Páginas

Tuesday 3 April 2018

Jadikan Kisah Wanita Turki, Merve Sebagai Iktibar - Ahmad Razif

Aminudin Ismail by Aminudin Ismail  on Tuesday, April 03, 2018


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman membawa hadirin menghayati kisah duta wanita Turki yang bertudung, Merve Kavakci yang juga Ahli Parlimen Turki diusir dari parlimen kerana bertudung pada 1999.


Wanita itu kemudiannnya dilucutkan kewarganegaraan disebabkan tindakannya mencabar kerajaan berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Razif lagi, selepas 19 tahun peristiwa malang itu, beliau kini dilantik oleh Kementerian Luar Negara Turki sebagai Duta Besar Turki ke Malaysia.

"Selepas pemecatan itu, 12 tahun kemudian, Kabinet Turki yang dipimpin oleh Erdogan sebagai Perdana Menteri meminda larangan bertudung dan membatalkan pemecatan kewarganegaraan terhadap Merve.

"Demikian kisah ini perlu dijadikan iktibar dan sumber inspirasi kerana Allah SWT akan memberi ganjaran dan keadilan kepada pejuang Islam yang sebenar apabila tiba waktu dan ketikanya," katanya.

Ahmad Razif dengan gayanya tersendiri berucap di bawah pentas kepada kira-kira 2,000 jemputan sempena Majlis Temu Mesra Menteri Besar Terengganu Bersama Guru-Guru, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) dan Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) Setiu di Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu, malam tadi.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, Dato' Mohd Jidin Shafee, Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor, Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.


Ahmad Razif juga berharap semua pengundi di Setiu dan Terengganu khasnya tidak menjadikan calon atau peribadi sebagai pilihan masing-masing pada PRU14 nanti, sebaliknya meletakkan parti BN sebagai keutamaan.

"Jangan tengok kepada personal tapi tengoklah kepada parti, saya akan pastikan kemenangan besar BN di Terengganu.

"Marilah bersama saya, untuk memastikan BN terus menjadi kerajaan di Terengganu," katanya.

Sebelum itu, Mohd Jidin dalam ucapannya turut menceritakan usaha-usaha yang dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional di Setiu dan seluruh Terengganu diteruskan demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.


Beliau juga berharap Ahmad Razif akan terus mentadbir Terengganu dan berjanji terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan sedia ada bagi mengekalkan kestabilan ekonomi serta melancarkan usaha pembangunan Negeri Terengganu.

MEDIAJERTIH

No comments:

Post a Comment