratus bagi menggalakkan pembinaan kediaman berstrata.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato Mohd Jidin Shafee berkata, bagaimanapun, pembangunan kurang daripada 200 unit pula tidak dikenakan penetapan kuota orang Melayu.

Sunday 21 January 2018

Azalea 2018 Bertekad Pastikan Kemenangan BN – Mas Ermieyati

Saturday, 20 January 2018


KUALA LUMPUR, 20 Jan – Rangkaian Sahabat Puteri BN AZALEA 2018 yang menghimpunkan wanita muda daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan ‘Friends of BN’, bertekad untuk berada di barisan hadapan dalam memastikan kemenangan berganda kepada BN.

Saturday 20 January 2018

Menyampaikan Cenderahati

Friday, 19 January 2018


PUTRAJAYA, 19 Jan — Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Universiti Islam Gaza, Palestin, Nasreddin Elmezaini selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Peningkatan Peluang Pendidikan (ICEEO) yang bertemakan “Ke arah Pendidikan Tinggi Yang Mampan” anjuran Organisasi Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Antarabangsa (IESCO) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.  Persidangan pertama kali itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini dengan penyertaan seramai 250 peserta dari 35 negara. Turut hadir Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al-Agha (tengah), Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IESCO, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim (dua, kiri) dan Pengurus Besar IESCO, Dr Mahmoud Shakfa (kanan).

–fotoBERNAMA/MediaJertih

Idea Kreatif Mampu Tingkat Kualiti Pelancongan

Suriati Ali  Monday, January 01, 2018

Ahmad Razif menyambut kedatangan pelancong asing- Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 
*****
Pengusaha produk pelancongan digesa membantu kerajaan negeri menghasilkan idea-idea yang kreatif untuk meningkatkan kualiti pelancongan di negeri ini sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong mengunjungi Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  berkata pihak itu  tidak seharusnya bergantung kepada produk sedia ada, sebaliknya perlu menumpukan pelbagai  lokasi sejarah, produk hiliran dan kebudayaan untuk diketengahkan kepada pengunjung terutama pelancong asing.

Terengganu Tawar Aktiviti Menarik Sepanjang 2018

Mohd Syazni Zainudin - Saturday, January 20, 2018


Pelbagai aktiviti menarik di Terengganu bakal disajikan kepada pelancong pada setiap bulan pada sepanjang tahun bagi merancakkan industri pelancongan di negeri itu.

MyBAS Elektrik Bakal Beroperasi Di Kuala Terengganu

 Suriati Ali  Thursday, January 18, 2018

Ahmad Razif memotong riben tanda simbolik melancarkan perkhidmatan MyBAS. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim
*****
Kuala Terengganu menjadi bandar pertama di negara ini yang akan menawarkan perkhidmatan bas henti-henti mengunapakai tenaga elektrik kepada orang ramai termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman bermula April ini.