Páginas

Saturday 24 February 2018

Datang Belako Deh!

Hadiah Lumayan Sepanjang EKSPO TERENGGAN 2018

Mohd Syazni Zainudin by Mohd Syazni Zainudin  on Thursday, February 22, 2018 

Tengku Putera menunjukkan baju untuk Eskpo Terengganu 2018 semasa mengadakan taklimat kepada petugas media. Foto oleh Zulkifli CW Putra.
*****
Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung sepanjang tujuh hari bermula 25 Februari ini bakal menawarkan hadiah cabutan bertuah lumayan kepada pengunjung dengan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM1.5 juta.

Wednesday 21 February 2018

Dikir TTB Jelajah Negeri Sampai Mesej Untuk Rakyat

Mastura Jamaldin by Mastura Jamaldin  on Wednesday, February 21, 2018 

Rozi bergambar bersama kumpulan Persembahan Dikir 'Transformasi Terengganu Baharu(TTB) Tranung Negeriku Tranung Molek Doh' di Kg Cheting 
*****
Persembahan Dikir 'Transformasi Terengganu Baharu(TTB) Tranung Negeriku Tranung Molek Doh' kini menjelajah 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyampaikan mesej secara langsung kepada rakyat.

Program anjuran Unit Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Biro Penerangan UMNO Terengganu dan Pendikir TTB dilaksanakan sebagai penyatu masyarakat tanpa mengira fahaman politik melalui kesenian budaya.

UMNO Yakin Menang 2/3 Kerusi

Mohd Syazni Zainudin by Mohd Syazni Zainudin  on Tuesday, February 20, 2018

Pihak pengurusan UKOM dan Dato' Lokman bersama peserta Program Penerangan Isu Semasa di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra.
*****
Pertembungan beberapa penjuru dalam Pilihan Raya Umum akan datang bakal memberi peluang lebih cerah kepada Barisan Nasional untuk menang majoriti  2/3.

Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia, Dato' Lokman Nor Adam berkata, walaupun  ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada oleh DAP pada 2013 namun ia gagal.

Tuesday 20 February 2018

BN Terengganu Nekad Tawan Semua Kerusi Parlimen

Mohd Syazni Zainudin by Mohd Syazni Zainudin  on Saturday, February 17, 2018 
Ahmad Razif ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Gerak Gempur Tawan 4P Parlimen Kuala Nerus dan Jentera Pilihanraya Serta Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Kuala Nerus di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Barisan Nasional (BN) Terengganu nekad merampas kembali empat kerusi parlimen di negeri ini bagi membolehkan kesemua lapan kerusi parlimen menjadi milik mereka.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata buat masa sekarang, empat kerusi sedia ada milik BN bakal dikekalkan manakala empat lagi akan ditawan kembali.

Bas Amphicoach Bakal Dipamerkan Kepada Orang Ramai

Suriati Ali by Suriati Ali  on Sunday, February 18, 2018

Ahmad Razif melepaskan anak benih udang. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Bas amphicoach bakal pertontonkan kepada orang ramai sepanjang  Ekspo Terengganu 2018, bermula 25 Februari hingga 3 Mac di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus

Bikisan perikanan hybrid

https://www.youtube.com/watch?v=WPT0RjQGOYUhttps://www.youtube.com/watch?v=WPT0RjQGOYU

Tokoh Cendekiawan



BESUT, 18 Februari -- Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh (dua, kiri) menyampaikan plak kepada Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor (dua, kanan) yang dipilih sebagai Tokoh Cendekiawan Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut pada perayaan Ulang Tahun ke- 100 tahun sekolah itu hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

MEDIAJERTIH

TPM ucap tahniah anak Malaysia cemerlang peperiksaan ACCA

Diterbitkan pada Februari 18, 2018

TPM ucap tahniah anak Malaysia cemerlang peperiksaan ACCA
Wan Nur Mafudah (kanan) yang memperoleh keputusan 8A1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sebelum ini menuntut di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur dalam bidang perakaunan sebelum menyambung pengajian di Kolej Pendidikan Intec. - Foto Bernama
*****
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang seorang anak Malaysia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) baru-baru ini.

Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21, dari Jertih, Terengganu yang merupakan lulusan Kolej Pendidikan Intec Shah Alam berjaya memperoleh markah 95 peratus - tertinggi di peringkat dunia - bagi kertas Laporan Kewangan (F7).

The Pocket Rocketman Cipta Rekod Baharu Asia

Mohd Syazni Zainudin by Mohd Syazni Zainudin  on Monday, February 19, 2018

Foto Bernama.

Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu Asia dalam acara pecut elit lelaki setelah mencatat kepantasan 9.774 saat sewaktu pusingan kelayakan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di sini, hari ini.

Catatan yang membolehkan beliau mengungguli senarai pelumba pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai itu memadam rekod 9.843s yang dilakukan pelumba Jepun, Nitta Yudai di pentas kejohanan yang sama tahun lepas.

Wednesday 14 February 2018

Hajar Cekal Bina Empayar Bisnes Online

Mastura Jamaldin by Mastura Jamaldin  on Tuesday, February 13, 2018 


Hulu Terengganu: Kehilangan tempat bergantung ketika menuntut di sekolah rendah menjadi pencetus semangat kepada pemilik THE BONUM, Siti Hajar Mohd Sapien,24, menjalankan perniagaan bagi menampung kos kehidupan dan pengajiannya.

Tuesday 13 February 2018

Sultan Mizan Berkenan Rasmi Boardwalk Setiu

Mohd Syazni Zainudin by Mohd Syazni Zainudin  on Monday, February 12, 2018
Sultan Mizan berkenan menyempurnakan gimik perasmian 'Boardwalk Setiu' diiringi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Sultan Terenganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Boardwalk Setiu di Pengkalan Gelap, Setiu, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Taman Ilmu Fasa Terakhir Kemasukan Pelajar

 Aida Abd Rahman by Aida Abd Rahman  on Friday, February 09, 2018 


Pembangunan Taman Ilmu yang diilhamkan ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 2004  kini sedang dalam fasa terakhir memasukkan pelajar.

Projek menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan dibangunkan di bawah Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta itu dibina mulai 2004.

Monday 12 February 2018

Menyampaikan Anugerah Kepada Pelopor Bidang Ekonomi Malaysia

Monday, 12 February 2018


PUTRAJAYA, 12 Feb — Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh (empat, kanan) menyampaikan anugerah kepada Pelopor Bidang Ekonomi Malaysia Prof Dr Rajah Rasiah (tiga, kanan), dari Universiti Malaya (UM) pada Majlis Penyampaian Anugerah Profesor Ulung 2017 hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur (dua, kanan) dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir (lima, kanan).–fotoBERNAMA

MEDIAJERTIH

Wednesday 7 February 2018

PM Rasmi Penutup Ekspo Terengganu 2018

Aida Abd Rahman by Aida Abd Rahman  on Sunday, February 04, 2018

Menteri Besar (tengah) bersama Wan Nawawi (kiri) dan Tengku Putera (kanan) mempromosikan Ekspo Terengganu 2018 pada baju T yang akan diedarkan kepada petugas program tujuh hari di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, selepas pra pelancaran program itu, di Wisma darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Perdana Menteri, Dato’ Sri  Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan menyempurnakan majlis penutup Ekspo Terengganu 2018 selama seminggu di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak mulai 25 Februari ini, yang akan menumpukan tiga kluster utama bagi menonjolkan kemajuan yang dikecapi Terengganu kepada seluruh rakyat.