Páginas

Tuesday 20 February 2018

TPM ucap tahniah anak Malaysia cemerlang peperiksaan ACCA

Diterbitkan pada Februari 18, 2018

TPM ucap tahniah anak Malaysia cemerlang peperiksaan ACCA
Wan Nur Mafudah (kanan) yang memperoleh keputusan 8A1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sebelum ini menuntut di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur dalam bidang perakaunan sebelum menyambung pengajian di Kolej Pendidikan Intec. - Foto Bernama
*****
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang seorang anak Malaysia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) baru-baru ini.

Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21, dari Jertih, Terengganu yang merupakan lulusan Kolej Pendidikan Intec Shah Alam berjaya memperoleh markah 95 peratus - tertinggi di peringkat dunia - bagi kertas Laporan Kewangan (F7).


"Tahniah berjaya cipta sejarah dan harumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Tahniah juga buat seluruh ahli keluarga beliau," kata Ahmad Zahid dalam catatan di laman Twitter hari ini.

MEDIAJERTIH

No comments:

Post a Comment